CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1091|Reply: 0

Alif Satar kurang selesa dipuji Fadzilah Kamsah

[Copy link]
Post time 27-11-2023 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Alif Satar kurang selesa dipuji Fadzilah Kamsah


ALIF Satar.


Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Alif Satar enggan menangguk di air keruh berhubung komen pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah yang memujinya sebagai contoh lelaki terpuji.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 33, berkata, secara peribadi dia kurang berasa selesa apabila namanya dikaitkan atas kisah kesengsaraan orang lain.

"Saya segan, tak 'best' sebenarnya hal pujian datang daripada berita negatif orang lain. Jika 'fun' dan kelakar di media sosial tapi orang lain punya kehidupan terjejas, banyak hati yang terguris. Netizen pun komen pedas-pedas dan kelakar.

"Saya tak suka komen sebab saya tahu pun apa nasib saya pada masa depan, pengakhiran saya tak tahu bagaimana. Datuk Dr Fadzilah komen itu alhamdulillah segala pujian bagi Allah, saya tak rasa patut berbangga dengan pujian ini.

"Orang boleh cakap apa negatif atau positif. Tapi saya tak berapa berkenan jika pujian itu lahir daripada berita tak berapa enak orang lain," katanya yang ditemui pada sidang media A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito, di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini.

Alif akui dia ada terima mesej daripada peminat mengenai hal itu juga tapi tidak terkesan. Bagaimanapun, dia tetap mengambilnya sebagai pedoman dan peringatan buat dirinya.

"Saya pun terkejut apabila dapat mesej atau komen yang bertanya bila saya bernikah lain. Mana ada orang sempurna. Ini pun nasib baik Allah tutup aib saya. Buka aib saya macam mana?

"Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa kepada saya. Jadi, saya tak berani hendak kata apa-apa. Bila perkara ini jadi, ia sebagai muhasabah kepada diri sendiri," katanya.

Terdahulu, Fadzilah menerusi sebuah hantaran memuji penyanyi Lelaki Seperti Aku itu memiliki keperibadian yang baginya cukup disanjunginya.

Kebetulan, isu pempengaruh Alif Teega yang berkahwin dua kala ini sedang hangat diperbualkan.

"Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar saja yang Tok Abah berkenan. Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap. Memang nampak gaya hidupnya seimbang dunia akhirat. Alhamdulillah!" kata pakar motivasi popular itu.

Dalam pada itu, konsert A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito dianjurkan Mutiara Optimum Sdn Bhd dan MND Sport & Event Sdn Bhd. Ia bakal berlangsung 7 Januari tahun depan di Zepp Kuala Lumpur.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... uji-fadzilah-kamsah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.056344 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list