CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3556|Reply: 52

[Tempatan] TAHNIAH: Penguasaan bahasa Inggeris, Malaysia ke-3 Asia

[Copy link]
Post time 27-11-2023 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tahap penguasaan bahasa Inggeris diukur tinjauan terkini EF English Proficiency Index (EF EPI) dalam Rangka Kerja Rujukan Eropah (CEFR).

BANGKOK: Tahap penguasaan bahasa Inggeris Thailand adalah antara terendah di Asia, menurut tinjauan terkini EF English Proficiency Index (EF EPI).

Thailand berada di kedudukan ke-101 daripada 113 negara bukan penutur asal bahasa Inggeris dan jatuh ke dalam kategori “penguasaan yang sangat rendah” dengan skor hanya 416. Skor purata global ialah 502.

Di Asia, Thailand berada pada kedudukan 21 daripada 23 negara.

Di Thailand, Chiang Mai mencatat markah tertinggi dengan 464, diikuti Bangkok (457), Phuket (456) dan Songkhla (437).

EF EPI adalah berdasarkan markah ujian EF SET, ujian kemahiran membaca dan mendengar bahasa Inggeris adaptif dalam talian. Ia adalah ujian standard, berskor objektif yang dibangunkan untuk mengklasifikasikan kebolehan bahasa mereka yang mengambil ujian dalam satu daripada enam tahap dibangunkan dalam Rangka Kerja Rujukan Eropah (CEFR).

Lebih 2.2 juta peserta dari 113 negara di dunia menduduki Ujian Bahasa Inggeris Standard EF pada 2022.

EF EPI meletakkan negara dan wilayah yang ditinjau kepada lima tahap kecekapan daripada ‘Sangat Tinggi’ kepada ‘Sangat Rendah’.

Belanda menduduki tempat pertama dalam EF EPI dengan skor 647, diikuti Singapura (631), Austria (616), Denmark (615), dan Norway (614).


Di Asia, Singapura mendahului senarai, diikuti Filipina (578), Malaysia (568), Hong Kong (558), dan Korea Selatan (525).

Menurut indeks itu, secara purata Asia Selatan dan Asia Tenggara telah menyaksikan sedikit penurunan dalam tahap penguasaan bahasa Inggeris, walaupun banyak negara di rantau ini mempunyai skor yang meningkat stabil atau sederhana.

“Purata serantau dipengaruhi oleh tahap penguasaan bahasa Inggeris India yang telah menurun secara perlahan sejak beberapa tahun.

“Selain itu, kemajuan yang dicapai oleh Thailand sehingga 2020 merosot akibat wabak. Penguasaan bahasa Inggeris di Asia Tengah adalah rendah dan stabil dengan jurang jantina yang lebih tinggi memihak kepada lelaki di hampir setiap negara,” menurut indeks itu.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2023 10:38 PM | Show all posts
Indon tempat ke brape?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
1 dan 2 negara mana..i baca byk kali xjmpa pun dia tulis sapa no 1 dlm asia tenggara...
btw bkn nk ckp..mostly org kita semua blh ckp english..
even i selesa ckp bi dr bm..
i tgk cite china ir kpop..kdg tu eng sub xkeluar lg..ada yg malay jer..mmg i tak kn tgk sbb i xfhm sgt bila diterjemah ke dlm bhs..dia mcm lari sikit mksd sbnr..xleh nk masuk..
kdg tu tgk jd sub indon lg la merepek
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Filipinos mmg fasih
Tapi dia punya dialek serupa ayam.belanda punya bunyi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Korea dh improved a lot..sampai dpt 4th place kt Asia..menjadi la strategy gomen dia hangkut English teacher dr US berbondong2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 11:20 PM | Show all posts
edayildiz replied at 27-11-2023 10:46 PM
1 dan 2 negara mana..i baca byk kali xjmpa pun dia tulis sapa no 1 dlm asia tenggara...
btw bkn nk c ...

Di Asia, Singapura mendahului senarai, diikuti Filipina (578), Malaysia (568), Hong Kong (558), dan Korea Selatan (525).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2023 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-11-2023 11:20 PM
Di Asia, Singapura mendahului senarai, diikuti Filipina (578), Malaysia (568), Hong Kong (558), da ...

ok singapork no 1 kt SEA..no dua  sapa ?  sbb filipina 578..kita 568
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 11:33 PM | Show all posts
edayildiz replied at 27-11-2023 11:30 PM
ok singapork no 1 kt SEA..no dua  sapa ?  sbb filipina 578..kita 568

ko dah kenapa dek? demam eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2023 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-11-2023 03:33 PM
ko dah kenapa dek? demam eh?

Wakakaka






Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Pun begitu, mat salleh yg dari negara berbahasa Inggeris / bukan inggeris tetap suka pegi jalan2 kat thailand
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:04 AM | Show all posts

budak2 berjaga lewat macam tu lah. Bangun esok ok le tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeap.

At least weols menang la banding Koreans bab berbahasa Inggeris.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
pinggan replied at 27-11-2023 03:59 PM
Pun begitu, mat salleh yg dari negara berbahasa Inggeris / bukan inggeris tetap suka pegi jalan2 kat ...

Orang kita pun suka pi sana. Orang Thai tak pi melancong sini pun (maksud aku, bukan destinasi  pilihan utama tiap tahun berbondong ummah Thai masuk macam orang Malaysia pi Hatyai).
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
So what? English proficiency bukan tanda aras intelek pun...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Punya la bitter porumer2 bandar ni ada berita baik pasal negara pun masih nak kritik2.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 06:03 AM | Show all posts
hudalarva replied at 28-11-2023 12:22 AM
So what? English proficiency bukan tanda aras intelek pun...

Lepas tu...bila mintak kerja kompani besar...org tolak sendiri meroyan. Bahasa tu advantage.... sampai ke tua ke nak kerja dgn Grab?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2023 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-11-2023 11:33 PM
ko dah kenapa dek? demam eh?

Hahahaha tergolek aku ketawa baca ...mungkin kena test comprehension bahasa melayu pula.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
pinggan replied at 27-11-2023 11:59 PM
Pun begitu, mat salleh yg dari negara berbahasa Inggeris / bukan inggeris tetap suka pegi jalan2 kat ...

Dah masuk mesia semuanya tak boleh.  Nqk minum2 tepi jalan x boleh, tak de tiger show, nak berbikini kat pantai ada lak yg kemaruk gi videokan viral.  Mcm kau x reti lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 07:22 AM | Show all posts
dah dijajah british, memang pandai la english language.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 27-11-2023 10:49 PM
Filipinos mmg fasih
Tapi dia punya dialek serupa ayam.belanda punya bunyi..



Hadehh... Sakit dada meols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.073299 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list