CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10838|Reply: 103

Kumpulan Inteam Akan Bantu Anak-Anak Suhaimi Saad

[Copy link]
Post time 28-11-2023 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Anggota kumpulan Inteam berjanji akan sentiasa menjaga silaturrahim yang baik dengan keluarga terutama anak-anak arwah Suhaimi Saad yang masih berada di bangku sekolah.


Salah seorang anggotanya, Muhammad Hazamin Harun menganggap ia merupakan tanggungjawab sesama sahabat meskipun secara rekod, Allahyarham sudah tidak bersama kumpulan itu sejak tahun 2005.




Foto: TV3




“Saya ada menziarahi keluarga arwah selepas dia meninggal dunia tempoh hari. Saya lihat anak-anaknya dan Ina Naim, sangat kuat. Ayah Ina pun maklumkan perkara yang sama, mereka sangat kuat dalam menempuhi fasa baharu ketiadaan Suhaimi di sisi.


“Mungkin mereka sudah dididik oleh arwah sebelum itu atau telah terbiasa dengan keadaan arwah yang diuji sakit sebelum ini. Sebagai sahabat, kami anggota Inteam akan mencuba membantu keperluan anak-anak arwah.


“Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk turut sama membantu. Kawan-kawan pun ada yang kirim bantuan menerusi Munsyid Malaysia.


“Sebelum ini pun kami ada lakukan perkara yang sama, buat kutipan duit untuk disumbangkan kepada arwah. Ini kerana empat bulan sebelum itu pun arwah tak dapat bekerja kerana sakit,”katanya kepada Utusan.


Sementara itu, berkongsi mengenai memori terakhir bersama Allahyarham Suhaimi, kata Hazamin, dia sempat menziarahi rakannya itu sewaktu sakit namun tidak dapat berbuat demikian sewaktu mendapat perkhabaran kematiannya.


“Sebelum dia meninggal, saya sempat menziarahinya dan ketika itu dia masih boleh bercakap lagi. Waktu itu berat badannya tak sampai 50kg, hampir menitik air mata saya melihat keadaannya yang kurus kering begitu.


“Masih saya ingat, dia cakap jangan menangis nanti dia menangis juga. Lepas seminggu, saya pergi umrah dan dapat berita dia masuk Unit Rawatan Rapi ( ICU).


“Waktu di Mekahlah saya terima perkhabaran Suhaimi sudah meninggak dunia. Rasa terkilan tak dapat berada di sisinya walaupun saya beberapa kali sempat menziarahinya sebelum itu,”katanya.


Tambah Hazamin lagi, persahabatan yang telah lama terjalin antara anggota Inteam dan arwah Suhaimi juga tidak mungkin mudah dapat dilupakan meskipun ada pasang surutnya.


Kata Hazamin, adat dalam bersahabat, ada kala terwujud sengketa tidak disengajakan antara mereka.


“Sepanjang dia tak lagi bersama dengan Inteam, ada turun baiknya dalam silaturrahim kami ini. Tetapi semasa kami buat album reunion itu, ada panggil semula dia sebagai artis jemputan untuk rakaman.


“Ketika kami buat konsert pun ada jemput dia juga begitu juga bila dia ada buat persenbahan di Kelantan, dia panggil kami. Kalau gaduh-gaduh kecil itu adalah juga.


“Sebenarnya, lagi kita rapat, lagi mudah kita bergaduh. Tetapi setiap percakaran itu kami akan hadapi dan kembali semula mohon maaf,”katanya.


Untuk info, Allahyarham Suhaimi disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam, 15 November lalu di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru.


Sebelum itu, media melaporkan Suhaimi terpaksa ditidurkan dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.


Allahyarham dikatakan mengalami jangkitan hingga berlaku kegagalan organ dalaman akibat batuk kronik dialami sejak empat bulan lalu dan cirit-birit selama tiga bulan sehingga berat badannya turun mendadak.-CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Baiknyaaaaa deollllssssss

Padehal kemain Suhaimi tu buat taik kat meka dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok muka meka ramai2 dalam gambar tu pun jelas muka Inteam 3 orang tu hada nur berbanding aruah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Buang yg keruh.. baik team inteam walaupun aku x suka lagu dorang.

Tibe terpikir nazrey raihan je.. boleh berbaik2 semula ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kumpulan inteam ni yg pkai spek tu hazamin tu nmpk mcm mewah sikit n senang dlm ramai2..Sbb selalu bercuti oversea dgn anak bini dia..Baru ni nmpk g travel switzerland..pastu rumah pun besar semi D n lawa...Rasa bini die lecturer x silap..Ina n SS dulu pun biasa g rumah die ziarah n mkn2..

Pastu yg Syah tu pun nampk ada buat bisnes dgn bini..nmpk senang jgk la hidup die..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
harap yenna tak ikot jejak langkah nek nowa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2023 11:41 AM | Show all posts
kerani_je replied at 28-11-2023 11:30 AM
Kumpulan inteam ni yg pkai spek tu hazamin tu nmpk mcm mewah sikit n senang dlm ramai2..Sbb selalu b ...

Inteam ada bisnes sendiri bawah 3 orang yg gambar dekat atas tu. ada lagi seorang member Hisham tak join bisnes inteam sebb dia ada jawatan tinggi dekat Felda.
InTeam records dorang yang bawak artis2 luar datang sini contohnya Maher Zain. selain tu bisnes dorang macam buku. haritu dengar interview pun dorang masuk bidang pertanian juga. ternak arnab kot.

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 11:44 AM | Show all posts
sukebintang replied at 28-11-2023 11:41 AM
Inteam ada bisnes sendiri bawah 3 orang yg gambar dekat atas tu. ada lagi seorang member Hisham ta ...

yg syah tu ada kandang kuda ke?baca thread suhaimi kata syah pernah kena pheumonia sebab berada kat kandang kuda, betul ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2023 11:49 AM | Show all posts
rosewhite replied at 28-11-2023 11:44 AM
yg syah tu ada kandang kuda ke?baca thread suhaimi kata syah pernah kena pheumonia sebab berada ka ...

kalau tak silap, doktor suspect dapat sakit dari kandang kuda tu time masa dia bercuti dengan family. tak ingat dekat mana.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 11:56 AM | Show all posts
bagus In-Team ni
tak simpan dendam walaupun kita pon tau cerita derang ngan Arwah dulu

nampak dalam gambar tu muka derang memang jenis baik² bertiga

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
"terutama anak-anak arwah Suhaimi Saad yang masih berada di bangku sekolah"

Dah sekolah ke maksudnya?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakan2 yg baik.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang utama sekolah kan kesemuanya dulu. Itu hak dorg wlpun dh diberi pendidikan secara tak formal yg sempurna. Makan minum pakai apa semua jgn risau, Malaysia ni mudah je hidup. Ina pun ada potensi jd influencer, dia jual je apa2 inshaAllah laku sbb netizen ni beli emosi je menderu org beli. Org kita mmg pemurah termasuk i akan beli support wlpun dulu geram la jugak dgn arwah... Manusia x sempurna kan, kita entah macam mana pengakhirannya
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:08 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 28-11-2023 11:21 AM
Tengok muka meka ramai2 dalam gambar tu pun jelas muka Inteam 3 orang tu hada nur berbanding aruah.

ya allah zissss
sudah2 la tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Buang yg keruh ambil yg jernih..contoh sahabat2 yg baik..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sukebintang replied at 28-11-2023 11:41 AM
Inteam ada bisnes sendiri bawah 3 orang yg gambar dekat atas tu. ada lagi seorang member Hisham ta ...

Mmg besar bisnes inteam. Satu lagi Hijaz yg ramai taktau berjuta2 kot revenue. Dorg pandai pusing modal n fikir ke depan, artis2 lain patut contohi kumpulan2 mcm ni yg bukan saja dlm industri bergabung tp dlm bisnes pun blh sepakat. Tidaklah nanti dh tua dh minta sumbangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2023 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sek bila cuti. Da sek ke bdk2 tu. Ingt thn depn baru mula sek. Kalau da sekolah bagus la
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:14 PM | Show all posts
anak-anak arwah Suhaimi Saad yang masih berada di bangku sekolah.


dah sekolah dah budak2ni?

sebak tgk kebaikan hati nurani anggota inteam neh, walaupun... ermm...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus la kalau dah skolah..kena la seimbang dunia akhirat.,perjalanan hidup anak2 tu masih panjang..bagus kawan2 camni..sedikit sebanyak meringankan beban ina tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Meanwhile achey Dan fad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.074633 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list