|
Penyanyi Ayda Jebat tampil menjelaskan pemakaian seluar anaknya, Ana Nayla dalam video yang dikongsikan di Instagram miliknya.
Menerusi hantaran di IG Story, ramai yang tidak selesa melihat anak kepada pasangan selebriti itu yang hanya memakai seluar dalam.
"Tengok video ni, then ramai tanya 'kenapa ek anka dia pakai seluar tu? Pakailah seluar dulu dik. Acik, sabar jap.
"Dah semua benda kena explain pula. Okay. Ni OOTD dia awal. Eh jaranglah Ana Nayla ni tak berOOTD.
"Dah jalan, makan, main. Nak balik, dekat kereta, kita tukar diaper hoppu dia, so saya tukar sekali romper dia sebab nak duduk kat carseat, tak nak kotor.
"Dia dah makan, main slide and so on. Pakailah inside pant dia je, nak balik dah pun video tu pun kat parking kereta. Okay acik?" katanya.
Dalam pada itu, Ayda juga tertanya-tanya mengenai segelintir individu yang mempersoalkan mengenai seluar anaknya sedangkan ada orang lain berkongsi gambara atau video memaparkan anak mereka hanya memakai lampin pakai buang.
"Video anak acik, anak orang lain ada pakai diaper je tapi tak tanya pulak mana seluar. Yang ni pakai seluar, tapi beriya tanya kenapa ek tak pakaikan anak seluar, pakai seluar gitu. Aik..." kata Ayda.
Terdahulu, Ayda dan suaminya, Nabil Mahir memuat naik rakaman mereka sedang menari untuk melihat reaksi Ana Nayla yang meminta ibu bapanya untuk berhenti menari.
|
|