CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9405|Reply: 99

Nak Kalahkan Coldplay, Siti Nurhaliza Bagi Hint Bakal Buat Konsert Lebih Besar

[Copy link]
Post time 29-11-2023 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Selepas rekod jumlah penonton yang dilakar hampir 20 tahun berjaya diatasi Coldplay, Datuk Seri Siti Nurhaliza bagi hint bakal mengadakan sekali lagi konsert berskala besar di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).


Katanya konsert yang ingin menghimpunkan lebih daripada 75,000 penonton itu berkemungkinan akan dilakukan sebelum dia bersara daripada dunia seni.


Foto: IG






"Sedih dan terharu baca tulisan wartawan Kosmo. mungkin boleh jadi kenyataan atau mungkin tidak ya?


"Kalau nak buat di Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi, mungkin sebelum saya bersara ye. Biar jadi kenangan terindah buat semua," katanya di Twitter.




  



Di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja untuk menghadiri konsert bakal dianjurkan itu.


Bagaimanapun, terdapat juga peminat mengharapkan supaya ungkapan bersara yang dimaklumkan Siti itu tidak menjadi kenyataan.


  



"Janganlah cerita fasal bersara lagi. Kami semua tidak bersedia untuk kehilangan Siti...


"Noo... Jangan bersara lagi. Kami masih nak tengok Siti Nurhaliza menyanyi.


"Tolong jangan bersara. Konsert Siti saya tidak pernah datang lagi walaupun sekali," kata peminat.




  



Sebelum ini, media melaporkan band ikonik yang menggegarkan SNBJ menerusi konsert Music Of The Spheres World Tour telah menghimpunkan seramai 75,000 peminat.


Ia sekaligus telah memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Siti Nurhaliza ketika menjayakan konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour pada 2004 di lokasi sama yang mengumpulkan seramai 70,000 penonton.




  



Lebih membanggakan apabila Siti Nurhaliza Fantasia Tour itu merupakan satu-satunya konsert tempatan yang direkodkan pernah menganjurkan konsert di SNBJ dengan jumlah peminat yang ramai. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2023 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat to beat record coldplay.....85k paying audience....ko duit banyak...kalau the crowd tak capai that numbers...ko top up beli je sendiri semua tiket kemudian give away to your fans or gelandangan out there...as long as you get to beat the record...

Easy kheunz?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 29-11-2023 12:08 PM
Setakat to beat record coldplay.....85k paying audience....ko duit banyak...kalau the crowd tak capa ...

dia ada ckp klu free mesti ramai
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 29-11-2023 12:08 PM
Setakat to beat record coldplay.....85k paying audience....ko duit banyak...kalau the crowd tak capa ...

Takkan laa sekeji itu,,
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:17 PM | Show all posts
tak tahu knp, walaupun ct ni bagus, baik, humble, pandai jaga dri, suara sedap, legend..tp tetap aku tak rasa nk minat/suka dia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
MeowPARSI replied at 29-11-2023 12:14 PM
Takkan laa sekeji itu,,

Org yg jenis  tak sedar diri harus makan komen macam ini....

Come on...she cannot be living in her own bubble world kheunz? Sehingga tak tahu kedudukheun serta penerimaannyer dikalangan fans  and pencinta seni yg lain,hari ini?

Cukup cukup ler iteww....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
nur123 replied at 29-11-2023 12:11 PM
dia ada ckp klu free mesti ramai


Kalo free mesti ramai? Kalo boleh capai 10ribu peminat on foc pun dah kira bonus...ni nak sebut above 70k audience?

Jap nak kentot...

Prooooottttt

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujung2 yg ramai sbb dpt tiket free je tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2023 12:31 PM | Show all posts
kalau free pon xmao p la dok bersesak ramai-ramai dlm stadium...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya dia memang tak kan berhenti menyanyi sampai bila2 pun kan. Sekarang selalu jugak nyanyi kt majlis kawin org
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Xmau tokti, nk coldplay lg
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga tokti dipanjangkan usia Dan suara masih maintain aminnn.....hasrat sebelum bersara nyah
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:39 PM | Show all posts
alah tokti yang 5k lebih tu tah2 foreigners yang datang konsert kolpeliaq tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ke lawan coldplay.. coldplay tu semua bangsa ada… tokti ni melayu je kot sanggup bayo tiket pegi tengok.. entah laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Masukkeluar replied at 29-11-2023 12:17 PM
tak tahu knp, walaupun ct ni bagus, baik, humble, pandai jaga dri, suara sedap, legend..tp tetap aku ...

Sis dulu minat dia, selepas kahwin dgn datok k terus hilang minat
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Geeayden replied at 29-11-2023 04:47 AM
Sis dulu minat dia, selepas kahwin dgn datok k terus hilang minat

Aku suka tengok tokti masa muda sebab macam barbie..senyuman manis sangat
Paling lawa tahun 2005..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2023 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
DianaSaksen replied at 29-11-2023 12:52 PM
Aku suka tengok tokti masa muda sebab macam barbie..senyuman manis sangat
Paling lawa tahun 2005.. ...

Ya betul, lagu2 dia dulu sedap didgr...skrg dah x lalu nak dgr...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
All the best tokti. Tgk respon tokti, dia cuma consider je nak buat konsert kat snbj. Bukan nye nak pecah rekod coldplay ke ape.. sebelum konsert fantasia tour yg 70k tu, tokti pernah juge buat konsert kat snbj tahun 2001 mcm tu. Rasanya attendance more than 10k juga. First concert tahun 1999 kat stadium putra @ axiata pun 10k
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 01:25 PM | Show all posts
kenapa tokti makin besar ni? perggy lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah selalu wat konsert... dh selalu tgk dia dok nyanyi dlm tv... x de apa yg nurtizen nak tgk kut melainkan peminat dia jer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.073205 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list