View: 8272|Reply: 73
|
Yasin lepas, bebas kes dadah
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA - Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tiga kes dadah.
Pada 6 Julai tahun lalu, Muhammad Yasin bernasib baik apabila tidak berdepan peruntukan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.
Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi dituduh semula atas pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac 2022 dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Advertisement
Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.
Sementara itu, bagi satu lagi pertuduhan, Muhammad Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama kanun keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.
Muhammad Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.
Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

|
|
|
|
|
|
|
|
Bertuah lah..plg sedih bab dadah2 ni teringat arwah benjy |
|
|
|
|
|
|
|
Hakim Faiz Dziyauddin mengarahkan Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama mana tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor. |
|
|
|
|
|
|
|
tung la.. boleh buka ladang kanabis lepas ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanam dalam rumah pun lepas lagi power lah lawyer dia. Tapi pakai hujah guna untuk tujuan kesihatan lah kot sebab hakim pun suruh ditempatkan di Hospital Bahagia. Semoga gunakan peluang kedua sebaiknya. |
|
|
|
|
|
|
|
apedehal replied at 29-11-2023 03:02 PM
Bertuah lah..plg sedih bab dadah2 ni teringat arwah benjy
Arwah Benjy tu kat Malaysia berapa kali dah lepas kan yang last tu kantoi kat Indo tak boleh buat apa dah ikut undang undang sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah agak dh..dia mmg penyokong kuat gomen khen |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian family..semuga dia kembali sihat. |
|
|
|
|
|
|
|
izat123 replied at 29-11-2023 03:38 PM
Tanam dalam rumah pun lepas lagi power lah lawyer dia. Tapi pakai hujah guna untuk tujuan kesihatan ...
bkn lawyer yg power tapi kabel yg power, perlepasan ini direct order dari Sultan selangor
.
Hakim Faiz Dziyauddin mengarahkan Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama mana tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.
. |
|
|
|
|
|
|
|
Wahai laila jangan terpedaya
Gunakan peluang kedua dengan sebaiknya
Duk hospital ada gak yg tak bestnya
Ada masa kepala kena ect sampai terkancing terkencing.
Apa khabar acik bipo agaknya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bapak dia dulu lecturer tamadun islam aku.kesian bapak dah tua2 pon ada anak x guna mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
weezerfan replied at 29-11-2023 06:15 PM
Bapak dia dulu lecturer tamadun islam aku.kesian bapak dah tua2 pon ada anak x guna mcm ni
Apa yg tak gunaa uols. Lagu dia semua sedap2 menang AJL. Masalah dia tu ujian la utk dia Dan keluarga. Tujuan pun utk brlerubat walaupun tetap Salah Dan dia dah dpt hukuman. Berapa lama dia kat dalam.
Benjy lepas, anak berjaya lepas tp uols tetap cakap guna kabel. Hmmm. |
|
|
|
|
|
|
|
dia mmg mental.. dah lama... bipolar disorder.. makan ubat...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ada komen macam dia mengedar dadah kat orang ramai, padahal untuk kegunaan ubat dia. Kan dia ni ada penyakit bipolar, ke korang tak baca yang dia ada penyakit tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukannye satu dua pokok..
Xpayah naive sgt.. xde pulak bipolar lain tanam mcm dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh..hebat dpt lepas..kabel kukuh. Btw nsmpak hensem bila berisi..cepat sihat ye. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_blanco replied at 29-11-2023 09:30 PM
Kenapa ada komen macam dia mengedar dadah kat orang ramai, padahal untuk kegunaan ubat dia. Kan dia ...
masalahnya terbukti ke makan dadah yg ditanam tu blh mengubati penyakit dia? byk plak tu tanam. mengalahkan saintis buat ubat plak, so lepas ni sape2 ada bipolar blh la tanam blkg rumah byk2.
mmg lar tak edar kat org ramai sbb pokok pun tak brp nak beso lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|