CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11118|Reply: 42

[Dunia] Projek 'Jambatan Darat' Malaysia-Thailand bakal bunuh Singapura? Manfaat atau musibah?

[Copy link]
Post time 30-11-2023 12:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 30-11-2023 04:33 AM

Apakah pelabuhan-pelabuhan di Malaysia seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pulau Pinang bakal berhadapan dengan “masa depan yang gelap” sekiranya Thailand meneruskan hasratnya untuk membina “jambatan darat” (landbridge) menghubungkan Laut Andaman dengan Teluk Siam?

Hasrat Thailand itu bukan sahaja akan “membunuh” pelabuhan-pelabuhan di Malaysia tetapi juga akan mengancam masa depan Pelabuhan Singapura, yang merupakan di antara pelabuhan tersibuk di dunia.

Pada ketika ini, Bangkok sedang menimbangkan dengan serius cadangan untuk membina “jambatan darat” itu, yang diharap dapat merangsang kembali ekonominya yang terjejas teruk kesan daripada pandemik COVID-19.

Jambatan darat itu menghubungkan Laut Andaman dengan Teluk Siam di Thailand itu, sekiranya dibina, sudah pastinya menggembirakan pengusaha kapal-kapal dagang kerana ia bermakna mereka tidak lagi perlu belayar di Selat Melaka.

Banyak penjimatan kos dapat dilakukan sekiranya kapal-kapal dagang tidak lagi perlu melalui Selat Melaka, selain mengurangkan risiko terhadap ancaman rompakan laut dan aktiviti pelanunan  di selat yang sempit itu.

Sekiranya Thailand membina “jambatan darat” yang menghubungkan Ranong dan Chumphon di selatan negara itu, ia akan memberikan saingan kepada satu satu lagi “jambatan darat” yang sedang dibina oleh Malaysia iaitu ECRL (East Coast Rail Link) bernilai RM44 bilion sepanjang kira-kira 700km menghubungkan Pelabuhan Klang dengan Pelabuhan Kuantan.

Jambatan darat Thailand yang menghubungkan Ranong dan Chumphon yang dianggarkan hanya sepanjang 130km serta bernilai US$1.8 bilion untuk dibina bukan sekadar menyediakan laluan kereta api sahaja, tetapi terdapat juga cadangan untuk membina paip minyak menghubungkan kedua-dua kawasan itu, menjadikan projek infrastruktur itu menjadi lebih menarik daripada segi ekonominya.

Sekiranya jambatan darat selatan Thailand itu dibina, pelabuhan-pelabuhan di Ranong dan Chumphon yang dinaiktaraf manakala zon-zon industri diwujudkan bagi menjana lagi ekonomi tempatan.

Menyedari potensi ekonomi “jambatan darat itu” Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha mengarahkan kajian feasibiliti (kebolehlaksanaan) mengenai cadangan pembinaan jambatan darat itu.

Cadangan untuk membina jambatan barat menghubungkan Laut Andaman dan Teluk Siam itu mendapat nafas baru selepas cadangan untuk membina Terusan Kra, di Segenting Kra selatan Thailand yang diimpikan sejak berdekad lama tidak dapat direalisasikan di atas beberapa sebab.

Antara sebab utama yang menghalang pembinaan Terusan Kra itu adalah kosnya yang terlalu tinggi selain terdapat juga kebimbangan daripada segi impak politik dan keselamatan kepada Thailand.

Pihak keselamatan Thailand bimbang sekiranya Terusan Kra dibina, ia akan “memutuskan” negara itu  kepada dua bahagian iaitu selatan dan utara, sekaligus memarakkan lagi konflik bersenjata yang sedang berlangsung di selatan negara itu.

Pihak keselamatan Thailand secara “di belakang tabir” menyuarakan kebimbangan mereka bahawa pembinaan Terusan Kra itu akan memarakkan lagi semangat kemerdekaan dikalangan pihak-pihak yang menyokong puak bersenjata di selatan Thailand.

Pihak keselamatan Thailand bimbang akan kehilangan selatan Thailand sekiranya Terusan Kra itu dibina.

Selain itu, dalam keadaan pandemik ini, tidak ada pihak sama ada swasta atau kerajaan yang mahu membelanjakan US$30 bilion hingga US$50 bilion untuk membina terusan.

Oleh kerana itulah, pembinaan jambatan darat merupakan pilihan yang disukai ramai kerana kos pembinaannya adalah jauh lebih murah berbanding membina terusan di selatan Thailand itu.

Walaupun cadangan membina jambatan darat itu menerima sokongan ramai pada ketika ini, tetapi pada masa yang sama kumpulan-kumpulan pelobi Terusan Kra yang disokong oleh bekas-bekas pegawai kanan tentera Thailand akan terus berusaha mempengengaruhi kerajaan tentera Thailand.

Kumpulan-kumpulan pelobi Terusan Kra di Thailand dikatakan mendapat sokongan daripada China yang mahu melihat pembinaan terusan itu direalisasikan untuk memenuhi impian ekonomi dan strategiknya.

Dengan adanya Terusan Kra, kapal-kapal tentera mahupun kapal komersial China membawa minyak dan gas yang amat penting untuk ekonominya tidak lagi perlu melalui Selat Melaka.

Ia sekaligus melenyapkan kebimbangan Beijing bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya akan bertindak menyekat laluan perkapalan di Selat Melaka itu sekiranya konflik ketenteraan di antara dua kuasa besar dunia itu meletus.

China sememangnya mahu melihat Terusan Kra itu dibina kerana ia akan memenuhi kepentingan strategic negara itu.


Single Polls, Total 20 Users voted

Poll is finished

45.00% (9)
30.00% (6)
10.00% (2)
15.00% (3)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2023 01:03 AM | Show all posts
Port queue, embarking, unloading, clearance, train loading, forwarding, loading, disembark. Boleh ke semua ni bawah 12 jam?

Ni baru kos masa. Belum kos kewangan lagi. Tak berbaloi dengan kos yang dihabiskan berbanding laluan asal.

Ni bukan Suez dengan Cape Town atau Panama dengan Argentina. Yang tu berbaloi la lalu terusan atau land bridge.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 03:38 AM | Show all posts
musibah
Singapore generates so much economic opportunities yg org mesia pon tumpang sama
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 08:55 AM | Show all posts
untuk jangka panjang
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 08:56 AM | Show all posts
untuk jangka panjang
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 09:06 AM | Show all posts
port klang & singapore mati loh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2023 09:06 AM | Show all posts
port klang & singapore mati loh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
malaysia blh jd archipelago serupe indon pilipinns kalau terusan kra dibuat, kalau jmbtn darat dibuat ecrl pulak xlaku, najib buat ecrl tu bukan mak angkut org sgt tp nak pintas pelabuhan singapore je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2023 10:05 AM | Show all posts
takut berlaku konflik dalam negara ASEAN. Paling parah boleh berlaku perang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 11:40 AM | Show all posts
venom1 replied at 30-11-2023 10:05 AM
takut berlaku konflik dalam negara ASEAN. Paling parah boleh berlaku perang.

singapore akan bantah & opkos dapat bantuan dari US..Thailand pulak sokongan dari China..kita tersepit kat tengah nanti ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 11:42 AM | Show all posts
Msia neh kan negara gagah perkasa. Ekonomi pun bagus, mana si Nusantara hendhon lahanat tue? Meh lar masuk perli, bodohhh!
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa msia yg jahanam dlu sebelum singapore
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 30-11-2023 09:25 AM
malaysia blh jd archipelago serupe indon pilipinns kalau terusan kra dibuat, kalau jmbtn darat dibua ...

Malaysia jd pulau.  So map Dunia Dan globe pun akan berubah.

Welcome to malaysia island
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
epullipan replied at 30-11-2023 11:40 AM
singapore akan bantah & opkos dapat bantuan dari US..Thailand pulak sokongan dari China..kita ters ...

Elephant fight elephant the grass will suffer bak kata mat sabun
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 12:43 PM | Show all posts
Jika jadi, malaysia tak boleh melihat ini sebagai musibah sama sekali, sebabnya tak ada jalan lain sudah, kena ikut rentak perubahan persekitaran.

Malaysia kena buat perancangan untuk bina pelabuhan-pelabuhan besar yang strategik dibahagian atas sana untuk ambik peluang, ianya mungkin menguntungkan atau tidak tetapi pelabuhan ikut laluan singapuran akan totaly dead nanti...

Mungkin malaysia juga perlu berfikir serius jika thailand nak potong ekor kita pun boleh juga potong sama... jadi kita boleh sediakan saingan
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bayangkan kalau buat jambatan yg kene reload cargo, mungkin tak laku sbb tambahan banyak keje unless cargo unload & reload tu automatic mcm ada conveyor belt pas tu cargo ship ni mcm transit la kan kene tukar2 kapal. Kalau buat terusan mcm suez tu acceptable juga tapi habis la port klang, spore, kuantan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2023 02:48 PM | Show all posts
angan2 jer puak thai
nak korek lebarkan sungai kolok pun sampai harini tak boleh bekerjasama
'tu langkah mayat vietnam dulu utk nak buat segenting kra ni

unlike vietkong yg mahir IT in English
thai tidak ada kemampuan yg sama
gila korg semua nak kena baca dlm bahasa sanskrit

5555

suruh jer maha raja gila seks tu print more thai baht
cepat sikit ekobomi dorg runtuh
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissYouSayang at 30-11-2023 02:59 PM

Patut la kemain baik piyem siam dgn piyem bapok tua lately ,rhopernyehh pm siam dapat jackpot dari kebangangan nuart.......oh shitt ,port klang/penang/kuantan bakalan lingkuppp
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg x paham tu, kene unload brg utk ke sebelah sane, pastu load balik... Ape ke?? X menyusahkan diri ke?
Nape x buat terusan je terus? Buat dlm dan lebar, 2 ways... Amik ko, baru berbaloi2..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 03:39 PM | Show all posts
Won't happen. Tak berbaloi setakat nak bypass Malaya yang secoet ni.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.090067 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list