View: 27062|Reply: 16
|
[Tempatan]
Ramai guru hidapi masalah jantung, barah
[Copy link]
|
|
Ramai guru hidapi masalah jantung, barah
AMINUDDIN Awang dan Shamsul Azman Alias (tengah) bergambar bersama anggota NUTP pada Majlis Pelancaran Kad Perubatan NUTP Medicare di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
SHAH ALAM: Penyakit jantung dan barah menjadi krisis kesihatan utama dialami guru-guru di seluruh negara.
Kedua-duanya itu tersenarai dalam 36 penyakit kritikal oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NTUP) yang memberikan manfaat sumbangan kepada guru-guru yang mengalami masalah kesihatan itu.
Presiden NUTP, Aminudin Awang berkata, NUTP menyediakan manfaat kepada guru-guru terutamanya ahli mengikut senarai tersebut dan mengesan dua penyakit jantung dan pelbagai jenis kanser menjadi pemberian sumbangan tertinggi.
“Kita ada juga di peringkat kita (NUTP) ada (tabung kebajikan). Bermakna di ahli peringkat kita, mana-mana ahli yang dapat penyakit kritikal mereka akan diberi RM2,000, itu diperingkat kita, bukan insurans.
“Tetapi daripada data di situ, ramai daripada kita yang kena kanser, ada dua penyakit besar iaitu kanser dengan masalah jantung. Sekarang banyak faktor seperti makanan, stres pun ada juga peratusan kewajarannya tetapi secara spesifiknya kita tak ada data itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kad Perubatan NUTP Medicare, hari ini.
Kad perubatan tersebut merupakan manfaat baharu boleh dimohon oleh guru-guru dari seluruh negara menerusi program NUTP Medicare dengan kerjasama Zurich General Takaful Malaysia Berhad pada bayaran premium serendah RM70 untuk individu dan RM180 untuk keluarga.
Jelas Aminuddin, manfaat tersebut memberi peluang kepada lebih 400,000 guru untuk mendapatkan rawatan pakar lebih 160 panel hospital swasta yang dalam masa sama membantu mengatasi lambakan pesakit di hospital awam.
Menurutnya, kad perubatan tersebut menjadi perlindungan alternatif kepada penerimanya untuk mendapatkan rawatan segera melalui kadar sumbagan yang mampu milik dengan nilai perlindungan komprehensif.
“Kita hendak memastikan ahli-ahli kita terjaga dari segi bukan sahaja semasa mereka sihat tetapi masa mereka tidak sihat. Dalam rawatan pun mereka akan mendapat khidmat yang terbaik sama macam masa mereka sihat dan bekerja.
“Jadi, kalau mereka dapat memperuntukkan sebanyak RM180 sebulan, bukan sahaja mereka tetapi semua ahli keluarga yang di bawah 23 tahun, kalau mereka ada tujuh orang anak bawah 23 tahun bermaksud sembilan orang dilindungi dengan RM180,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zurich Takaful, Shamsul Azman Alias, memaklumkan tawaran dalam kerjasama dengan NUTP menjadi sebahagian daripada inisiatif untuk menghargai pengorbanan dan jasa guru.
– UTUSAN
Oleh MOHAMAD ATHIR BIN ISMAIL
30 November 2023, 12:05 pm
https://www.utusan.com.my/nasion ... alah-jantung-barah/
|
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakan spesis gemok2 dan jenis makan semua benda kut...yg manis2, yg lemak2, daging..tu yg penyakit jantung, kanser. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmmmm… stress ngadap budak2 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Bilangan cikgu ramai.
Tu nmpk ramai berpenyakit tu.
Tp kan, in my school sahaja pun dah dua orang penghidap barah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda² dah nampak..
Get ready pembayar cukai sekelian.
Kerja lain tak dakk kena sakit janting kott.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan pekerjaan lain tak kena sakit jantung dan kanser? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 3-12-2023 09:21 AM
Takkan pekerjaan lain tak kena sakit jantung dan kanser?
Cikgu terpaling penat kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 3-12-2023 09:21 AM
Takkan pekerjaan lain tak kena sakit jantung dan kanser?
Pekerjaan lain tak sesusah dan sestress mcm cikgu. Cikgu kan lilin, terbakor je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 3-12-2023 09:21 AM
Takkan pekerjaan lain tak kena sakit jantung dan kanser?
Kirija lain rilek² ja
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Jangan kuat komplen pasal anak murid. Kurang la stress tu |
|
|
|
|
|
|
|
caprut replied at 3-12-2023 09:55 AM
Cikgu terpaling penat kerja
Suaah kott keje mendidik |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 3-12-2023 10:07 AM
Pekerjaan lain tak sesusah dan sestress mcm cikgu. Cikgu kan lilin, terbakor je.
Sajak 'GURU OH GURU' - Dato' Usman Awang
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979 |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 3-12-2023 10:24 AM
Kirija lain rilek² ja
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. |
|
|
|
|
|
|
|
abg meols rebah time mengajar...jantung stop...smpai hosp terus koma sbb oksigen x naik kepala 2minggu koma, meninggal dunia..muda lg 49yrs..akak ipar cikgu, detect ada sejenis ketumbuhan melekat kt tulang belakang... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah kalangan family saya semua sihat masa mengajar dulu. Dah pencen jer mula sakit2. Mungkin diarg garang gila masa mengajar tu. Jd bila dah lepas semua takde stress2 dgn students dah. Keluar bilik darjah dah boleh bergurau senda blk dgn students tu. Budak2 pun suka dgn diarg diluar kelas la masuk je kelas mengajar mula kecut perut masing2 termasuk sy |
|
|
|
|
|
|
| |
|