CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15123|Reply: 6

[Tempatan] Fasha Sandha tak terkesan isu tular suami curang

[Copy link]
Post time 3-12-2023 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Fasha Sandha dilantik duta sempena pembukaan Alfaro bagi cawangan Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Pelakon, Fasha Sandha mengakui dirinya tidak terkesan dengan isu suami curang dan berkahwin dua yang belum reda diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Walaupun beliau berkahwin kali kedua bersama suaminya sekarang, Aidil namun beliau tidak melatah dengan isu yang tular kerana berpendapat ia tidak memberi manfaat buat diri dan kariernya.


“Sejujurnya  saya dan suami saya tidak pernah membincangkan perkara ini. Sebolehnya saya tidak mahu bercakap mengenai soal isu yang melanda di dalam Malaysia yang sangat panas.

“Jujur benda itu sudah berlarutan dalam seminggu tetapi sehingga hari ini saya dan suami tidak pernah langsung berbual mengenai perkara ini. Bagi saya, kita sebenarnya tidak boleh bercakap lebih kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada kita. Jadi lebih baik kita diam dari berkata-kata.

“Daripada kita mahu pesan itu ini dengan suami kita jangan buat tetapi mereka tetap boleh buat dan zaman sekarang pun wanita  sudah mampu menguasai dunia sekiranya wanita itu berkerjaya dan mempunyai wang ringgit, dia tak akan ditindas,” katanya ditemui pemberita ketika hadir di Pembukaan Meriah cawangan Alfaro di sini semalam.

WhatsApp-Image-2023-12-03-at-11
Pemilik Alfaro, Farooq (tengah ) bersama Fasha Sandha memberi sumbangan kepada anak-anak yatim di Johor semalam.
Fasha yang mempunyai pengikut 5.3 milion di laman Instagram sentiasa bersikap positif ketika ditanya mengenai video kontroversi bersama suaminya.


Menurutnya, beliau tidak mampu untuk mengawal fikiran orang lain.

“Sebenarnya tidak perlu cipta kontroversi lagi untuk saya kerana pada ketika ini apa yang saya rasa mahu lakukan, saya akan lakukan.

“Saya tahu dan saya sedar orang yang lebih warak memberi komen. Pada pandangan saya jika nak beri komen itu hak masing-masing .Kalau you ambil positif, positiflah ia kalau negatif, negatif. Saya  tak kisah.

“Kita pun tidak gemar kepada penunggang agama yang gunakan kata-kata manis atau pandai berikan nasihat atau motivasi tetapi dia juga ada sisi gelap yang tidak betul.


“Biarlah orang nampak kita begini yang banyak khilafnya tetapi sisi kebaikan hanya Allah tahu,” katanya. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2023 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay Fasha.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani nak komen...karang kena hencap pulak berdasarkan sejarah lama
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb dah tertekan 10-15 thn lepas kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 3-12-2023 07:33 AM
Berani nak komen...karang kena hencap pulak berdasarkan sejarah lama

Kannnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 10:08 PM | Show all posts
Edited by brego at 3-12-2023 10:14 PM

kena buat kempen
sebab sesetengah jantan memang berpikir guna pelir

bagitau kisah cara orang cina
bini pertama bawa ong, sebab kahwin tu dia jadi senang
betina lain semua jadi skandal saja

bagitau kisah Nabi, anaknya Fatimah
Saidina Ali nak poligami Nabi tak bagi
kisah selanjut nya boleh study sendiri

bagitau kelebihan bila anak2 dah besar
hidup makin stabil, kaya, senang,
anak2 dah besar, dah tak banyak benda nak buat
boleh fokus minat dan bisnes sendiri
so tak payah nak menyusahkan diri bela bini baru,
dan bela anak kecik.
time cuti pegi enjoy2 vacation dgn bini dan anak

masa ada, umur yg berbaki boleh fokus beribadah
tak payah lagi sibuk kejar dunia dan betina
esok kat sorga banyak nanti bini kau, sabar jer la
bukan lama pun



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2023 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana ada pompuan yg nak sondol biawak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.070504 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list