View: 12133|Reply: 1
|
[Dunia]
Seorang maut dinding rumah roboh, suami dan anak cedera
[Copy link]
|
|
Seorang maut dinding rumah roboh, suami dan anak cedera
Ia ekoran gempa berkekuatan 7.4 magnitud melanda selatan Filipina lewat malam tadi. - Foto AGENSI
MANILA: Gempa bumi berkekuatan 7.4 magnitud yang melanda selatan Filipina lewat malam tadi, mengorbankan sekurang-kurangnya seorang dan mencederakan dua yang lain, lapor Xinhua yang memetik pihak berkuasa tempatan.
Pejabat agensi bencana tempatan melaporkan seorang wanita dari Tagum City di wilayah Davao del Norte terbunuh apabila dinding rumahnya roboh manakala suami dan anaknya mengalami kecederaan.
Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan ketika ini masih menilai kesan gempa dan mengumpulkan jumlah kematian mahupun kecederaan.
Dalam laporan terkini hari ini, Institut Kajian Gunung Berapi dan Seismologi Filipina menaik taraf magnitud gempa bumi daripada 6.9 kepada 7.4.
Institut berkenaan berkata, gempa yang berlaku pada 10.37 malam melanda pada kedalaman 25 kilometer (km), kira-kira 30 km timur laut pekan Hinatuan.
Gempa turut dirasai di bahagian Pulau Mindanao dan tengah Filipina berisiko menyebabkan kerosakan.
Lebih 500 gegaran susulan direkodkan setakat pagi tadi, dengan beberapa daripada merekodkan magnitud lebih 5 dan 6.
Agensi sama turut mengeluarkan amaran tsunami malam tadi, supaya penduduk yang tinggal di kawasan pantai berhampiran pusat gempa berpindah ke kawasan lebih tinggi atau bergerak lebih jauh ke pedalaman.
Penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas agensi berkenaan menarik balik amaran tsunami.
Selain itu, Pengawal Pantai Filipina juga mempersiapkan semua kapal dan pesawat dalam keadaan berjaga-jaga untuk menjalankan operasi.
Bulan lalu, gempa bumi luar pesisir dengan kekuatan 6.8 magnitud melanda kira-kira 34 km barat laut bandar Sarangani dengan kedalaman 72 km, menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan orang maut. - BERNAMA/AGENSI
Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... ami-dan-anak-cedera
|
|
|
|
|
|
|
| |
|