View: 22939|Reply: 103
|
Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua Terhadap Suami, Datuk Red Cuba Lambatkan Kes
[Copy link]
|
|
Adira Suhaimi sudah memfailkan penceraian terhadap suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada 25 Oktober lalu.
Permohonan tersebut adalah yang kali kedua dibuat Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, terhadap Adnan atau Datuk Red selepas memfailkan penceraian terhadap suaminya pada 1 April 2019.
Foto: IG
Namun ia ditarik semula selepas Adira memberi peluang kepada suaminya dan cuba berbaik demi anak-anak.
Permohonan tersebut berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Hadir ke mahkamah bagi sebutan kedua kes berkenaan pada pagi Isnin, Adira hadir bersama kakaknya iaitu Emma Suhaimi sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JPK).
Adnan, 42, bagaimanapun hadir seorang diri dan gagal tampil bersama wakil bagi proses tersebut.
Kes itu didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar.
Pada sebutan kes itu, Abdul Hadi menegur tindakan Adnan yang dianggap sengaja melambat-lambatkan penubuhan jawatankuasa pendamai daripada dilakukan segera.
Sehubungan itu, Abdul Hadi menangguhkan kes berkenaan pada 18 Disember ini bagi membolehkan Adnan melantik wakil bagi pihaknya.
Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia satu tahun.
Perkahwinan pertama Adnan dikurniakan lima cahaya mata.
Adnan juga pernah bernikah pada usia 20 tahun, tetapi bercerai selepas lima tahun bersama dan hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
so betul la tekaan forumer yang sheols & si red tengah goyah |
|
|
|
|
|
|
|
Macam tak berfungsi je
Banyak hal aku tengok Adira yang urus semua dari anak2, rumah dan duit
Adnan tu kat rumah pun macam tunggul
Ni base on media social la
Yela.balik pun sesekali
Sesekali tu lah nak minta layanan bak king
Lepastu pergi balik sana
Anak2 kecik2 rapat2 ohhhhh
Stress
Tapi Adira ni pandai cover emosi dia eh |
|
|
|
|
|
|
|
Haritu tengok dia buat parodi laki buaya ingatkan aman² je.
Tertipu aku dengan media social ni |
|
|
|
|
|
|
|
fuh, dato ni ada total 11 anak yach. baru usia 42. fuh! byknya kos... |
|
|
|
|
|
|
|
Anak deret tp sheols look lovingly n present to her kids |
|
|
|
|
|
|
|
dah 2 kali dia fail cerai. anak berceretek macam tikus sawah ye adira ni. nampak dia rajin kerja, pandai cari duit. klu itu yg terbaik teruskan jelah adira oi. |
|
|
|
|
|
|
|
pulakkk. tapi reels dia ni best jugak . kelakar |
|
|
|
|
|
|
|
apa masalah nya, tengok bulan lepas mcm oke2 je, dgn madoo pun mcm besfren..
rugila x cerai awal ritu, sbb muda lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
bini kedua dia elok je sampai sekarang tak bercerai |
|
|
|
|
|
|
|
me thinks she dah ikat kan sbb czer ajo smuanya
|
|
|
|
|
|
|
|
moga dipermudahkan..tapi sorry to say,husband kau tu mcm x ada function except buat anak |
|
|
|
|
|
|
|
HelgaPataki replied at 4-12-2023 12:42 PM
me thinks she dah ikat kan sbb czer ajo smuanya
Kalau masa pregnant atau beranak takde complication boleh je berkali2 tp itulah..kalau dia cerai, nikah lain...boleh ke laki baru terima anak2 dia. |
|
|
|
|
|
|
|
ramainya anak tokred ni
mmg kawen nak anak saja ke
dijaga elok ke x anak2 tu atau sume bini kena uruskan?
cane dira dgn tokred ni leh bersangkutan sampai kawen?
|
|
|
|
|
|
|
|
jangam tetiba beranak kecik lagi sudah.. iols ada tengok gak video anak2 dia semua berhandphone setiap masa.. maybe emak bz, apak pulak macam x cakna.. harap yg terbaik utk adira and anak2.. |
|
|
|
|
|
|
|
patut la pakcik ni dtg FD haritu pn mcm tak mesra je aku tgk |
|
|
|
|
|
|
|
black_handbag replied at 4-12-2023 11:49 AM
dah 2 kali dia fail cerai. anak berceretek macam tikus sawah ye adira ni. nampak dia rajin kerja, pa ...
Kemewahan adira slama ni sbb rete tokred atau mmg usaha drpd adira sndri .suke tgk ig die .klakar2 je die buat konten..anak2 pon elok je kemas.. |
|
|
|
|
|
|
|
black_handbag replied at 4-12-2023 11:49 AM
dah 2 kali dia fail cerai. anak berceretek macam tikus sawah ye adira ni. nampak dia rajin kerja, pa ...
X tkejut pasni adira preggy lg |
|
|
|
|
|
|
| |
|