CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6370|Reply: 4

Menantu Tak Jadi Tapi Hubungan Tyra Kamaruzzaman Dengan Siti Nurhaliza Masih Baik

[Copy link]
Post time 5-12-2023 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Tyra Kamaruzzaman mendedahkan hubungannya dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza masih berada dalam keadaan baik walaupun sudah tidak lagi terikat di bawah CTDK Holdings.


Katanya dia masih menghormati dan menganggap Siti seperti sebahagian daripada keluarganya.


Foto: IG




Dia membuat keputusan untuk keluar daripada syarikat milik Siti selepas lima tahun kerana ingin melebarkan sayapnya sendiri dalam dunia perniagaan.


"Tyra mengagumi Siti sejak kali pertama mengenalinya. Saya masih hormat dan sayang kepadanya.


"Saya sudah anggap Siti seperti sebahagian keluarga. Cuma keputusan keluar selepas lima tahun bersama dibuat kerana saya ingin lebarkan sayap dalam perniagaan dengan bersandarkan pengalaman yang ada."




  





Tyrajuga memberitahu aada menolak beberapa tawaran lakonan kerana merasakan ramai lagi gadis di luar sana yang lebih layak dan berlakon.


Disebabkan dilahirkan dari keluarga yang menjalankan perniagaan, Tyra lebih meminati bidang perniagaan berbanding lakonan.




  



"Saya tolak tawaran kerana lakonan bukanlah minat dan tak berbakat.


"Ramai lagi gadis yang layak dan berbakat. Namun tak jadi satu kesalahan jika pempengaruh media sosial menceburi dunia lakonan.




  



"Mungkin sebab lahir dalam keluarga berniaga, jadi minat berniaga lahir secara semula jadi,"katanya seperti dipetik di OhBulan. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 11:40 AM | Show all posts
lebih baik ko angkat kaki dik, idok...puas kena kerja keras menjual siang malam buat live, gi seminar bussiness miki maus jijang semang, pastu kena pretend pernah miskin beli roti canai makan berdua.. track record menantu artis / isteri superstar keluarga ex kau tu sangat fishy ye...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Menantu tiri tak jadi, bukan menantu.

Sejak bila anak2 tok k yang berempat yang dah berbulu tu tokti yang mengandungkan & beranakkan? Jaga la hati mak kandung yang susah payah mengandung, melahirkan & membesarkan 4 ketul tu. Mak kandung tu pun hidup lagi. Kecik hati mak kandung tu. Dapat cucu pun yang dapat kredit si nenek tiri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 12:55 PM | Show all posts
cantik betul dia ni. muka latin habis
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
tak habis2 dgn menantu tak jadi ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.048971 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list