CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7878|Reply: 4

Jovian, Nina bercerai sejak empat bulan lalu

[Copy link]
Post time 6-12-2023 07:20 AM | Show all posts |Read mode
Jovian, Nina bercerai sejak empat bulan lalu


Jovian mengumumkan perpisahan bersama Nina selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. - Foto IG Jovian Mandagie


KUALA LUMPUR: Pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie mengumumkan dia dan isterinya, Nina Ismail Sabri sudah bercerai sejak Ogos lalu.

Memaklumkan menerusi Instagram (IG) lebih kurang sejam lalu, Jovian berkata, dia dan Nina yang juga anak bekas Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu berpisah secara baik.

"Ada perkahwinan istimewa yang tercipta untuk seumur hidup, tapi perkahwinan kami berkembang menjadi persahabatan seumur hidup.

"Pada Ogos lalu, kami bersetuju menamatkan ikatan perkahwinan yang berusia 10 tahun kerana kami percaya itu adalah jalan yang terbaik.

"Kami dapati sebagai sahabat dan ibu bapa Jeanelle, kami berkongsi rasa cinta berbeza yang harus dihargai.

"Memandangkan kebahagian Jeanelle adalah kebahagian kami, jadi kami sudah lakukan yang baik. Alhamdulillah.

"Rasa kasih sayang kami kepada ibu bapa dan keluarga tak pernah berubah. Kami percaya Allah adalah sebaik-baik perancang.

"Selepas beberapa dekad, anda menjadi sebahagian draipada perjalanan kami, kami sentiasa ingat kenangan itu. Sokongan anda kepada #Jovianina tidak ternilai dan kami berharap sokongan itu akan berterusan," tulisnya.

https://assets.bharian.com.my/im ... i-2B_1701780759.jpg

Jovian dan Nina berkahwin pada 2013 dan dikurniakan cahaya mata, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun. - Foto IG Jovian Mandagie
Jovian yang akan meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 pada 11 Disember itu turut menyatakan perasaan terharu atas sokongan dan kata-kata positif dari pengikutnya di laman sosial, justeru merasakan berita itu perlu dikongsikan.

"Semalam, kami adakan sesi secara langsung di TikTok dan kami tersentuh dengan komen mengenai rumah tangga kami.

"Kami rasa adalah penting untuk kami kongsikan dengan anda semua.

"Sementara berita ini tidak dijangka, percayalah kami dalam keadaan yang baik. Apa juga yang anda saksikan di media sosial sejak empat bulan lalu adalah benda yang nyata.

"Kami tidak mungkin akan membenci antara satu sama lain memandangkan kami pernah berkongsi hidup selama hampir sedekad.

"Terima kasih untuk doa dan sokongan anda untuk babak baharu kehidupan kami ini," katanya.

Jovian dan Nina Sabrina berkahwin pada 11 Disember 2013.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... ak-empat-bulan-lalu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 04:01 PM | Show all posts
sejak bila pulak jovian dengan nina ni kat gosip antarabangsa?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:28 PM | Show all posts
cerai kes dlm lif ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis ke ?....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:34 PM | Show all posts
emmm sekilas ikan dilauttttt... tak paham akum kenapa nak nikoh dgn wanita sedangkan suka mengunyit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.047876 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list