View: 3951|Reply: 1
|
[Tempatan]
Dakwa Melayu malas, wanita Kemboja akan dituduh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh esok
[Copy link]
|
|
Dakwa Melayu malas, wanita Kemboja dituduh esok
https://www.freemalaysiatoday.co ... mboja-dituduh-esok/
Bernama - 06 Dec 2023, 3:08pm
Peniaga wanita berasal dari Kemboja dan anak lelakinya mencetuskan kemarahan pengguna di media sosial apabila mendakwa orang Melayu malas.
Turut akan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh esok, anak lelaki wanita itu berusia 22 tahun.
MELAKA: Seorang wanita asal Kemboja dan anak lelakinya yang sebelum ini tular di media sosial berikutan dakwaan “Melayu malas”, akan dituduh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh esok.
IPK Melaka dalam kenyataan berkata, pemilik perniagaan di Johor Bahru yang berusia 47 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.
“Anak lelakinya yang berusia 22 tahun pula akan dituduh di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
“Siasatan berkaitan kes itu telah dirujuk ke pejabat Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam, Pejabat Peguam Negara pada semalam,” kata kenyataan itu.
Sebelum ini, tular rakaman video di media sosial menunjukkan seorang wanita yang mengaku asal Kemboja, tetapi sudah lama bermastautin di negara ini sedang mengadakan penstriman langsung di sebuah gedung pakaian Muslimah.
Dia mendakwa orang Kemboja sememangnya pandai dan rajin berniaga berbanding orang Melayu yang malas, namun pada akhir rakaman video berkenaan, menyatakan dia hanya bergurau dan memohon maaf, disusuli permohonan maaf yang diulang pada hantaran berasingan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorry, thread dah ada. mod tolong katup |
|
|
|
|
|
|
| |
|