View: 6809|Reply: 8
|
[Dunia]
2023 menjadi tahun paling panas dalam rekod
[Copy link]
|
|
2023 menjadi tahun paling panas dalam rekod
Renjer Perkhidmatan Taman Negara Kebangsaan bergambar di sisi jangka suhu menunjukkan bacaan 55 darjah Celsius di Pusat Pelawat Furnace Creek ketika gelombang panas di Taman Negara Death Valley, California, Amerika Syarikat (AS) pada 16 Julai 2023. - Foto AFP
PARIS: Pemantau iklim Eropah, Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (EU) (COPERNICUS), hari ini, menyifatkan 2023 adalah tahun paling panas, memecahkan rekod terdahulu pada 2016.
Keputusan itu dicapai selepas cuaca luar biasa direkodkan dalam tempoh enam bulan berturut-turut, termasuk November lalu.
Timbalan Ketua Perkhidmatan COPERNICUS, Samantha Burgess, berkata keadaan itu secara langsung meningkatkan tekanan pada perbincangan perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau COP28, yang berlangsung di Qatar sekarang.
Tambah beliau, November memecahkan rekod haba berbanding bulan sebelumnya, sekali gus mendorong suhu purata global 2023 kepada 1.46 darjah Celsius lebih panas daripada paras pra-industri.
"Terdapat amaran bahawa tahun ini boleh memecahkan rekod tahun paling panas pada 2016, selepas ia mengatasinya pada bulan September dan Oktober lalu.
"November juga mengandungi dua hari yang mencatatkan dua darjah Celsius lebih panas daripada tahap pra-industri. Tiada hari yang sama seperti itu pernah direkodkan sebelum ini," katanya.
Pengumuman rekod itu dibuat ketika perunding dari hampir 200 negara menghadiri COP28 di Dubai, membahaskan teks draf perjanjian akhir mengandungi tindak balas terhadap kemajuan dalam mengehadkan pemanasan global.
Burgess berkata, 2023 menyaksikan enam bulan dan dua musim memecahkan rekod.
"Suhu global pada November adalah luar biasa, termasuk dua hari lebih panas daripada dua darjah Celsius di atas paras pra-perindustrian, bermakna 2023 adalah tahun paling panas dalam sejarah yang direkodkan," katanya.
Dalam perkembangan sama, menurut COPERNICUS, 2023 menyaksikan satu siri peristiwa cuaca melampau yang dahsyat dikaitkan dengan perubahan iklim, dengan pelepasan karbon dunia terus meningkat.
Menurutnya, 11 bulan pertama tahun ini adalah 0.13 darjah Celsius lebih panas berbanding 2016, tahun paling panas sebelum ini, berdasarkan rekod COPERNICUS, yang disimpan sejak 1940.
"Suhu global pada separuh kedua tahun ini dipercayai sebahagiannya didorong oleh corak cuaca El Nino," katanya.
Sementara itu, menurut saintis, data daripada teras ais dan pergelangan pokok menunjukkan tahun ini boleh menjadi yang paling panas dalam lebih 100,000 tahun.
Penyelidik turut memberi amaran berhubung 26 elemen penting Bumi seperti kadar kecairan kepingan ais, yang berpotensi untuk melepaskan malapetaka dengan kesan domino yang tidak dapat dipulihkan. - AFP
Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... g-panas-dalam-rekod
|
|
|
|
|
|
|
|
40 darjah pun sudah sakit kepala, belum angin panas lalu muka, rasa macam kena tampar |
|
|
|
|
|
|
|
tak heran pun...tak payah pergi jauh,kat KL ni pun byk pokok2 ditebang sesuka hati
bertindaklah sblm trlambat. |
|
|
|
|
|
|
|
wow acik renjer
dh serupa acik forum
larikkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
hahhahahhahahahahhahhanaaattttttttt
|
|
|
|
|
|
|
|
sebut pasal panas
tak sabar menantikan list terpanas sepanjang tahun 2023
politik, hiburan, socmed, penyondol, skandal mandel
yihhhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 7-12-2023 11:38 AM
wow acik renjer
dh serupa acik forum
Acik forum bersatu hati tidak bersetuju dengan statement uolz...
Perot acik ranger ukur lilit 3X ganda ukur lilit perut acik kepam forem okeh |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 7-12-2023 11:47 AM
Acik forum bersatu hati tidak bersetuju dengan statement uolz...
Perot acik ranger ukur lilit 3X ...
Pinggang acik forem 23 inci... acik ranger 69 inci |
|
|
|
|
|
|
|
wow kerengge ala saloma
ambik lah ambik lah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|