CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6185|Reply: 19

[Tempatan] Banjir kilat JB: Mangsa pecah pintu, kopak bumbung untuk selamatkan diri

[Copy link]
Post time 7-12-2023 08:30 AM | Show all posts |Read mode
Banjir kilat: Mangsa pecah pintu, kopak bumbung untuk selamatkan diri
Diterbitkan:  Dec 6, 2023 7:58 PM



Beberapa penduduk di Jalan Mas, Taman Kolam Air, di Johor Bahru menempuh detik cemas apabila terpaksa memecahkan pintu dan bumbung rumah untuk menyelamatkan diri selepas terperangkap dalam kejadian banjir kilat petang tadi.

Mangsa, Muhammad Ikram Md Rashid, 24, berkata dia menyedari dirinya terperangkap selepas terdengar bunyi hentakan kuat pada pintu depan rumahnya.

"Ketika itu saya sedang berbaring sebelum terdengar bunyi seperti hentakan di pintu. Bila saya jenguk ke luar tingkap, rupanya air sudah naik hingga ke paras dada.

"Saya terus jerit minta tolong kerana kami yang berada dalam rumah tak dapat keluar sebab air di luar dah tinggi. Selepas 20 minit, baru ada jiran bantu kopakkan pintu," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.




Dia yang bekerja di Singapura dan kebetulan tidak bekerja hari ini, berjaya keluar dengan sehelai sepinggang.

Sementara itu, Joshua Abraham, 29, yang menyewa di kawasan itu berkata dia dan rakan-rakannya terpaksa mengopak bumbung rumah untuk mengeluarkan seorang daripada rakan mereka.

"Semua terkejut bila dengar jeritan. Saya tak dapat nak bawa apa-apa, baju pun tak pakai. Saya risaukan pasport sebab saya kerja di Singapura, tapi hari ini tak kerja," katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Dia juga tidak sempat menyelamatkan motor dan kereta miliknya kerana air naik terlalu cepat.

Seorang peniaga, P Kili , 50, bimbang selepas dua kali dilanda banjir kilat dengan banjir kali ini lebih buruk.

Dia yang berniaga kedai makan, kedai dobi dan kedai barangan kahwin berkata kesemua barangan dan perkakas di ketiga-tiga kedai tersebut rosak teruk.

"Tujuh mesin basuh dan dua peti sejuk ditenggelami air. Saya tak sempat berniaga hari ini, semuanya sudah rosak.

"Kali pertama banjir pada tahun lepas tetapi cuma paras lutut, itupun sudah rugi ribuan ringgit. Tak tahulah bagaimana kali ini," katanya dalam nada sedih.

Hujan lebat berterusan selama dua jam di bandar raya ini sejak tengah hari tadi mengakibatkan kira-kira 25 lokasi dilanda banjir kilat.

- Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 08:32 AM | Show all posts
kk lebat hujan Tuesday tu nasib baik tak banjir
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 11:06 AM | Show all posts
orang meniaga ni takde amik insurance ke untuk cover bencana..
i walaupun duduk area yang tau takde banjir, still add on special perils..
mahal pun tak apa janji hati tak risau..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Inilah akibat pembalakan haram di JB, Kelantan Darul Rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama kolam air sempena banjir le tew
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 7-12-2023 04:43 PM

Singapork kat sebelah tu jgk yg untung...tak  banjir...hasil drpd pentadbiran negara yg cekap takde rasuah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Check longkang dan sistem perparitan.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 03:15 PM | Show all posts
Singapore tak pernah banjir..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 7-12-2023 02:29 PM
Singapork kat sebelah tu jgk yg untung...tak penah banjir...hasil drpd pentadbiran negara yg cekap t ...

Kerajaan DAP Penang tak cekap & rasuah ye bang?  Ppprrfttttt

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 7-12-2023 03:15 PM
Singapore tak pernah banjir..??

Pprprprrffftttt

Singapore tak pernah banjir katanya kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 03:57 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 7-12-2023 04:08 PM

ahahaaa bodohhnyaaa walaunn...org dok sembang knp jb banjir tapi singapo kat seberang tu tak banjir tup2 gi tepek psl banjir kat penangtakde kena mngena lgsg.Lollll
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya tiba2 air naik camtu mau tak kelam kabut. dibuatnya tgh tido lena sedar2 berbuih mulut dlm air
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 7-12-2023 03:57 PM
ahahaaa bodohhnyaaa walaunn...org dok sembang psl knp jb banjir tapi singapo kat seberang tu tak ban ...


Dah kau Singapore tak pernah banjir (fakta ni pun kelaut, bodo oii ) sebab pentadbiran negara mereka cekap dan tak rasuah, maka orang bijak macam aku guna kesimpulan bangang kau tu dengan membandingkan dengan Penang pulak yg selalu jugak banjir... Bernaksud ko setuju la Penang banjir sebab pentadbiran DAP di Penang tak cekap dan ada rasuah.

Sepatutnya aku tak payah citer panjang lebar camni kalau ko tak bodo sangat

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 04:20 PM | Show all posts
Perwira2022 replied at 7-12-2023 04:12 PM
Dah kau Singapore tak pernah banjir (fakta ni pun kelaut, bodo oii ) sebab pentadbiran negara ...

oii walaun..drpd ko tunjuk bodoh kat sini baik ko jawab dulu knp jb banjir tapi singapo tak??
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 7-12-2023 04:20 PM
oii walaun..drpd ko tunjuk bodoh kat sini baik ko jawab dulu knp jb banjir tapi singapo tak??

Hak elah bodonya ko rasa pelik JB banjir tapi Spore tak banjir hahahhaha   lain kali kat sekolah belajar sains & geografi tu baik2... Supaya takde la mudah kehairanan kenapa tempat A banjjr tapi tempat B kat sebelah elok je kering. Pastu perasan bijak terus buat kesimpulan puncanya sebab rasuah tak rasuah

Wei mangkok.... Rumah member aku 2 KM je dari rumah aku.... Tapi biasa je rumah dia hujan lebat tapi rumah aku elok je tak hujan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu je Singapore tu banjir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 04:28 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 7-12-2023 05:00 PM
Perwira2022 replied at 7-12-2023 04:25 PM
Hak elah bodonya ko rasa pelik JB banjir tapi Spore tak banjir hahahhaha   lain kali kat seko ...


ko tu yg bengap gografi..org dok sembang banjir kat jb (selatan)tup2 gi melalak psl banjir kat Penang (utra)



Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 7-12-2023 04:28 PM
ko tu yg bengap gografi..org dok sembang banjir kat jb (selatan)tup2 gi melalak psl banjir kat Pen ...

Kahkahkahkah aku dah agak level IQ rendah macam ko ni tak boleh sembang guna logik deduktif, logik induktif sel otak tak mampu nak hubung.

Dah la statement ko Singapore tak pernah banjir tu pun dah cukup reveal setakat mana tahap pengetahuan & akal ko hahahha

Ok la since orang bijak pandai nasihat tak payah buang masa berbahas dengan orang bodo, maka aku rest my case setakat sini je la.. Dipersilakan meneruskan kebodohan

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap edit balik tu... "Singapore TAK PERNAH BANJIR" jadi "Singapore TAK BANJIR"....

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 06:08 PM | Show all posts
tungkai replied at 7-12-2023 03:15 PM
Singapore tak pernah banjir..??

Skrg ni pun tgh berenang sakan kiasu spore

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.069268 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list