View: 6445|Reply: 15
|
Merupakan Artis Paling Lama Bersama Dengan Warner Music, Kaka Azraff Anggap Tindakan Mempertahankan Palestin Sebagai Jihad Kecil!
[Copy link]
|
|
Kaka Azraff redha dengan apa yang berlaku setelah Warner Music Malaysia secara rasmi menamatkan kontrak beliau susulan komen menghentam seorang influencer dan pelakon pro Israel.
Dalam laman peminat Jew Hate Database, mereka berkongsi tentang status dan maklumat peribadi Kaka Azraff sebagai penyanyi Pop Malaysia yang bernaung di bawah syarikat Warner Music.
Mereka mulai mengecam Kaka Azraff selepas salah seorang influencer pro Israel mereka koyak kerana komen Kaka Azraff dan menuduh wanita itu telah mengguris hati lelakinya dengan komen kebencian.
Dalam status mereka Jew Hate Database menulis: “Kenali Kaka Azraff, penyanyi pop Malaysia yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia.”
“Pada masa lapang, dia meluangkan masa untuk memaki hamun pempengaruh media sosial, secara spesifiknya, Nate.”
Warner Music Malaysia dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan bahawa: “Kaka Azraff merupakan seorang artis yang sangat berbakat tetapi malangnya, kami terpaksa berpisah dengannya disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung yang dipaparkan dalam talian.”
“Walaupun kami dengan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara oleh artiks di bawah naungan kami, namun sesiapa yang bertindak dengan cara demikian tanpa mengira bangsa, atau agama kami akan turut membuat keputusan yang sama.”
Kaka Azraff tidak pernah menyesal dengan tindakannya mempertahankan Palestin. Dia malah menganggap itu sebagai jihad kecil beliau.
Kaka Azraff menegaskan dia melihat perkara ini dari sudut positif dan yakin dia berada di pihak yang benar.
“Jadi kalau [apa yang saya lakukan ini] mendatangkan kesusahan sedikit [sehingga hilang kerja], maka saya anggap ini jihad kecil saya.”
Dia bertekad tidak akan berhenti untuk bersuara tentang hak Palestin di bumi mereka sendiri. Sambil menyatakan bahawa polisi syarikat itu secara global tidak menyatakan sama sekali ada larangan untuk artis di bawah naungan mereka bercakap tentang konflik Palestin-Israel.
Dia menafikan dia cuba menyemai kebencian menerusi kata katanya kepada influencer tersebut. Sebab itu dia tidak membuat kenyataan secara umum di status media sosial. Sebaliknya dia hanya bertelagah secara tertutup dengan influencer dan pelakon berasal dari Australia tersebut.
“Berkenaan dengan DM yang Kaka hantar kepada pelakon asal Australia itu, sebenarnya Kaka reply kepada video progaganda yang saya rasa sesuatu yang menyedihkan apabila melihat saudara mara kita di Palestin ditindas, dibunuh, dengan keadaan bayi yang ditinggalkan sebegitu rupa.”
Kaka Azraff memberikan konteks video itu kepada umum memandangkan dia tidak ada lagi video itu sebab Insta Story akan terpadam selepas beberapa jam.
“Konteksnya dalam video itu menggambarkan, mereka di Tel Aviv memilih kehidupan sebaliknya mereka di Gaza memilih kematian. Dan tentu, Kaka sebagai seorang muslim, wanita, ibu, Kaka terasa, ia sangat kejam.”
“Sebab bukannya orang Palestin yang memilih untuk mati sebaliknya Israel yang menjajah Palestin. Israel negara haram yang sudah banyak melanggar perjanjian antarabangsa. Jadi tidak salah untuk Kaka meluahkan perasaan.”
Kaka Azraff menegaskan bahawa, berdiam diri bukanlah jalan untuknya, dia melakukan perkara sekecil ‘menghantar DM’ untuk membantah tentang ketidakadilan itu.
Membicarakan lebih lanjut tentang DM yang dia hantar, artis itu berkata: “Saya DM dia secara langsung dalam keadaan sangat marah.”
“Namun saya tidak mengajak umum untuk membenci dia. Saya nak cakap, apa yang saya kata kepada dia bukanlah satu bentuk kenyataan berbaur kebencian. Namun pihak mereka telah menularkan perkara itu untuk menarik perhatian orang ramai seolah olah saya yang bersalah,” tambah beliau lagi.
Walaupun dia menerima penamatan kontrak itu secara terbuka, bukan bermaksud dia terus berdiam diri begitu sahaja. Sebaliknya penyanyi itu menyatakan dia berhak untuk tahu – sekurang kurangnya – sebab rasmi penamatan kontrak itu.
Lebih lebih lagi dia merupakan artis paling lama bersama dengan Warner Music Malaysia.
Menurut Kaka Azraff, surat penamatan kontrak yang dihantar kepadanya sebelum ini tidak menyatakan secara lengkap kenapa dia ditamatkan kontrak.
Kaka Azraff menambah: “Kaka tak terkilan tentang penamatan kontrak ini. Namun Kaka cuma terkilan dengan caranya [penamatan kontrak dilakukan] secara tiba tiba, serta tidak memberikan ruang untuk Kaka untuk kita berbincang ataupun dengan lebih jelas.”
“Walaupun tempoh yang diberikan [dinyatakan] dalam masa 30 hari.”
|
|
|
|
|
|
|
|
luqman podol
alif satar
janna nick
masdo
(sekadar menyebut beberapa nama)
under warner music malaysia
kita tengok macam mana perginya atau nak main playsafe
kenapa benda ni tak viral sangat?? |
|
|
|
|
|
|
|
Oh, jadi ceritanya begini:
Kaka DM influencer tu.
Influencer tu yang viralkan apa isi DM kaka pada dia.
Then, kaka yang kena buang kerja.
Hmmmm... Itulah Israel. |
|
|
|
|
|
|
|
cari brand lain la kaka..ko bawah warner tu pun tak ke mana sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
Artis2 warner lain mana? Xnk bersolidariti ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kes kaka ni bukan ke sbb sheolls ada sebut pasal hitler..so mcm anti semitic gitu
kalau meolls tak silap lah |
|
|
|
|
|
|
|
Bila tgk balik DM kaka tu, dia tulis hitler patut bOnOh semua orang isRahell. Lepastu dia sambung dgn f*ck*ng fagg0t kat org tu. Aku rasa kes ni bebetul sbb bahasa dia gunakan, not so much abt post dia on ig feed psl Pa/les/tin. Mmg bahasa rempit la anti semitic, beragak la nk solidariti pun bahasa kena jaga. |
|
|
|
|
|
|
|
Boikot je warn*r mus*c. Company luar buka kt sini patut perangai mcm &*$# |
|
|
|
|
|
|
|
Warner music pun dah clarify yg dorg memg side israel..xde rugi semua keluar n boikot warner ni..xde branch malaysia pun xpe la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tunggu Alif Satar sb dia bwh WM kan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by becir at 8-12-2023 01:22 PM
Actually mmg dia salah pun. Dia sebut patut hitler bunuh semua jews kan. Israel and jews lain ye..mendapat la buat perangai budak kelas belakang |
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 8-12-2023 12:34 PM
Actually mmg dia salah pun. Dia sebut patut hitler bunuh semua jews kan. Israel and jews lain ye..me ...
Itu laa pasal,, bahasa habis rempit nak F word kan org lain,, lepas tu nk anggap jihad,,, minah ni ok ke tak tu....huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi di Barat Dan Israel sendiri betapa ramai yg terang2 menyatakan Gaza Dan Palestine harus dihapuskan dari bumi. Minggu lepas Chief Rabbi di New York menyokong kemusnahan total di Gaza.Ahli politik Israel berapa ramai yg menyokong pembunuhan berdamai orang Palestine. Tiada tindakan langsung diambil pada mereka. Yg marah2 dengan Kaka di forum ini, adakah kamu pengamal double standards dan hypocrisy?! |
|
|
|
|
|
|
| |
|