CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6620|Reply: 18

[Tempatan] Tak sabar nak kahwin baru, ibu tunggal rancang ‘buang’ anak 10 tahun... Patuh cakap bakal suami, enggan bela benih orang

[Copy link]
Post time 7-12-2023 09:10 AM | Show all posts |Read mode


SUAMI boleh dicari, anak tiada galang-ganti.

Demikian pesan Kak Cha yang juga pengusaha sebuah rumah kebajikan selepas seorang wanita menghubunginya untuk menyerahkan anak, baru-baru ini.

Menurut Kak Cha dari Rumah Kebajikan An-Naafi, wanita berstatus ibu tunggal itu mahu melepaskan anaknya yang berusia 10 tahun kerana dia bakal berkahwin lagi pada bulan depan.



"Kak Cha dapat panggilan pagi-pagi. Kak Cha mohon maaf dulu kalau mengguris hati sesiapa. Dia cakap nak hantar anak. Kak Cha tanyalah, anak umur berapa? Dia kata 10 tahun, maknanya darjah empat.

"Apa tujuan hantar? Dia kata bulan Januari dah nak nikah baru. Masalahnya bakal suami tak suka denga anak, sebab dia cakap bukan benih dia. Dan macam biasalah, budak-budak nakal. Bakal suami tak suka," imbas Kak Cha.

Menerusi perkongsian panjang lebar di TikTok, Kak Cha berkata dia sempat memberi pesanan kepada wanita itu agar tidak mengabaikan anaknya demi cinta seorang lelaki yang belum tentu setia hingga ke akhir nyawa.

"Suami tu belum tentu lagi dia akan setia, esok kau tua dia kahwin lain... siapa jaga kau?" KAK CHA

Pada penghujung panggilan telefon, Kak Cha juga memaklumkan bahawa dia terpaksa menolak permohonan wanita yang berhasrat memasukkan anaknya ke rumah kebajikan

"Saya tanya, puan bekerja ke? Dia kata kerja. Lepas kahwin pun kena kerja, sebab sekarang kos hidup tinggi. Saya kata macam ni la ya, suami ni boleh tukar ganti, boleh kahwin lain. Anak ni sampai kita mati pun tetap anak kita, doa dia sampai untuk kita.

"Kenapa pilih kahwin lain dan hantar ke pusat jagaan atau rumah kebajikan? Sedangkan kahwin esok kau kena kerja juga. Tak ada pun kata laki tu tanggung sepenuhnya. Bakal suami kena terima la kau tu janda, kena terima yang kau ada anak.

"Ini benih awak yang awak kandung sembilan bulan 10 hari, bawa perut kehulu-kehilir. Ke mana naluri seorang ibu? Kak Cha terus cakap Kak Cha tak boleh terima. Belajarlah pilih anak dalam setiap hal," ujarnya lagi.

Dalam perkongsian sama, Kak Cha sempat memberi pesanan secara rawak kepada ibu bapa agar menghargai anak masing-masing kerana setiap daripada kita akan meningkat usia satu hari nanti.

"Betul, kadang-kadang anak ni nakal. Mana ada budak tak nakal. Kau kecil nakal, aku kecil pun dulu nakal. Cuma anak sekarang mungkin lebih berbeza. Kadang anak memberontak, dah kau lebihkan orang lain, lebihkan bakal suami.

"Suami tu belum tentu lagi dia akan setia. Esok kau tua, dia kahwin lain. Siapa jaga kau? Esok kau cakap anak derhaka. Tapi kita sebagai ibu bapa, kita dulu dah derhaka kat anak kita. Jangan ingat anak je boleh derhaka.

"Anak ni pertalian darah sampai mati. Suami boleh cari lain. Saya minta maaf kalau mengecilkan hati," ujar Kak Cha kepada lebih 5,000 pengikutnya di TiKTok.

Video perkongsian Kak Cha tentang ibu tunggal itu meraih lebih 155,000 tontonan dan turut dihujani banyak komen daripada netizen.

"Ya Allah, sampainya hati. Arwah mak saya, sampai meninggal tak kahwin lain sebab nak besarkan saya.

"Rela tak kahwin kalau orang tak boleh terima anak kita.

"Anak tu keluar dari rahim kita. Bakal suami tu keluar dari mana? Tak sanggup aku," tulis netizen.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 09:15 AM | Show all posts
Dia hantar rumah kebajikan Kak Cha ni ada bayaq fees bulan2 dak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape la yg bodoh sgt mak mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ada mak mcm ni. Bila mak dah tua, anak tu x benci kat mak sbb anak mmg nak kasih syg dari mak. Tapi kenyataan paling besar, kebahagiaan yg mak cari dgn laki baru tak kunjung tiba.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat la pi htr kat rumah kebajikan, pi la htr kat bekas suami atau waris2 belah ex tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 11:00 AM | Show all posts
krustykrab replied at 7-12-2023 09:38 AM
Awat la pi htr kat rumah kebajikan, pi la htr kat bekas suami atau waris2 belah ex tu.

jenis masa cerai rebut anak tak nak bagi bekas laki jumpa langsung kot..
ujung-ujung meratip bekas laki tak peduli anak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2023 11:05 AM | Show all posts
naper ekk smer konten2 pasal cerai la laki ada skandal la , ni nak buang anak pulak

hangpa2 ni smer dah takde idea ka nak kasik barang laku?

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 11:06 AM | Show all posts
Tapi lagi baik dikasi kat kebajikan dari budak tu dibela dengan laki baru kemudian di dera sampai meninggal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 11:07 AM | Show all posts
BeskotCekelat replied at 7-12-2023 09:15 AM
Dia hantar rumah kebajikan Kak Cha ni ada bayaq fees bulan2 dak?

Biasa kat rumah kebajikan, pemilik akan dapat wang saraan untuk setiap anak dalam jagaan mereka.

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 11:17 AM | Show all posts
sama cam ayah iollss..nenek i sibuk nak kawen baru n tinggalkan ayah i dekat kampung suruh moyang i jaga
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 11:56 AM | Show all posts
krustykrab replied at 7-12-2023 09:38 AM
Awat la pi htr kat rumah kebajikan, pi la htr kat bekas suami atau waris2 belah ex tu.

Kalau Mak sendiri pun dah tak sayang nak let go ko rasa dek?

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 11:59 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 7-12-2023 11:00 AM
jenis masa cerai rebut anak tak nak bagi bekas laki jumpa langsung kot..
ujung-ujung meratip bekas ...

Quite likely the opposite. Kalau dulu berebut at least sekarang salah sorang masing sayang.

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 12:16 PM | Show all posts
aku kesian dengan budak tu, malang bagi dia ibunya tak sayang pada dia, betul kata kak cha tu, kita kena pilih anak sebab pasangan ni datang dan pergi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka budak sebijik bapak ka, benci bapak anak pula serupa bapak termasuk muka perangai bapak, nyah kau dan keturunan kau dari hidup aku, x hingin tgk muka sepesen copipes dgn muka bapak x guna, sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mak ko nak sedap dik..semoga Allah permudahkan urusan adik...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapalah tak diambilnya budak tu, dah jelas2 mak dah tak sayang. Kang naya kena dera ke apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 01:20 PM | Show all posts
area mana ni? meh me jaga. pastu me buat surat tak boleh tuntut sampai bebila dan jangan gunakan ayat aku kandung kau 9bulan, macam ni kau buat kat aku sebagai ibu?

eh hellloooooo...vijajay kau tu yg menggelupur nak s3nak, pergi lah sana..anak tu biar kan..

itu kalau me lah yg jaga
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo kuar news lagi bberapa bulan pasal anak mati didera bapak tiri pastu tengok2 budak yg dimaksudkan tu ialah budak umur 10 tahun yg  mak dia nk buang kat rumah kebajikan ni apa yg kak cha ni akan rasa???waktu tu ko meraung pon x guna kak kalo nasi dh jadi bubur...bukan sekali dua kita dengar berita pasal kanak2 mati didera/diabaikan oleh bf/laki baru mak....kalo aq jadi dia aq terima je budak tu,biar la dia duduk ngan org prihatin/sayang pada dia daripada dok ngan mak yg sanggup nk tinggalkan dia sebab jantan lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini la slh 1 sbb i bangkang pasangan gedik nk kahwin awal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.064648 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list