CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6528|Reply: 9

[Tempatan] Sultan Johor berkenan terima menghadap bintang filem China Fan Bingbing

[Copy link]
Post time 7-12-2023 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 7-12-2023 12:09 PM

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar semalam berkenan menerima menghadap bintang filem terkemuka China, Fan Bingbing.
Dalam satu hantaran di Facebook rasmi baginda menyatakan artis wanita yang menjadi ikutan ramai di peringkat global, menghadap Sultan Ibrahim sebagai sebahagian daripada programnya sempena Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-34.

Urusan menghadap baginda itu dimudah cara oleh pengurus antarabangsa beliau, Jersey Chong, seorang anak Johor yang mahu memperkenalkan artis itu kepada bakal Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

"Sebagai Anak Johor, saya rasa amat bangga Sultan saya akan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Kami menulis surat secara rasmi untuk memohon sama ada Bingbing boleh menghadap baginda

Kami rasa teruja apabila menerima jawapan daripada Tuanku Sultan yang berkenan menerima menghadap Bingbing," kata Chong kepada Royal Press Office di sini, menurut hantaran di Facebook itu

Bintang filem itu ditemani ibunya, Zhang Chuanmei, seorang usahawan, menurut hantaran itu.
Selain Bingbing, adik lelakinya Fan Chengcheng juga seorang penyanyi pop dan pelakon terkenal di China.
Bingbing yang mempunyai 63 juta pengikut dalam Weibo ( platform media sosial di China mirip X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter) dan 4.1 juta pengikut Instagram, lazimnya ditonjolkan sebagai wajah kebudayaan China di peringkat global.

Daya tarikan pecah panggungnya melangkaui filem China, dan pernah membintangi filem adiwira Hollywood - "X-Men: Days of Future Past", selain daripada filem Perancis dan Korea.

Sebagai seorang daripada artis wanita dunia yang mendapat bayaran tertinggi, Bingbing juga mengusahakan agensi pengurusan artisnya sendiri, sebuah syarikat pengeluar filem dan Fan Beauty - satu jenama kosmetik dan penjagaan kulit yang mendapat kejayaan besar di China.

Beliau juga menghiasai iklan Adidas, Louis Vuitton dan Moet, selain daripada produk gincu bibir hingga ke berlian.
Pada 2017, majalah Time memilih beliau untuk menghiasi kulit majalah itu. Beliau juga dinamakan sebagai antara 100 Orang Paling Berpengaruh Global, menjadikan Bingbing sebagai satu-satunya artis wanita Asia yang terpilih. – BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 12:18 PM | Show all posts
igtkn 50 dh
baru 42 rupanya
padan la nmpk muda remaja



nampak...42 pun masih muda remaja
kasik up sket acik porum
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 12:54 PM | Show all posts
....................sekadar mermehati dari sudut yang teliti
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Marhaen nak mampus rupa Fan Bing2 tanpa kostum dan mekap Holiwud.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 01:13 PM | Show all posts
ehh minah ni yg ada kes tax evasion tu ekk?

naseb tak di'lupus'kan saja oleh komunih cina sana
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa tujuan jumpa tu...kemain rapat posing dgn sultan...mcm takde protocol je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2023 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaum Zionist Timur ni mana ada buat sesuatu tanpa agenda..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa urusan nih..tiber2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
okayyyyyyyyyyyyyyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa2 aje

Dia ke yang viral hidung penuh blackhead tu
Masa berlakon drama
Close up muka 4k HD
Geli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.046760 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list