CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5951|Reply: 6

[Tempatan] SYUKUR 3,000 topi keledar percuma kepada pengunjung Setahun Bersama Kerajaan Madani

[Copy link]
Post time 7-12-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Sebanyak 3,000 unit topi keledar baharu yang akan diagihkan secara percuma kepada 3,000 pengunjung terawal sempena program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula esok sehingga Ahad ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia adalah antara usaha kementeriannya menggalakan penunggang motosikal untuk sentiasa memastikan peralatan yang dipakai ketika menunggang atau membonceng kenderaan tersebut berada dalam baik dan selamat.

“Untuk keselamatan jalan raya, segmen yang penting adalah penunggang motosikal kerana mereka ini antara kumpulan yang paling banyak terlibat dalam kemalangan terutama kemalangan maut.

“Hampir dua per tiga kemalangan maut di negara kita melibatkan penunggang motosikal.

“Saya amat menitik berat penunggang motosikal ini mesti lebih peka kepada isu-isu keselamatan dan memandu lebih berhemah,” katanya ketika sesi wawancara khas Setahun Bersama Kerajaan Madani: Kementerian pengangkutan di saluran televisyen tempatan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, bagi memastikan penunggang motosikal memakai topi keledar yang betul dan selamat, pihaknya menyediakan ‘booth’ khas bagi mengagihkan 1,000 unit topi keledar setiap hari kepada pengunjung program.

“Kalau datang program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, kita menyediakan topi keledar secara percuma.

“Dengan syarat, bawa topi keledar lama untuk ditukar. Akan beberapa ribu unit topi keledar yang akan diberikan secara percuma,” kongsinya.

Sementara itu, antara aktiviti lain yang bakal disediakan oleh Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah pendaftaran Program MyLesen Tahun 2024, pendaftaran JPJeID dan MyJPJ, kaunter bergerak JPJ Mobile, dan ‘Pocket Talk’. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2023/12/07/3000-topi-keledar-percuma-kepada-pengunjung-setahun-bersama-kerajaan-madani/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2023 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan syarat, bawa topi keledar lama untuk ditukar…
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk yg berminat nak helmet baru

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembekal kroni jugak yg untung kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira rasuah tak nih?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Solokkk replied at 7-12-2023 09:17 PM
Kira rasuah tak nih?

Imam Mekdi buat mana rasuah... Semuanya halalan toyyiban planta
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2023 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 7-12-2023 09:22 PM
Imam Mekdi buat mana rasuah... Semuanya halalan toyyiban planta

Dulu masa himpunan madani kat Kedah, siap bagi RM50 kat mat rempit. Tapi, macam biasa, geng2 self-claim terpaling educated buat2 tak nampak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.043019 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list