CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26031|Reply: 0

[Dunia] Rumah berlubang dihentam gajah tunggal naik minyak

[Copy link]
Post time 7-12-2023 06:37 PM | Show all posts |Read mode
Rumah berlubang dihentam gajah tunggal naik minyak


Keadaan dinding rumah Lamchuan yang rosak. – Khaosod


BANGKOK –  Seekor gajah liar mencetuskan huru-hara di sebuah kampung di wilayah Buriram, Thailand dengan memusnahkan dinding sebuah rumah ketika penghuninya sedang tidur, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian  berlaku kelmarin di kampung Nong Samet, daerah Non Din Daeng.

Dinding rumah satu tingkat tersebut mengalami kerosakan akibat runtuh, selain tingkapnya pecah. Dua guni padi turut berselerak di bahagian luar rumah.

Isteri pemilik rumah berkenaan, Lamchuan Jinphla, 56 berkata, insiden itu berlaku kira-kira pukul 3 pagi (waktu tempatan) apabila suaminya tiada di rumah.

Disebabkan terdengar bunyi bising, Lamchuan bangun daripada tidur dan sejurus keluar dari kelambu, dia terkejut apabila melihat seekor gajah berada hanya beberapa meter darinya.

Haiwan itu kemudian disahkan bernama Rod Tang, yang merupakan seekor gajah jantan berusia sembilan tahun. Ia menyelinap masuk ke kampung tersebut untuk mencari ubi kayu dan tanaman lain.

Menurut suami Lamchuan, Heuang Jinphla, gajah liar sering masuk ke dalam kampung tersebut disebabkan habitat haiwan itu telah banyak musnah. Ia menyebabkan sumber makanan menjadi semakin sukar didapati.

Bagaimanapun, ia adalah insiden pertama di mana gajah menyebabkan kerosakan yang begitu besar kepada sebuah rumah sekali gus mendorong kerajaan untuk campur tangan. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... unggal-naik-minyak/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.046042 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list