View: 25935|Reply: 11
|
[Dunia]
Kisah silam, hutang, cerai suami baharu BCL, Tiko dibongkar
[Copy link]
|
|
KISAH silam Tiko kini jadi bahan debat peminat Bunga Citra Lestari.
SAAT bersedia hidup bersama selebriti popular bernama Bunga Citra Lestari, ketika itulah Tiko Aryawardhana harus sedar bahawa segenap inci kisah silam mahupun apa sahaja yang dirancangnya akan diselongkar peminat.
Kini, satu demi satu kisah silam Tiko, 43, diselongkar media Indonesia dan netizen termasuk kisah perceraiannya dengan wanita bernama Arina Winarto kerana masalah pembayaran nafkah.
Selain itu, talak yang dilafaz oleh Tiko sekitar tahun 2021 itu juga berpunca kerana tiada persefahaman dan kerap berlaku perbalahan antara mereka berhubung isu kewangan.
Perkara itu dibongkar media Indonesia menerusi laporan umum daripada Mahkamah Agung Republik Indonesia.
“Penyebab perbalahan adalah masalah kewangan berpunca daripada Tiko (pemohon cerai) kerana tidak mampu memberi nafkah yang cukup.
“Pemohon juga memiliki hutang kepada pihak lain yang timbul akibat bisnes dijalankan kurang berhasil.
“Pemohon dan isteri juga tidak lagi merasakan keharmonisan selain tidak pernah sama sekali menerima sokongan moral daripada Arina,” menurut laporan tersebut.
Hasil perkahwinan dengan Arina pada 26 Jun 2014, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.
Semalam, Tiko dan BCL selamat dinikahkan oleh bapanya, Muchlis dalam sebuah majlis tertutup bertempat di hotel terkemuka di Bali, Indonesia.
Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat sahaja.
Paling mencuri perhatian ramai ialah kehadiran keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair termausk ibu bapa, Aishah Sinclair, Adam Sinclair dan Yuna.
Terdahulu, BCL bernikah dengan pengacara dan aktor dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.
Jodoh tidak panjang, Allahyarham Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung. – KOSMO! ONLINE |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalut ya netizen.
Yg kawen jantan taguna bcl, bukan depa.
Duit kenduri pn bukan wat crowd funding.
Dia xmau nikah nk selingkuh aja pon netizen xsenang duduk jugak.
Esok² kalo mnyesal serai la depa b2 tu.
Xganggu kehidupan netizen lgsung lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai netizen Indon yg dengki la tuw...suka hati BCL la duit dia, hidup dia, tak sentuh hidup indon bongos semua ni pun. |
|
|
|
|
|
|
|
"U Msia orng duduk diam2..ini Indonesia punya hal...hokey"-Indon |
|
|
|
|
|
|
|
Xkn la bcl xtau sejarah tiko |
|
|
|
|
|
|
|
asal jantan je ada masaalah
tapi nasib baiklah jantan ni sbb terung masih keras
jika tidak tiada value |
|
|
|
|
|
|
|
Tiko ni kadang2 hensem kadang2 tak. Tapi arwah Ashraf dulu sentiasa hensem |
|
|
|
|
|
|
|
cm_vungtau replied at 7-12-2023 09:38 PM
Tiko ni kadang2 hensem kadang2 tak. Tapi arwah Ashraf dulu sentiasa hensem
Arwah Sinclair dulu pun bukan dr golongan berada , tumbang harta bini je |
|
|
|
|
|
|
|
Lantak BCL la kalau dia nak bela biawak
Takde kesan pada hidup kita pun |
|
|
|
|
|
|
|
akusukaq replied at 7-12-2023 01:05 PM
Ramai netizen Indon yg dengki la tuw...suka hati BCL la duit dia, hidup dia, tak sentuh hidup indon ...
netizen indon sejenis hardcore
diorang mcm xleh terima si BCL ni kawin lain
sbb diorang masih dalam bayang2 sweet kapel dengan arwah
pernah ada satu couple dalam sinetron ni
yang si jantan dah kawin
gigih ship couple sinetron tu
sampai isteri sah kena carutan dengan netizen indon
hidup dalam delulu |
|
|
|
|
|
|
|
Biase2 je muka laki dia yang baru ni.
Mcm rendah je |
|
|
|
|
|
|
|
Emosi nampaknye warga konoha. |
|
|
|
|
|
|
| |
|