View: 36394|Reply: 17
|
[Jenayah]
Nak Berpindah Ke Kemboja Untuk Jauh Dari Persekitaran Toksik, Hina Melayu Malas Tu Tak Toksik Ker?
[Copy link]
|
|
Orang toksik Kemboja.
Angelina Jolie sudah merancang untuk berhenti berlakon dan meluangkan masa pada hari tuanya di Kemboja berbanding Amerika Syarikat.
Dalam temu bual dengan WSJ baru-baru ini, pelakon Angelina Jolie berusia 48 tahun mendedahkan rancangannya untuk berpindah dari Hollywood dan menetap di rumahnya di Kemboja.
Jolie, yang berkahwin dengan Brad Pitt pada 2014 sebelum berpisah dua tahun kemudian, menjelaskan bahawa perceraian itu telah menjejaskan upaya untuk meneruskan kehidupan seperti biasa serta turut menghalangnya untuk bergerak dan mengembara dengan bebas.
Sekarang prosiding undang-undang hampir berakhir, dia menyatakan hasratnya untuk mencari keaslian dalam diri dan melarikan diri dari masyarakat berfikiran sempit di Hollywood.
Angelina Jolie menegaskan, jika keadaan Hollywood yang dulu seperti yang ada hari ini, dia yakin dia tak akan menjadi pelakon kerana tak sanggup berada di dalam persekitaran tersebut yang sangat teruk.
Membesar dalam keluarga pelakon, dengan ibu bapa Jon Voight dan Marcheline Bertand, Jolie mendakwa dia tidak pernah kagum dengan glamor Hollywood.
Dia menyifatkan ia sebagai tempat yang tidak sihat dan penuh dengan kepalsuan. Dia tidak sangka kisah peribadinya dikongsi dengan sewenang wenang oleh masyarakat yang sangat toksik di Amerika Syarikat terutamanya di Hollywood itu sendiri.
Menurutnya Hollywood bukan tempat terbaik untuk membesarkan anak anak terutama sekali selepas dia bercerai.
Dia mengulas tentang kesan perceraian secara langsung dan berterusan ke atas dirinya dan enam anak mereka: Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, dan anak kembar Knox dan Vivienne.
Jolie mendedahkan bahawa keluarga mereka memerlukan masa untuk pulih daripada perceraian dan cabaran daripadanya.
Mereka kini berada di tempat di mana mereka boleh bergerak ke hadapan dan fokus pada masa depan mereka. Menjauhkan diri daripada persekitaran toksik dan tidak sihat untuk perkembangan keluarga.
Setelah penceraian dimuktamadkan, Jolie merancang untuk berpindah ke Kemboja bersama anak-anaknya. Dia meluahkan bahawa anak-anaknya adalah orang yang paling rapat dalam hidupnya.
Menurut Jolie lagi, anak anaknya bukan sahaja anak tetapi juga kawan rapatnya.
Walaupun perbezaan mereka, Jolie melihat kepelbagaian mereka sebagai kekuatan yang akan menyumbang kepada keaslian dan hubungan mereka.
Sebagai tambahan kepada rancangannya untuk berpindah ke tempat baharu, Jolie mendedahkan bahawa dia kini tidak mempunyai banyak kehidupan sosial. Lebih banyak masa bersama keluarga. Itu lebih tenang.
Dia juga sedar bahawa jiran jiran dan rakan rakan baharunya di Kemboja adalah golongan pelarian, dengan majoriti wanita yang rapat dengannya berasal dari zon peperangan dan konflik.
Ianya juga bukti tentang komitmen Jolie terhadap kerja kemanusiaan dan dedikasi untuk membantu mereka yang memerlukan. Dia sudah lama membantu masyarkat Kemboja yang memerlukan bantuan kemanusiaan.
Secara keseluruhannya, keputusan Jolie untuk berpindah ke Kemboja dan mencari keaslian mencerminkan keinginannya untuk menjauhi kedangkalan Hollywood dan mencari hubungan dan pengalaman yang tulen.
Dia berharap langkah ini akan membolehkan dia dan anak-anaknya pulij dan menjalani kehidupan yang lebih bermakna.
“Kami terpaksa memulihkan diri dan kami harus pulih daripada apa yang berlaku,” tegas beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha hanat…
Some sense of humor ya TT |
|
|
|
|
|
|
|
Custody dpt ke sapa?
Kalau join custody, bkn ke kena dok negeri yg sama
|
|
|
|
|
|
|
|
Nanti bolehlah acik Mariyah anak beranak bungkus kain baju berambus balik kemboja & apply kije jadi bibik, supir & tukang kebun acik angie |
|
|
|
|
|
|
|
habislah acik angie kena hadap manusia toksik
|
|
|
|
|
|
|
|
CARI-Author replied at 8-12-2023 11:58 PM
habislah acik angie kena hadap manusia toksik
Agar acik angie tahu erti penyesalan
Maknusia toksid ada di mana2, kat kemboja pon ramai kot maknusia toksid
|
|
|
|
|
|
|
|
mmmm....'KEMBOJA DI PUSARA'...rhupernya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pesal dia buat tangan camtu |
|
|
|
|
|
|
|
Makcik kemboja inikah yg tunjuk video tengking2 pekerja skala kungfu hustle tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak berjiran dengan angelina jolie lettew. Huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
aku igt angelina jolie pakai tudung la tadi... |
|
|
|
|
|
|
|
kahkahkah siottttt laaaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|