View: 9689|Reply: 13
|
[Dunia]
Propaganda Zionis!
[Copy link]
|
|
Propaganda Zionis!
SEKUMPULAN lelaki ditahan rejim Zionis di Gaza yang menurut dakwaan Israel kononnya mereka pejuang Hamas yang menyerah diri kepada tentera Israel.
Kuala Lumpur: Rejim Israel giat menyebarkan propaganda mendakwa lebih 100 pejuang Hamas keluar dari terowong persembunyian dan menyerah diri kepada mereka semalam.
Media Israel turut menyiarkan gambar sekumpulan lelaki ditahan rejim Zionis di sekitar Gaza, Palestin dengan keterangan gambar kononnya pejuang Hamas menyerah diri kepada tentera Israel.
Beberapa jam sebelum itu, media terbabit dalam Instagram mereka turut menerbitkan video barisan lelaki Palestin itu dikawal tentera Israel dalam keadaan mangsa masing-masing duduk dan berpeluk tubuh kesejukan tanpa pakaian.
Keterangan video itu memberitahu pasukan Israel berjaya menahan rakyat Palestin, namun semakan Harian Metro sekali lagi mendapati hantaran asal video itu dipadam media terbabit beberapa minit selepas ia tular.
Menurut sumber Gaza Now, tentera Israel menjalankan kempen penahanan besar-besaran ratusan penduduk lelaki di Beit Lahia, utara Gaza, malam tadi (waktu Malaysia).
Pasukan tentera Zionis menyerbu sekolah yang menempatkan ribuan orang yang kehilangan tempat tinggal di utara Semenanjung Gaza sebelum membawa lebih 100 lelaki berusia 15 tahun ke atas ke suatu kawasan lapang.
Lebih kejam, mangsa yang diarahkan bergerak ke halaman sekolah dipaksa menanggalkan pakaian di hadapan mata kanak-kanak dan wanita dalam keadaan cuaca yang sejuk.
Mereka dibawa menggunakan lori ke sebuah kawasan dan sehingga kini nasib mereka masih tidak diketahui.
Sementara itu, Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean mengesahkan, Israel menangkap orang awam yang berlindung di sekolah Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di utara wilayah itu, semalam.
Katanya, rejim itu turut menahan wartawan, doktor, ahli akademik dan warga emas dari pusat pemindahan di utara Gaza selepas mereka dipaksa menanggalkan pakaian.
Difahamkan, sejumlah besar orang awam turut terkorban di halaman sekolah UNRWA berdekatan Hospital Indonesia dan jalan di sekitarnya selepas dibom Israel dengan pasukan perubatan tidak dapat berbuat apa-apaара.
Selain itu, penduduk Palestin, Hani Almadhoun dalam hantaran di Facebook turut mengesahkan bapa, abangnya, Mahmoud dan anak saudaranya, Abood termasuk dalam lebih 100 orang awam yang ditahan dan didera Israel kelmarin.
Malah tular kenyataan mendakwa, Ketua The New Arab, media milik syarikat Qatar, Diaa Al-Kahlot turut berada dalam kumpulan tahanan Israel kelmarin.
Mengulas situasi itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, lelaki terbabit ditangkap dari sekolah-sekolah di bahagian utara Gaza yang menempatkan ribuan penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
"Mereka dihimpunkan dan ditanya bermacam-macam soalan.
"Di sebelah bandar Gaza, isteri menceritakan yang suami mereka ditembak beramai-ramai di depan mata," katanya.
Katanya, Palestin sudah putus harapan dengan dunia apabila memasuki hari ke-62 kekejaman Israel masih berterusan, malah keadaan semakin buruk.
"Di Telegram saya boleh lihat video lelaki dibunuh. Kalian tak perlu kongsikan gambar ini.
"Penduduk Palestin sudah pun putus harapan dengan umat Islam…dengan kita," katanya.
Sehingga kini, Israel melancarkan 1,576 serangan pembunuhan beramai-ramai hingga menyaksikan angka korban mencecah lebih 17,177 orang manakala lebih 46,000 lagi cedera dengan lebih 7,700 orang hilang atau terperangkap dalam runtuhan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/2023/12/1038772/propaganda-zionis
|
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu masa netanyahu jadi mayat hidup mcm arielsharon.
|
|
|
|
|
|
|
|
Israhell laknatullah. Pengecut attack civilians.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Prior to the massacre, United Nations (UN) had declared the besieged enclave of Srebrenica, in eastern Bosnia, a "safe area" under UN protection. However, the UN failed both to demilitarize the Army of the Republic of Bosnia and Herzegovina (ARBiH) within Srebrenica and to force withdrawal of the VRS surrounding Srebrenica. UNPROFOR's 370 lightly armed Dutchbat soldiers were unable to prevent the town's capture and the subsequent massacre.A list of missing or killed people during the massacre compiled by the Bosnian Federal Commission of Missing Persons contains 8,372 names. As of July 2012, 6,838 genocide victims have been identified through DNA analysis of body parts recovered from mass graves; as of July 2021, 6,671 bodies have been buried at the Memorial Centre of Potočari, while another 236 have been buried elsewhere. "
lebih kurg kan cite dorg. kena serang pon kat kwsn "UN" gak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takboleh nak baca news mcmni, depressed |
|
|
|
|
|
|
|
Pondan isreal anak haram ni mmg pengecut
Tahanan wanita di rogol kemudian di bunuh mng mmg binatang sgt perangai bangsa hanyut ni
Ko tunggu sekejap bila palestine merdeka
Masa tu bangsa hanyut ni akan jd debu
Sementara itu arab saudi akan huru hara
Masa tu nnti negara palestin akan aman damai
Dan kite di galak kn pindah ke palestine
Ini yg di nyata di dalam satu video di fb
|
|
|
|
|
|
|
|
miss_white replied at 10-12-2023 10:01 AM
Pondan isreal anak haram ni mmg pengecut
Tahanan wanita di rogol kemudian di bunuh mng mmg binatang ...
Nape plak kena pindah palestin sis? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau semua umat islam pindah palestine, penuh la palestine dah mcm mini hongkong nnt. takkan nak buat tanah terpilih jadi lagu tu
|
|
|
|
|
|
|
|
apedehal replied at 10-12-2023 03:24 AM
Nape plak kena pindah palestin sis?
Mungkin waktu itu negara2 lain sedang huru hara
Palesrine je satu2 nye negara yg aman dan makmur
Ketika itu
Sebab itu la kot di suruh pindag ke palestine
|
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 10-12-2023 06:03 AM
kalau semua umat islam pindah palestine, penuh la palestine dah mcm mini hongkong nnt. takkan nak ...
Umat islam ketika itu tah2 dh tak ramai.
Xperlu nk berhimpit bersesak2 mcm hongkong.hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Hamas klu tahan warga palestin, aman2 je dia jaga. Beza dgn celaka israhell. Mn janji turki nk masuk canpur? |
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 11-12-2023 07:56 PM
Hamas klu tahan warga palestin, aman2 je dia jaga. Beza dgn celaka israhell. Mn janji turki nk masuk ...
Gebang je belaka kut..blkg kena warning..myb lah..kesian tgk makin menjadi2..syukur Allah itu Maha Adil..seksa kita tgk sini, diorg da aman2 djanjikan syurga itu la yg buat lega sikit |
|
|
|
|
|
|
|
mana diorang berani?
takut negara masing2 miskin agaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
umat islam di malaysia nak boikot pun di ludahi pelbagai kecaman oleh puak2 non-muslim dan muslim alike...
perang dgn zionist ni memerlukan kekuatan hati yg jitu dan padu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|