CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46984|Reply: 255

SERAM : MANTERA ANJASMORO

  [Copy link]
Post time 23-2-2011 07:38 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 29-5-2011 02:59

'Mantera Anjasmoro' Air Rebusan Seluar Suami Dipuja
                           

PETALING JAYA: Drama terbaru Mantera Anjasmoro di TV3 lebih banyak menampilkan adegan suspens dan permainan emosi berbanding paparan makhluk halus atau hantu secara terbuka.

Drama 13 episod lakonan pelakon Sharifah Shahriza (Eja), Adi Putra, Fouziah Gous dan Raja Norbaizura itu akan disiarkan mulai 3 Mac ini, setiap Khamis, pukul 9.30 malam.

Turut berlakon dalam drama arahan Aidilfitri Mohamad Yunos dan terbitan Nor Aliah Lee itu adalah Mohd Hafidzuddin Fadzil, Hamidah Wahab dan Aripah Damanhuri.

"Kelainan drama ini adalah metafora amalan ilmu Jawa kawi apabila seseorang itu terdesak kerana ia menceritakan tentang wanita yang menggunakan 'pendamping' untuk mengekalkan kecantikan dan menakluki suaminya.

"Si isteri sanggup merebus seluar pendek suaminya dan kemudian air rebusan itu dipuja sebelum diberikan kepada suami untuk diminum.

"Selain itu, drama ini akan memaparkan visual grafik yang cantik seperti 56 syot menggunakan imej janaan komputer (CGI) dan menunjukkan muka sebenar Sabrina selepas mengamalkan ilmu tersebut," kata Aidilfitri dalam satu sidang media di Garden Cafe, One Utama, di sini, Selasa.

Menurutnya, nama Mantera Anjasmoro itu diambil sempena nama Ratu Anjasmoro berasal dari Keraton mengamalkan ilmu jahat yang melibatkan serapah dan makhluk halus.

"Drama ini merupakan drama seram pertama arahan saya kerana sebelum ini saya lebih banyak mengarah drama dan filem aksi iaitu Bionik, Ejen 106 dan Klip 3GP.

"Jadi apabila penerbit  menawarkan cerita ini terus saya menerimanya sekadar untuk mencuba.

"Idea dan konsep asal cerita ini adalah daripada saya sendiri manakala skripnya ditulis oleh Sofia Aliza.

"Saya  menjalankan kajian tentang amalan ini pada Jun tahun lalu sebelum melakukan penggambaran di sebuah rumah lama di Ampang," ujarnya lagi.

Drama ini menampilkan Adi Putra sebagai Zahid dan Eja sebagai Sabrina, isteri kepada Zahid.

Mereka merupakan pasangan suami isteri yang berjaya dalam karier masing-masing.

Malangnya selepas beberapa tahun berkahwin, mereka masih belum dikurniakan anak dan hubungan menjadi dingin sehingga Sabrina tidak sedar suaminya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja Sabrina iaitu Suria (Fouziah Gous).

Pada suatu hari, Sabrina didatangi oleh wanita bernama Ramona (Raja Norbaizura) dan dia sering terpukau dengan wanita itu yang kononnya pemilik salun kecantikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2011 07:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 08:10 AM | Show all posts
Reply 1# Syd


    air rebusan seluar???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2011 08:17 AM | Show all posts
Reply 3# eddlisa_uyuk

ala....
mcm yang orang selalu dok citer tuhh

dikatakan hati-hati kalau beli jagung rebus kat tepi2 jalan tuh

coz katanya...ada kisah mitos, lagenda ntah apa lagi versinya

dikatakan penah, sorang penjual jagung rebus kantoi

tengah dok menceduk2 jagung rebus dalam bekas tuh,
sekali terkeluar suar dalam yang direbus sekali dengan jagung2 tuh


katanya, kalau rebus suar dalam ngan jagung...sodap   


ada kaitan ngan ritual mistik laaa... lebih kurang  
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 03:51 PM | Show all posts
Macam menarik nih... try layan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 08:10 AM | Show all posts
Reply  eddlisa_uyuk

ala....
mcm yang orang selalu dok citer tuhh

dikatakan hati-hati kalau b ...
Syd Post at 25-2-2011 08:17 AM



    oooo ye ke?? tak nah tahu lak....tujuan utk sedap je laa????
mcm2 tul ilmu hitam nih....

citer MA nih org kata ttg pengdamping kan???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2011 12:27 PM | Show all posts
Musti tonton....erkkk ending saka jentayu macam mana yer?? hahaha sbb tak der hati nak tgk pun citer tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 01:47 PM | Show all posts
Reply  eddlisa_uyuk

ala....
mcm yang orang selalu dok citer tuhh

dikatakan hati-hati kalau b ...
Syd Post at 25-2-2011 08:17

sluar dalam baru kan syd
yg aku slalu dgr letak utk rebus kerepok lekor.... kat trg dulu heboh dgn keropok suar dlm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2011 01:55 PM | Show all posts
oooo ye ke?? tak nah tahu lak....tujuan utk sedap je laa????
mcm2 tul ilmu hitam nih....
...
eddlisa_uyuk Post at 2-3-2011 08:10

lebih tepat pelaris la
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 08:03 AM | Show all posts
lebih tepat pelaris la
dino Post at 2-3-2011 01:55 PM



    yaaa..betul!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 11:12 PM | Show all posts
rebus jagung dan suar dalam utk lariskan jualan?? hahahaha..
so maksudnya yg beli jagung tu dah termakan segala daki2 badan si empunya suar td,... seremmm.. hahaha..

i rasa mmg sabrina tu kena double cross oleh laki dia dan kwn dia sendiri.tengok muka paujiah mengedik bila dorg bincang psl mimpi tu pon dah bg hint yg dia cam tau segalanya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 12:19 AM | Show all posts
aku terlepas sbb kena keje
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 09:26 AM | Show all posts
konsepnyer cam nasi tangas la..tapi ditukarkan dengan seluar pendek si suami...


malam tadi tak dapat layan..
kena kerja malam~
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 09:29 AM | Show all posts
Sapa nak belajar meh jumpa abg cross, bukan setakat nasi tangas, nasi ayam, nasi beriyani, nasi campur, dan macam2 nasi semua abg cross boleh buat...

setakat rebus seluar dlm tu kacang aja......
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 11:29 AM | Show all posts
minum rebusan sepender sendri?? ....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 11:39 AM | Show all posts
semalam tengok... syok gak sebab pelakon bes...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2011 12:46 PM | Show all posts
semalam tengok... syok gak sebab pelakon bes...
bbalik Post at 4-3-2011 11:39

ya.. rasanya citer ni best antara siri seram so far..selain citer kabir bhatia previous year.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 12:56 PM | Show all posts
semlm tak concentrate la sbb sibuk decorate cuppies..
blh bg sinopsis skit tuk mlm td punya? lm plak nk gi tgk kat mytv3
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 01:57 PM | Show all posts
actually i tengok within 15 mins pertama then hubby pulak tukar channel... takut btol dia nak tengok citer nie... khurafat katanya..i like ady putra, tu psl nak tengok mcmana dia mmg watak dlm citer seram..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 02:17 PM | Show all posts
Reply 18# beldandy

..untuk jalan citer nih boleh baca aje apa yang forumner Syd tampal tuh .
tapi kalu tak tenguk malam tadi kira rugi gaklah sebab execution citer neh yang best..
ada part serius seram &terkejut gak (bukan keluar typical wajah hodoh)tapi bila suara2 bisikan tuh dekat umah &scene dalam lift
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.358524 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list