CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 20235|Reply: 68

[Tempatan] Suami isteri warga emas maut ditikam anak kandung

[Copy link]
Post time 10-12-2023 08:41 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Suami isteri ditemukan maut dipercayai ditikam anak lelaki kandung dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala di sini, malam ini.
Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mayat pasangan warga emas berusia 72 dan 82 tahun terbabit ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.
Menurut sumber, sebelum kejadian berlaku pergaduhan antara pasangan itu dan anak lelaki mereka berusia 42 tahun yang dipercayai penagih dadah.
"Dalam pergaduhan itu, suspek dikatakan mengambil senjata tajam sebelum menikam kedua ibu bapa menyebabkan mengalami kecederaan parah.
"Saksi yang menyedari kejadian segera menghubungi polis untuk bantuan," katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, sebaik pasukan polis tiba, kedua mangsa disahkan sudah meninggal dunia.
Menurutnya, polis berjaya menahan suspek di lokasi kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan kejadian pembunuhan membabitkan ibu dan bapa.
"Suspek adalah anak kepada mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2023 08:43 AM | Show all posts
Kuala Lumpur: "Dengar jeritan meminta tolong, kemudian tiba-tiba senyap". Itu detik-detik terakhir sepasang suami isteri yang maut dipercayai dibunuh anak kandung sendiri di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala, di sini hari ini.

Menurut saksi, kejadian itu disedari berlaku kira-kira jam 7 petang ketika penduduk kampung sedang bersiap untuk menunaikan solat Maghrib.

"Jiran sebelah rumah haji (mangsa) yang sedar kejadian itu kerana dengar bunyi jeritan meminta tolong.

"Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan yang mengerikan, ini kejadian yang amat tragis kerana saya kenal keluarga ini malah jika sesiapa yang tidak mengenali haji dia bukan orang sini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.
Menurut salah seorang jiran mangsa yang mengenali keluarga itu lebih 40 tahun berkata suspek sering dilihat pergi ke masjid sejak kebelakangan ini.

Katanya, suspek berusia 40-an dikenali penduduk kampung sebagai seorang yang sering 'keluar-masuk' dari pusat tahanan kerana masalah ketagihan dadah.

"Saya terkejut, saya kenal dia (suspek) sejak dari kecil tak sangka dia tergamak buat perkara sebegini.

"Bapa mangsa memang sangat baik, lemah lembut orangnya malah suspek sendiri rajin membantu bapanya itu melakukan kerja-kerja rumah," katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan,

sepasang suami isteri ditemui maut dipercayai ditikam anak lelaki kandung dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala di sini, malam ini

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mayat pasangan warga emas berusia 72 dan 82 tahun terbabit ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Menurut sumber, sebelum kejadian berlaku pergaduhan antara pasangan itu dan anak lelaki mereka berusia 42 tahun yang dipercayai penagih dadah.

Menurutnya, polis berjaya menahan suspek di lokasi kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan kejadian berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2023 08:43 AM | Show all posts
Kuala Lumpur: Lelaki disyaki menikam kedua ibu bapa kandungnya sehingga mati ditahan beberapa jam selepas melarikan diri dari lokasi kejadian di Kampung Sungai Penchala, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek melarikan diri ke hutan berhampiran selepas membunuh ibu bapanya berusia 72 dan 82 tahun.

Menurutnya, suspek ditahan ketika bersembunyi di terowong Penchala di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur (Sprint), di sini jam 10.30 malam.

"Polis menerima maklumat daripada orang awam berkenaan pergaduhan keluarga antara suspek dan ibu bapanya di sebuah rumah di Jalan Penchala Hilir 6, Kampung Sungai Penchala di sini, jam 7.43 malam.
"Akibat kejadian ini, sepasang suami isteri ditemui terbaring di atas lantai rumah dipercayai akibat ditikam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek yang mempunyai sembilan rekod jenayah lampau itu ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira dua jam 40 minit selepas suspek melarikan diri.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, sepasang suami isteri ditemui maut dipercayai ditikam anak lelaki kandung dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala di sini, malam ini

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mayat pasangan warga emas berusia 72 dan 82 tahun terbabit ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya....semoga roh2 arwah ditempatkan bersama2 orang yg soleh...Alfatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
1. https://onlinelibrary.wiley.com/doi/pdf/10.1002/pdi.821

2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3518862/

3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6313386/

4. https://www.quora.com/What-effect-does-fasting-have-on-addiction?top_ans=214871563
5. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32427747/

6. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7138754/

7. https://www.healio.com/news/endocrinology/20190801/alternateday-fasting-cuts-insulin-levels-resistance-in-half

8. https://www.jeffersonhealth.org/your-health/living-well/intermittent-fasting-and-insulin-resistance-benefits-beyond-weight-loss#:~:text=Fasting%20for%20at%20least%2016,particularly%20diabetes%20and%20pre%2Ddiabetes.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..kalau anak dia membunuh dlm pengaruh dadah

Iols nk carut kt tokan dadah celaka..diorg la perosak manusia..tp masalahnya diorg tak kena tangkap malah hidup kemain mewah..yg jd pengedar dadah asal serambi Mekah tu..balik kg tayang kereta mewah padahal ko pengdar dadah..hrp ko mampos digelek trailer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2023 09:36 AM | Show all posts
pocongkiutss replied at 10-12-2023 09:20 AM
Kesiannya..kalau anak dia membunuh dlm pengaruh dadah

Iols nk carut kt tokan dadah celaka..diorg la ...

siapa eh yg u maksudkan
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 10-12-2023 09:20 AM
Kesiannya..kalau anak dia membunuh dlm pengaruh dadah

Iols nk carut kt tokan dadah celaka..diorg la ...

ini tokan yg mana ye? yg isteri kene culik bawak pergi ke siam tu ke?

btw, semoga kedua arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman.
sehidup semati tokki+nenek ni. apa la keji sgt anaknya pun, dah makan dadah 40an pun dok keluar masuk pusat serenti lg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2023 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pemahnya anak pempuan bunuh parents. Cases mostly anak lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 09:46 AM | Show all posts
Hukum gantung sehingga mampus pls..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasni dah x mendadih lagi. Gantung sampai mati trus.

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga haji ni.. tragis ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Gara2 mendadih...binawei punya sampah!
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa suruh jaga anak pendadih ni. Bagi je overdose kasi mati cepat2. Tak pun baginubat tidur bawak pi utan tinggal sorang2 kat hutan, pandai2 le nak cari makan kat hutan. Kalu nasib baik dapat jugak makan binatang minum air ujan ke sungai ke. Kalau nasib tak baik kena makan rimau bagus jugak. Kurang lagi sorang pembunuh makpak. Idup menyusahkan adikbradik dengan makpak. Parasit. Anak lain bagi duit, makbapak pulak tukang enabler bagi duit. Senang cerita ada le batman malaysia yang tembak mati parasit ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 10-12-2023 01:41 AM
Tak pemahnya anak pempuan bunuh parents. Cases mostly anak lelaki

Padan muka. Penagih2 ni biasanya mak pak sendiri jadik enablers sebab manjakan anak jantan. Aiols pernah question sorang mak apsal bagi duit untuk anak dia beli syabu. Dia kata baik ka anak dia beli syabu, makan syabu di rumah daripada pi makan syabu di luar. Aiol tengok mak tu macam kecik besar kecik besar ja depan mata aiol, takleh brain camna boleh bodoh sangat pemikiran. Memang anak jantan dia tu anak kesayangan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tiba masanya...kita kena asingkan penagih2 ni dr masyarakat...sbb dah berkali2 keluar msk pemulihan still menagih jgk..lepas membunuh takde perasaan lak tu...
Embed depa dgn tracker...gazet 1 hutan tebal...buat pagar letrik...campak je derang dgn bekal mineral water sebotol...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2023 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 10-12-2023 09:20 AM
Kesiannya..kalau anak dia membunuh dlm pengaruh dadah

Iols nk carut kt tokan dadah celaka..diorg la ...

iols plk nak carutkan pihak berkuasa yg jaga tokey tokey dadah ni.. Semoga keluarga kamu terlaknat sebab makan duit haram,memusnahkan anak bangsa sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Malas nk kesian sbb sapa suruh bela anak penagih
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 10-12-2023 10:53 AM
Padan muka. Penagih2 ni biasanya mak pak sendiri jadik enablers sebab manjakan anak jantan. Aiols  ...

Sebab jantan kan. Kalau kata anak pempuan yg menagih syabu, mmg lama dah kena halau keluar rumah sebab malukan pemily..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 12:14 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 10-12-2023 10:53 AM
Padan muka. Penagih2 ni biasanya mak pak sendiri jadik enablers sebab manjakan anak jantan. Aiols  ...

yup...biasa parents sendiri enabler....giler lah mak tu, kasi anak rosakkan diri sendiri depan mata...esok2 kot anak dia cederakan dia or bunuh family dia, baru nyesal tak sudah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.080246 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list