BANDAR GAZA – Seorang wanita Palestin yang menjadi tular di media sosial selepas memberitahu bahawa usianya lebih tua berbanding Israel ditembak mati oleh penembak tepat askar Rejim Zionis di luar rumahnya, lapor laman berita The New Arab semalam. Hadiya Nassar, 79, sebelum ini muncul dalam sebuah video di mana dia ditemu bual oleh seorang wartawan Palestin, Saleh Aljafarawi. Saleh memegang kad pengenalannya dan berkata: “Anda lebih berusia daripada Israel.”“Sudah tentu, sudah tentu. Saya bertahan di bumi Palestin ini,” jawab Hadiya. Warga emas tersebut dilahirkan pada 1944, empat tahun sebelum Israel wujud. Menurut saluran berita Al Jazeera, jiran Hadiya memberitahu Saleh bahawa wanita itu kemudian terbunuh selepas ditembak oleh penembak tepat Israel di luar pintu depan rumahnya. – AGENSI
[backcolor=var(--avp-background-color)]
|