CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2195|Reply: 0

[Tempatan] Penceramah luar masih tidak dibenar mengajar di Perak

[Copy link]
Post time 11-12-2023 10:16 PM | Show all posts |Read mode
Penceramah luar masih tidak dibenar mengajar di Perak


JAIPk masih belum membenarkan semua penceramah agama dari luar negeri Perak mengajar atau bersyarah di dalam masjid dan surau di bawah seliaan jabatan itu.


IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) masih belum membenarkan semua penceramah agama dari luar negeri Perak mengajar atau bersyarah di dalam masjid dan surau di bawah seliaan jabatan itu.

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim, berkata penangguhan sesi mengajar dan bersyarah itu termasuk kepada penerima khas watikah pemegang tauliah mengajar negeri ini.

Beliau berkata, penangguhan itu untuk memberi laluan kepada proses penambahbaikan terhadap Garis Panduan Permohonan Penceramah dan Pengajar di masjid dan surau di Perak yang masih belum selesai, bagi membendung ajaran menyimpang.

Katanya, tempoh masa penangguhan itu sebelum ini dijangka sehingga persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) pada 2 November lalu, bagaimanapun sehingga kini memerlukan garis panduan itu diperhalusi lagi.

"Ada beberapa garis panduan yang perlu diperhalusi lagi maka kita mengambil keputusan ia masih kekal seperti sebelum ini iaitu menangguhkan penceramah luar walaupun yang ada tauliah daripada negeri Perak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hi-Tea Pelancaran TVET Anak Yatim di TAJ International College, di sini hari ini.

Pada 8 Oktober lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga memegang portfolio Exco Agama Islam negeri dilapor berkata, garis panduan baharu terbabit dijangka akan dibentangkan terlebih dahulu dalam persidangan MAIPk pada 2 November lalu, sebelum dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk diperkenankan.

Harith Fadzilah berkata, pekeliling yang dikeluarkan oleh pihaknya pada Ogos lalu mengenai penangguhan itu turut terpakai kepada beberapa pendakwah terkenal yang baru-baru ini, penerima khas Watikah Pemegang Tauliah Mengajar Negeri Perak tahun 2023.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... r-mengajar-di-perak

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.043011 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list