CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16025|Reply: 37

Tulang Pipi Dan Hidung Patah, Anak-Anak Trauma Lepas Dilanggar- Ibu Minta Henti Kecam Pemandu Trak Pikap

[Copy link]
Post time 13-12-2023 04:50 PM | Show all posts |Read mode
"Alhamdulillah, Allah jaga kami berempat," kata wanita yang terlibat dalam kemalangan bersama suami dan dua anak kecilnya pada tengah hari Selasa, apabila motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah trak pikap 4x4 di susur keluar (Exit 904), Lebuhraya Sungai Besi.


Shiera bersyukur kerana mereka empat beranak tidak mengalami kecederaan parah akibat rempuhan kenderaan berkenaan.


Menyingkap kembali insiden berkenaan, Shiera berkata ketika kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari itu, mereka berempat dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menikmati makanan tengah hari.










"Selepas habis waktu persekolahan, kami jemput kedua-dua anak,


Nurul Hana Sumayyah Muhammad Amali, 6, dan Nurul Naura Nuha Muhammad Amali, 5, daripada tadika.


"Mereka request nak makan di sebuah restoran. Dah beberapa hari sebut nak makan di situ. Kebetulan semalam (Selasa) suami, Muhammad Amali yang bekerja di sebuah kilang, ada masa terluang jadi kami tunaikan hasrat anak.




Foto: mStar




"Selesai makan, kami menghala pulang ke rumah di Cheras. Ketika tiba di lokasi, trak tersebut nak masuk laluan kiri lalu merempuh kami.


"Sebaik terjatuh, terus saya dan suami angkat anak-anak. Tak fikir benda lain dah selain selamatkan anak-anak dulu," ujar wanita berusia 31 tahun ini.


Menurut Shiera yang juga ibu kepada tiga cahaya mata, mereka empat beranak terus dikejarkan ke Hospital Serdang oleh pemandu kenderaan yang kebetulan berada di belakang motosikal mereka.


"Akibat kemalangan itu, suami patah dua jari kaki sebelah kanan, anak kedua iaitu Hana patah tulang pipi dan hidung. Anak bongsu iaitu Naura luka di muka dan terima dua jahitan di dahi.


"Saya hanya mengalami luka-luka kecil. Alhamdulillah, selepas menerima rawatan, kami dibenarkan pulang pada hari sama," ujarnya yang merupakan peniaga makanan dalam talian.


Tambah Shiera, pemandu trak pikap berkenaan turut berada bersama-sama dengan mereka sepanjang mendapatkan rawatan di hospital.


"Selepas kami jatuh motor, dia tak lari tapi berhentikan kenderaan jauh sikit sebab lokasi tu selekoh. Dia berulang kali minta maaf, mengaku salah sebab tak perasan kami.


"Dia pun tolong angkat barang dan ikut sekali ke hospital hinggalah selesai. Pemuda itu sangat bertanggungjawab, malah dia keberatan untuk beredar daripada hospital biarpun kami minta dia buat laporan polis bimbang keselamatan dirinya.


"Syarikat tempatnya bekerja juga bertemu kami bertanya khabar dan beri jaminan untuk bertanggungjawab membayar kos baiki motosikal serta perubatan,"ujarnya lagi.


Bercerita lebih lanjut, Shiera berkata keadaan suaminya yang merupakan rider makanan secara sambilan dan dua anaknya kini beransur pulih namun perlu mendapatkan rawatan susulan.


"Anak-anak ada trauma sikit... doktor nasihatkan untuk pantau keadaan mereka jika muntah dan sebagainya", katanya.


Dalam pada itu, Shiera meminta agar orang ramai berhenti membuat tuduhan atau mengecam pemandu trak pikap berkenaan kerana tidak mahu memanjangkan cerita.


"Kami tak salahkan dia... benda pun dah berlaku. Kami hanya serahkan kepada pihak polis.


"Kami juga ada buat silap dalam hal ini namun tak jangka benda ni terjadi. Mana ada ibu bapa yang mahu benda seperti ini menimpa anak-anaknya.


"Apa-apapun, semoga kita lebih berhati-hati ketika berada di atas jalan raya,"akhirinya.


Sementara itu Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu memerintahkan pemandu bernama Mohammad Harith Ismail, 22, membayar denda RM6,000 kerana melanggar motosikal ditunggang empat beranak.


Majistret Fatin Dayana Jalil memutuskan hukuman berkenaan terhadap Mohammad Harith yang merupakan pereka grafik selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.


Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan, jika gagal membayar denda terbabit. -CARI


Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2023 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Takdak video....?

Alhamdulillah tak teruk..yg melanggar pun bertanggungjawab. Semoga dipermudahkan buat keluarga ini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tgk video ni. Maybe moto tu dlm blind spot area masa trak pikap ni nak amik susur keluar. Semoga diberikan kesembuhan pada keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..sure badan terketar2 lepas jatuh kena rempuh tu. Dan2 tu jugak ambik anak dulu. Sakit masa tu xrasa lagi. Lepas2 tu baru rasa sengal2 bengkak2 lebam2. Semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan...siannya. Semoga dimurahkan rezeki utk memiliki kereta. Mohon stop dulu ye tambah anak smpi ekonomi stabil
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 05:14 PM | Show all posts
lepas ni beli helmet untuk anak-anak juga ye..
mak bapak pakai helmet, anak-anak kepala togel..
naik motor berempat kat highway lagi tu..
bahaya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2023 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes macam ni selalunya blind spot...Aku pun pernah kena macam ni...rider motor stay kat blind spot aku waktu aku nak masuk simpang
Langsung tak nampak rider tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Blind spot 4wd lebih kurang ¾ badan 4wd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2023 05:29 PM | Show all posts
aku cakap terang la ye..boleh x mak pak bila sebelum ada anak cuba beli kereta..x mahal cam kancil pun takpe janji bila ada anak2 merasa la selesa sikit n selamat insha Allah..i pun start dengan kancil cabuk je beli dengan sedara rega rm4000 bayar 10x bukan la terus beli keta gah..kurang2 pikir la hujan ke jem ke sanggup ke nk selit anak2 atas motor tu..please ye
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 05:31 PM | Show all posts
kitaserupaaa replied at 13-12-2023 04:58 PM
Ada tgk video ni. Maybe moto tu dlm blind spot area masa trak pikap ni nak amik susur keluar. Semoga ...

betul la blind spot lagi2 ford ranger raptor tu adoi da macam mini bus/bus shuttle tinggi..tolong ye parents ni cari effort sikit beli keta even kancil pun ok janji bawak ank2 tu selepas..i baru baca 3 anak omg clueless i skang ni

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 05:47 PM | Show all posts
blind spot satu hal lah, yang kau dari lane kanan terus masuk susur keluar mcm takde hala tuju tu dah kenapa..dh dekat pulak tu. motor salah sbb naik 4 org, anak tak pakai helmet, hailak berganda2 salah dah tau nak masuk kiri pergi duduk lorang kanan buat apa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab anak2 nak makan apa yg si Ibu Bapa ini apa cara tunaikan ? Nak tahu sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 13-12-2023 05:29 PM
aku cakap terang la ye..boleh x mak pak bila sebelum ada anak cuba beli kereta..x mahal cam kancil p ...

Kan. Letih nk habaq. Klau sorang je xpe lg. Ni dah 2 org. Naik 4 beranak. Kos ank boleh plak. Lg 1, kalau nk 4 ank, make sure mampu beli 7 seater. Unless jenis xkisah tggal ank
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 13-12-2023 05:29 PM
aku cakap terang la ye..boleh x mak pak bila sebelum ada anak cuba beli kereta..x mahal cam kancil p ...

I tulis lebih kurang gini kat 1 group wasap tu. Terus berjemaah masuk kata i tak ada empathy kat orang susah.

Lagi satu, diorang komen, dalam apa keadaan pun kalau motor accident dengan kereta, kereta tu tetap salah. Tak kiralah motor keluar simpang tak berenti ke apa. Hurmmmm, bingai.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie: aku cakap terang la ye..boleh  ...


Betul tu...somi istri, slagi blum ada duit bli kreta, tlg jgn branak dulu...bukan nk kata xde empati tp kena fikir pasal keperluan hidup anak klu nk ada anak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullilah.
Yela bende nk jadi
Tp bgslah yg memandu tu tgu Sama2. Mesti die rase berslh yg amat jgk

Terok jgk die kene kecam kt twitter
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2023 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Naftalena replied at 13-12-2023 06:28 PM
I tulis lebih kurang gini kat 1 group wasap tu. Terus berjemaah masuk kata i tak ada empathy kat o ...

Patut lah ramai yg bawak motor mcm ada 9 nyawa. Ropernya diorg ada imuniti. Pestime dgr undang2 kasim baba begini
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik motor smpi 4 org
Beli le kereta...x mampu? Udah2 la membiak
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke mention mereka tak ada kereta? Kadang orang bawa motor sebab mudah. Takkanlah dia tak pakaikan helmet kt anak kalau dah itu satu-satunya mode of transport deme?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tahanie replied at 13-12-2023 10:31 PM
Ada ke mention mereka tak ada kereta? Kadang orang bawa motor sebab mudah. Takkanlah dia tak pakaika ...

Kalau ada kereta, memang nampak sangat bodoh dan selfish nya mak bapak ni. Dah tahu nak jemput dua orang anak, siap bawak bini, kenapa tak bawak kereta je. Jalan pun tak jem. Mudah apanya kalau dah berhimpit 4 orang di highway. Suami tu nak kawal motor pun susah sebab berat penumpang.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.472400 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list