View: 6925|Reply: 12
|
Zaki fokus 'pecut' SPM
[Copy link]
|
|
Zaki fokus 'pecut' SPM
Menjengah usia 17 tahun pada 5 Disember lalu, penyanyi Zaki Yamani ini sudah semakin dewasa, sekali gus menjadi ikon kepada ramai remaja untuk terus mengejar cita-cita pada usia yang masih mentah.
Buktinya Zaki berjaya menempa nama sebagai penyanyi selepas dinobatkan sebagai juara Famili Duo musim kedua bersama abangnya, Yamani Abdillah pada Februari lalu.
Tanpa sedar, perlahan-lahan kerjaya seninya mula mendapat perhatian sehingga berjaya mengumpul peminat yang begitu menyayangi dan mengagumi bakat seni yang dimilikinya.
Optimis dalam mengejar cita-cita dalam bidang seni nyanyian, Zaki tidak pernah melupakan pelajaran dan peperiksaan penting yang bakal dihadapi tahun depan iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menyimpan keinginan untuk meraih empat A pada peperiksaan yang bakal diduduki nanti, Zaki kini mempersiapkan diri selain fokus melakukan ulang kaji.
"Bulan depan saya bakal menduduki SPM dan akan cuba buat yang terbaik.
MEMBUAT persembahan ketika sambutan hari lahir ke-17 di Petaling Jaya.
"Fokus saya sepanjang sebulan ini adalah mengikuti segala latihan dan program yang sudah disediakan pusat tuisyen untuk saya mempersiapkan diri menghadapi SPM.
"Antara subjek yang saya target A adalah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Sains. Ini hanya target awal, tapi tidak mustahil kerana sekarang ini pusat tuisyen saya sediakan 'kelas pecutan' yang bermula dari awal pagi sehingga malam," katanya.
Bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan terbabit, Zaki memberitahu dia juga terpaksa menolak tawaran persembahan di Brunei.
"Saya ada mendapat tawaran untuk membuat persembahan di Brunei selama 10 hari, tapi tarikh itu bertembung dengan peperiksaan percubaan bulan lalu.
"Walaupun agak kecewa pada mulanya, tapi saya berlapang dada dan anggap tiada rezeki. Lagipun saya perlu hadiri peperiksaan percubaan ini untuk saya lebih memahami set soalan SPM," katanya.
ZAKI simpan impian cuba nasib dalam lakonan.
Cuba nasib dalam lakonan
Dalam pada itu, Zaki memberitahu selepas tamat menduduki SPM, dia menyimpan impian untuk mencuba nasib dalam dunia lakonan.
Katanya, dia ingin mencabar diri dan menerokai cabang baharu dalam dunia seni.
"Habis saja menduduki SPM saya rancang nak cuba nasib dalam dunia lakonan.
"Saya tunggu saat ini sebab sebelum ini jadual seni saya agak terhad kerana masih bersekolah.
"Jadi, selepas SPM ini saya ada lebih masa untuk saya cuba cabang baharu dalam dunia seni.
"Mudah-mudahan ada tawaran dan karakter yang sesuai untuk saya bawakan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zaki memaklumkan dia bakal melancarkan single solo pada penghujung tahun ini.
"Jika tiada aral melintang saya bakal keluarkan single solo baharu berjudul Mati Rasa.
"Lagu ini mempunyai mesej yang cukup mendalam. Penggambaran muzik video lagu ini juga sudah dilakukan di Cameron Highlands, Pahang dan kini dalam proses suntingan," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... aki-fokus-pecut-spm
|
|
|
|
|
|
|
|
Betooii tu dik zaki..at least dapatkan sijil SPM..Skg 2 subject wajib lulus kan..BM & Sejarah..utk subject lain tuu kalau rasa dunia seni dah perlukan lg boleh re do paper.. continue sambung std @ apply ja kerja dgn unit beruniform..al least terjamin jugak hari tua nti ada pencen |
|
|
|
|
|
|
|
All the best dik Zaki…lepas abis SPM nnt acik nak request ko reshoot scene TokJamal nyanyi lagu Aku dlm pilem Azura boleh…hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
go dek zaki. jgn lupakan pelajaran walaupun retis. peh espiyem dek zaki berlakon la ada rupa dek zaki ni.. abg eh sado sikit kihkih |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi lulus pun cukup.. asal ada espiyem |
|
|
|
|
|
|
|
Elok rupa yg ni. Boleh try msuk hero remaja. Untung2 rezeki |
|
|
|
|
|
|
|
Ensem no dik zaki.... Good luck spm.. jangan stress2.. tak nak sampai pengsan macam taun lepas |
|
|
|
|
|
|
|
espiyem penting dek non...nak jadi cashier pun depa mintak sijil tau....awwwwww |
|
|
|
|
|
|
|
Belajar selagik boleh. Dunia seni nie belum tentu kekal. Gud luck untuk spm nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
good luck la nak..spm tu penting.. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka ayah masa muda ye Zaki..good luck Zaki for spm |
|
|
|
|
|
|
|
Zaki ni yg maknya pensyarah uitm tu ke? Ke tu bini tokjamal yg sebelum mak zaki?Taste tokjamal helok juga kejadian anak2nya ye... Anak sulungnya pun kalau tak tembun hensem jee.. masa nyanyi time sekolah dulu pun kemain hensem yg tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi himpit artis si dirap kepam busuk kuat berpeluh menangis tak keluar air mata suka mengadu & raih simpati tumpang bangga tak |
|
|
|
|
|
|
| |
|