Tesla tarik balik (recall) lebih 2 juta kereta buatannya kerana terdapat masaalah pada sistem Autopilot, yang terbesar setakat ini untuk pemiliknya.
Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan berkata, pemandu Tesla harus peka terhadap sistem bantuan pemanduan yang telah diaktifkan.
"Terdapat risiko yang tinggi untuk berlakunya kemalangan," tulis agensi itu, terutama di dalam beberapa situasi apabila sistem itu diaktifkan.
17 maut, 736 kemalangan: Angka mengejutkan Autopilot Tesla
Penarikan balik itu dibuat beberapa hari selepas The Washington Post menerbitkan hasil penyiasatan yang mendapati sistem Autopilot pada kereta Tesla, yang telah berulang kali menyebabkan kemalangan maut di jalan raya walaupun pemandu tidak menggunakannya.
Pihak Tesla menghantar butiran kemas kini perisian untuk model S 2012-2023, Model X 2016-2023, Model 3 2017-2023 dan Model Y 2020-2023.
Autopilot ialah ciri standard yang terdapat pada kereta Tesla dan hanya beberapa model awalnya sahaja yang tidak dilengkapi dengan perisian tersebut.
Tesla belum memberikan sebarang komen lanjut setakat ini.
Dalam satu kenyataan minggu ini bagi menjawab laporan Washington Post, Tesla berkata pihaknya mempunyai "kewajipan moral" untuk terus meningkatkan ciri-ciri keselamatan.
Syarikat itu juga menambah bahawa, kenderaan yang berAutopilot lebih selamat berbanding pemanduan biasa dan kebarangkalian untuk berlaku kemalangan lebih rendah apabila sistem itu berfungsi dengan sepenuhnya.
tadi kt trafik light tgk workshop tepi jalan ada keta tesla eksiden remuk teruk kt situ. walopun jauh sikit bole cam bentuk depan keta tu mcm org takde hidung
Post time 14-12-2023 01:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Scary..
tp tu la autopilot ni bergantung pada sensor etc jugak.. kalo hujan ke apa bahaya laa keta tu sendiri kena disable autopilot sbb sensor tak sensitive...
Maybe this technology still need time to develop and mature...
Penarikan balik itu dibuat beberapa hari selepas The Washington Post menerbitkan hasil penyiasatan yang mendapati sistem Autopilot pada kereta Tesla, yang telah berulang kali menyebabkan kemalangan maut di jalan raya walaupun pemandu tidak menggunakannya.
itu sebab kita tak boleh begantung sgt kepada benda2 spt ni. kalau tgk kereta sweden pun dorang tak releasekan features yg belum betul2 masak utk pasaran. sebab nak elek risk spt ni.