CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11173|Reply: 4

Misteri Bau Busuk Tapi Geledah Tak Jumpa! Rupanya Bangkai Ular Sawa Dalam Skirting Kereta

[Copy link]
Post time 14-12-2023 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pemuda menemukan bangkai seekor ular sawa di dalam body kit keretanya.


Azzuri Syariemy berkata dia telah menghidu bau busuk di dalam keretanya sejak dua sebelum itu.


Selain membuat cucian sendiri, Azzuri turut membawa keretanya ke pusat servis (SC), namun mereka gagal mencari punca bau kurang menyenangkan itu.








"eristiwa pagi ni. Setelah dua hari mencari punca bau yang kurang menyenangkan. Setelah basuh luar dan dalam, bahagian enjin cuci.


"Bawa ke SC untuk periksa dan cari mana datang bau, tapi SC tak jumpa punca. Akhirnya pagi ni bawa ke kedai aksesori kereta untuk selongkar puncanya.


"Agak terkejut juga. Ingatkan bangkai tikus. Rupa-rupanya ada bangkai ular sawa dalam skirting hitam tepi side step. Skirting tu memang original, tak pernah buka. Ada lubang dari tepi membolehkan ular itu masuk," katanya di Facebook.


Azuri turut berkongsi beberapa foto menunjukkan pekerja bengkel sedang membuka body kit keretanya sebelum menemukan bangkai haiwan berkenaan.


Azzuri berkongsi kisahnya itu menerusi laman Facebook Aruz Club Malaysia sehingga dia menerima lebih 500,000 komen daripada netizen.


Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap pemuda itu selepas dua hari dia terpaksa menghidu bau bangkai di dalam keretanya.


"Situasi sama tempat yang sama macam aku. Nak hilang bau bangkai dekat sebulan juga. Seksa tak boleh pasang aircond.


"Saya punya kereta pun dah kena tiga bulan lepas. Bau bangkai kuat sangat.


"Bangkai ular memang busuk gila-gila bang," tulis beberapa netizen.


Dalam pada itu, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka menjumpai bangkai kucing dan tikus di dalam kereta masing-masing. -CARI


Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2023 05:14 PM | Show all posts
ular ni... mati ke hidup ke mmg menyusahkan org je
takda manfaat selain jadik haiwan pemburu
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 11:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:30 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
tri-max replied at 14-12-2023 05:14 PM
ular ni... mati ke hidup ke mmg menyusahkan org je
takda manfaat selain jadik haiwan pemburu

Marah pecinta haiwan cari forum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.052631 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list