CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27888|Reply: 18

Rocketfuel Ada Sebab Pilih Nadeera, Sedia Berbincang Untuk Ernie Zakri Nyanyi Di SFMM38

[Copy link]
Post time 14-12-2023 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Selepas Ernie Zakri menjelaskan mengenai punca dia tidak menyanyikan lagu Astana di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38), kini syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment pula tampil membalas kenyataan itu.


Rocketfuel berkata pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan bagi membolehkan Ernie selaku penyanyi asal menyanyikan lagu itu di SFMM28.


Malah, Rocketfuel menjelaskan pada awalnya pihak pengurusan Ernie sendiri yang membuat keputusan untuk tidak terlibat dalam SFMM38 itu.


Foto: mStar




"ihak Rocketfuel Entertainment sentiasa bersedia dan bersifat terbuka untuk bertemu serta berbincang dengan mana-mana pihak yang sudi untuk bersama membolehkan penyanyi asal membawa hasil karya mereka di pentas SFMM38.


"Rocketfuel Entertainment menghormati keputusan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan penyanyi asal lagu Astana untuk tidak terlibat dalam menyanyikan lagu ini di pentas SFMM38," katanya.


Tambah syarikat tersebut, pencalonan lagu Astana untuk program Muzik-Muzik yang berlaku pada bulan Februari lalu itu juga adalah ketika Ernie masih dibawah naungan Rocketfuel Entertainment.


Memandangkan Ernie kini bukan lagi artis naungan mereka, Rocketfuel sebulat suara menamakan Nadeera sebagai penyanyi paling sesuai untuk menyanyikan lagu tersebut.


"Untuk menghormati acara berprestij seperti SFMM38, pihak Rocketfuel Entertainment telah berusaha mencari pengganti yang sesuai untuk menyanyikan lagu Astana dan penyanyi Nadeera yang juga juara program Big Stage terbaru tahun ini telah dipilih setelah pelbagai perbincangan dilakukan.


"ihak Rocketfuel Entertainment yakin dan pasti dengan pemilihan ini kerana Nadeera merupakan calon yang amat sesuai untuk membawakan lagu Astana dan memastikan lagu ini dinyanyikan dengan seadilnya," ujarnya.


Sebelum ini, Ernie tampil menafikan kenyataan yang dikeluarkan syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment yang mengatakan dia sama sekali tidak pernah mengatakan tidak mahu menyanyikan lagu tersebut.


Untuk info, Ernie sebelum ini merupakan artis dibawah syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment sebelum berpindah kepada Universal Music Malaysia. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2023 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
tak faham aku. lagu tu Ernie yg ciptakan. apahal kasi org lain nyanyi without her consent
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Hello? Sejak bila AJL jadi pertandingan syarikat rakaman ni? Lain lah kalau kes komposer/pencipta lagu yang nak penyanyi lain nyanyi lagu dia macam Edry dengan Caliph Busker dulu. Tu hak dia sebab pertandingan pun pertandingan lagu. Ni dah sah sah Ernie dengan Syamel pun komposer/penulis lirik bersama lagu Astana tu. Suka suka je nak bagi orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 06:37 PM | Show all posts
izat123 replied at 14-12-2023 06:27 PM
Hello? Sejak bila AJL jadi pertandingan syarikat rakaman ni? Lain lah kalau kes komposer/pencipta la ...

ciptaan diorang eh, uols? tula pelik mcm, ni pertama kali kah kes sebegini? sebelum ni tak pernah dengar pun hal melibatkan syarikat rakaman. rocket ni bitter sangat ke kehilangan ninie?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Fesyen apa baju merah tu. Seluar ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
izat123 replied at 14-12-2023 06:27 PM
Hello? Sejak bila AJL jadi pertandingan syarikat rakaman ni? Lain lah kalau kes komposer/pencipta la ...

Dengar citer... Lagu tu cipta masa ernie dgn rocket... Bila dah keluar dari rocket, auto lagu tu ernie tak boleh nyanyi...
Tapi diorang ingat kali ni fans tak berbunyi la...
Sebab hari tu tukar penyanyi gak, fans tak mengamuk sangat pun...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa Hak recording company nak guna kuasa veto ala2 yesrahell? Padahal lagu tu erni yg cipta... Lainlah dia jual hakcipta.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kontrak hak cipta lagu tu berpihak kat recording comp kot?
Entahlaaa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2023 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Piramida replied at 14-12-2023 09:43 PM
Kontrak hak cipta lagu tu berpihak kat recording comp kot?
Entahlaaa.

Syamel yg dh tukar syarikat rakaman blh plk nyanyi lagu dia kat semifinal .. sama je situasi ngn lagu Astana..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 14-12-2023 10:11 PM
Syamel yg dh tukar syarikat rakaman blh plk nyanyi lagu dia kat semifinal .. sama je situasi ngn l ...


Terikat kontrak kot.. Kontrak lain2 ikutlah apa isi kandungannya nya... ai pun tak tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
X kisah la nok ,lagu Istana ni langsung x familiar.agaknya owner pn x kisah.i try dengar lagu ni tadi, seriously tak pernah dengar .haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
tak pernah dengar pun lagu astana ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by GegarVaganja at 15-12-2023 12:46 AM

harap Ernie as salah seorang pencipta, ambik keputusan untuk tarik diri dari pertandingkan lagu ni. Secera tak langsung, lagu Depresi oleh Iamneeta, automatik jadi pengganti. Laa, tibe

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
GegarVaganja replied at 14-12-2023 11:45 PM
harap Ernie as salah seorang pencipta, ambik keputusan untuk tarik diri dari pertandingkan lagu ni.  ...

Mengapa terjadi tragedi, begini ku rasa…. Lantas menang AJL
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 12:28 AM | Show all posts
lagu pun tak sedap...perlu ke beria2 nyah. Quit je la SFMM tu, settle. Baik bagi kat lagu iamneeta yang kena caras tu yihhh kowser sangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 04:32 AM | Show all posts
ernie cipta melodi tapi engineer, arranger, studio semua rocketfuel yg tanggung. kau ghase???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 08:57 AM | Show all posts
ada orang cakap masa AJL dolu2 pon ning baizura digantikan kumpulan kool nyanyi lagu sheols sebab dah tukar recording company... iols tatau sebab iols masih muda bukan zaman iols?

so penyelesaian yg tepat ikutla cara kelly clarkson & taylor swift... rakam je balik lagu lama dengan recording company baru... setel
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 08:58 AM | Show all posts
hyie replied at 15-12-2023 12:28 AM
lagu pun tak sedap...perlu ke beria2 nyah. Quit je la SFMM tu, settle. Baik bagi kat lagu iamneeta y ...

tak sedap yach? patutla iols mcm tak penah dengar pun....
btw lagu ziana zain yg duet tu pon tak sedap ditelinga iols
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi lagu nya tak sedap tak masuk walaupun dh berapa kali dengar .sorry erni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.307614 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list