View: 28934|Reply: 47
|
Pelanggan Naik Angin Restoran Salah Hantar Makanan, Rugi Kena Isi Minyak Kereta Mercedes Nak Tukar Pesanan
[Copy link]
|
|
Berang dengan kecuaian sebuah restoran menyediakan tempahan salah, seorang lelaki menerjah ke premis tersebut bagi melepaskan rasa tidak puas hatinya.
Menerusi video yang tular, lelaki itu memaklumkan dia terpaksa memandu sejauh 7 kilometer (km) untuk ke restoran tersebut dengan membawa makanan yang tersalah hantar.
Sambil membawa bungkusan makanan, pelanggan itu mahu berjumpa dengan pengurus restoran bagi mengadu mengenai kesilapan yang berlaku.
“Kamu hantar makanan apa? Saya terpaksa memandu 7km ke sini, awak hantar makanan apa kepada saya? Apa yang saya pesan?
“Sekarang ni saya kena bayar petrol dan Touch n’Go. Apa tu? Nasi lemak ke, nasi kunyit ke?” soalnya kepada sekumpulan pekerja berdekatan dengan kaunter.
Keadaan itu membuatkan beberapa pekerja tercengang dan salah seorang daripada mereka memeriksa bungkusan makanan yang dibawa pelanggan berkenaan.
Terus mengamuk, lelaki itu kemudian menegaskan dia membuat pesanan nasi ayam dan bukannya seperti yang diterimanya menerusi khidmat penghantaran makanan ke rumah.
“Apa ini? Saya order nasi ayam Hainan,” jelasnya dengan nada kecewa.
Dia kemudian sekali lagi mengeluh kerana terpaksa memandu jauh ke restoran tersebut semata-mata untuk menukar makanan.
“Saya memandu Mercedes ke sini, saya guna kad Touch n’Go dan isi petrol untuk tukar makanan saya.
“Saya mahu jumpa dengan pengurus kamu. Kenapa dia keluar? Saya nak jumpa dia,” katanya selepas dimaklumkan pengurus restoran
Pekerja mahu menggantikan pesanan pelanggan.
Di akhir rakaman berdurasi satu minit dan 36 saat itu, pelanggan berkenaan kemudian akur tidak dapat berjumpa dengan pengurus restoran bagi melaporkan aduannya.
Dia bagaimanapun memberitahu akhirnya dapat menukar makanan yang dipesannya sambil menambah turut menerima bayaran sebanyak RM20 bagi menebus kesilapan yang berlaku.
“Kasihan kepada mana-mana orang yang senasib. Kalau kena orang yang tak boleh makan pedas, dihantarnya makanan pedas macam mana? Naya,” katanya menerusi perkongsian itu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memahami kekecewaan yang disuarakan pelanggan itu yang menerima makanan lain daripada apa yang dipesannya.
Namun, kebanyakan mereka mempersoalkan kewajaran lelaki itu bersikap angkuh apabila memberitahu dia memandu kereta mewah.
“Over sangat nak sebut kereta. Ada keistimewaan lebih ke?
“Siap tanya kenapa pengurus keluar. Siap beritahu letak petrol dalam kereta Mercedes.
“Kaya tapi tak bijak. Report je la dalam app (aplikasi khidmat penghantaran makanan), dapat refund (bayaran balik). Terpaling Mercedes la tu.
“Dia kisahkan pandu Mercedes dan bayar Touch n’Go. Kasihan, bayarlah dia... dia perlu balik dengan Mercedes,” komen netizen. -CARI
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hanya org yg just-about-having-it akan bercakap tentang apa yg mereka ada
org yang do have it, will not talk about having-it
orang yg berada tidak akan bercakap-cakap bahwa dia orang berada |
|
|
|
|
|
|
|
Mercedes kan support Israel.
Nasi ayam jer pun ...kalau aku kaya ada mercedes aku buat report kat apps rider tu. Pastu order another nasi ayam. While waiting for my refund. Susah2 jer nak drive 7 km....Kaya tapi bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Benarla makin kaya ..makin kedekut dan berkira
|
|
|
|
|
|
|
|
tak geng mlm, geng timbang kilo...beriya bg tau pasal kereta |
|
|
|
|
|
|
|
sebab dia tahu macamana susahnya nak jadi kaya dan dia deserve utk jadi pelokek dan kedekut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas itu dia buka makanan; dicelahan makanan ada ludah; tapi dia tak nampak; moral of the story jgn ngamuk2 dikedai makn if kita belum dapat makanan; ingat semua food prepaprer tu mempunyai hati yang suci ke; ingat lah pesanan ini; sentiasa calm okay. |
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 15-12-2023 02:14 AM
hanya org yg just-about-having-it akan bercakap tentang apa yg mereka ada
org yang do have it, will ...
Thank you beritahu proverb ini.
Bolehlah nak guna lepas lepas ni.
Happy working! |
|
|
|
|
|
|
|
nouveau riche..... pelapis karen |
|
|
|
|
|
|
|
benda kan boleh report dlm grab. kan senang. apa susah2 nak g ke sana kan? yih! |
|
|
|
|
|
|
|
kesian sampai kena mention harta bagi orang respect |
|
|
|
|
|
|
|
dia lapar sangat la tu...bini mengidam nasi ayam hainan ke, sekali dapat nasi ayam biasa. bini dah nangis2 sedih tak dpt nsi ayam hainan, tu yang bengang terus start kereta gi kedai terus.. sekian berhusnudzon dihari jumaat |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo dia naik kancil axia, agak2 dia nk mention x keter apa dia drive? |
|
|
|
|
|
|
|
_kelly replied at 15-12-2023 10:23 AM
kesian sampai kena mention harta bagi orang respect
Ramai je aku jmpe org mcm ni..mmg diorg kene mention harta, title,position kt opis utk org respect depa
Aku senyum sinis je la...padahal sendiri hauk, pastu nk defend diri sendiri,kene le mention segala harta title position bagai
Ntah sapa nk kagum |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 15-12-2023 10:28 AM
Ramai je aku jmpe org mcm ni..mmg diorg kene mention harta, title,position kt opis utk org respect ...
ye agree, yang membongak segala reta benda tu sebenarnya takde apa pon..dia pon tau diri dia tak setara mana, tu yang kena mention semua yang dia ada nak bagi orang kagum..padahal orang dengar rasa meluat
macam dalam topik ni la, setakat drive 7km bayar minyak tol pon nak bising, nampak sangat kau miskin walaupun bawak mercedis |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin mengidam hadap sangat nasi ayam hainan. Tu yg sanggup pegi sana tukar.
|
|
|
|
|
|
|
|
agaknya lapar sangat, dengan harapan dapat makan ayam Hainan, tup tup, salah bagi order.....lapar....laparrrr.... |
|
|
|
|
|
|
|
Erm..org betul2 byk duit xde nk mention byr itu ini...ni bukan kata tp kayap ni... |
|
|
|
|
|
|
|
kedai makan tu pun satu, jgn cuai order org, sudah pasti kena marah..pelanggan tu |
|
|
|
|
|
|
|
baru merase kaya ler tu. kedek sgt sampai kne bgtau kne byr petrol touch n go bagai. zizik manusia begini. dh pakai merc ape kate ko order je baru. yg dh smpi tu telan ajela lahaiiiii |
|
|
|
|
|
|
| |
|