CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 22509|Reply: 22

[Dunia] Wanita kiciwa dan Rasa Tertipu, Ketam Seberat 800g Mengecut Jadi 350g Sahaja Selepas Dimasak,Restoran nafi tuduhan pelanggan

[Copy link]
Post time 15-12-2023 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 15-12-2023 12:13 AM

Restoran seafood Mellben Signature kemudiannya menafikan tuduhan pelanggan dan mengatakan bahawa mereka tersilap tentang berat ketam itu.


Seorang pelanggan wanita di sebuah restoran seafood di Tanjong Pagar Plaza, Singapura tidak berpuas hati selepas dia merasakan dirinya seolah-olah ditipu apabila ketam seberat 800g (gram) yang dibeli menjadi hanya 350g selepas ia dimasak.

Memetik The New Paper, wanita yang enggan dikenali itu berkata dia memesan hidangan sup vermicelli ketam periuk tanah (claypot) di restoran Mellben Signature pada 10 Disember lalu.

“Saya bertanya kepada pelayan tentang berat ketam ketika membuat pesanan makanan. Dia memberitahu saya bahawa restoran mereka hanya mempunyai ketam seberat 1 kilogram,” katanya kepada 8world.

Pelanggan meja sebelah buat pesana sama tapi miliki ketam lebih besar
Dia akhirnya membuat pembayaran untuk seekor ketam seberat 800g, namun menyedari pelanggan di meja sebelah juga membuat pesanan sama dan merasakan ketam tersebut lebih besar berbanding miliknya.

Dia kemudiannya berkongsi gambar ketam di atas penimbang dan bertanya mengapa ia ‘menyusut’ kepada 350g selepas dimasak dalam claypot.

“Saya tidak mahu mempersoal integriti restoran, tetapi saya tidak dapat memahami mengapa saya dikenakan bayaran untuk ketam 800g walaupun beratnya kurang daripada itu selepas (claws) penyepit dan organ dalaman dikeluarkan,” katanya.

Restoran nafi tuduhan pelanggan dan jelaskan mereka tersilap tentang berat ketam
Restoran itu bagaimanapun menafikan tuduhan pelanggan dan mengatakan bahawa mereka tersilap tentang berat ketam itu.

“Bil wanita itu menunjukkan ketam beratnya antara 800g dan 1,110g. Kami tidak memberitahu pelanggan berat tepat ketam ketika mereka membuat pesanan kerana kami perlu menimbangnya untuk angka tepat.”



Restoran itu juga menjelaskan bahawa wanita itu mendapat ketam jantan manakala pelanggan di meja sebelah pula memesan ketam betina dengan telur, itulah sebabnya saiz berbeza.

Ketam boleh hilang berat semasa disiang dan dimasak
Untuk info, menurut syarikat penghantaran ketam 8 Crabs, ketam kebiasaannya akan kehilangan 25% daripada beratnya selepas penyediaan yang melibatkan mencuci dan membuang isi perut.

Selain itu, berat ketam juga akan berkurang lagi 10% semasa proses memasak. Ketam juga boleh kelihatan lebih besar disebabkan penyepit kecil atau kepala yang besar.

SOURCE: THE NEW PAPER

tnp.straitstimes.com/news/singapore/diner-feels-cheated-after-paying-800g-crab-which-shrinks-350g-after

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 01:48 AM | Show all posts
actually, selepas buang a few things pon, loss of weight dari 800 to 350g tu banyak tuh
are you sure it was the same crab?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 07:39 AM | Show all posts
kalau uols pernah beli daging frozen, berat 900gram. then potong kiub dekat alat pemotong daging tu & timbang semula, dah tak dapat 900gram.

ini kan pulak dah siang & masak. lagi la susut berat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 07:45 AM | Show all posts
ipes2 replied at 15-12-2023 01:48 AM
actually, selepas buang a few things pon, loss of weight dari 800 to 350g tu banyak tuh
are you sure ...

tak masuk akal hilang berat sebegitu banyak
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketam ditukar kah....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 10:59 AM | Show all posts
macam i pernah kena kat restoran seafood kat jeram..
i pilih sotong 5 ekor.
so tak kisah la berat berapa pun..
tapi masa dapat sikit sangat and i kira kepala and ekor tak ngam 5 ekor..
kepala ada 3 ekor ada 2..
so kalau kau kata masak ikut berat, apa point kau suruh customer beratur pilih seafood tapi kau masak ikut berat bukan seafood yang customer pilih..
padahal masa datang kitaorang nak order je ikan satu sotong berapa orang makan..
tapi kedai tak bagi..
dia suruh pilih seafood sendiri..
tapi bila masak, kau tak masak pun seafood yang customer beria pilih tu..
tapi kau masak ikut berat yang dorang tulis masa timbang..
tak ke bangang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2023 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm tak masuk akal hilang sampai 500g.
lain la timbang sebelum masak tu sekor bila dah masak timbang tanpa shell+penyepit logik la jugak.
mesti ketam ditukar/tertukar ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 11:32 AM | Show all posts
masak sendiri je..  kat sini ada je ketam besor.. $40-$45 se kilo.
kalo musim bulan penuh, penuh laa isi nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 12:26 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-12-2023 10:59 AM
macam i pernah kena kat restoran seafood kat jeram..
i pilih sotong 5 ekor.
so tak kisah la berat be ...

do tell apa jadi selepas itu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 12:35 PM | Show all posts
Aku pejam mata dulu pasal lepas masak semua jadi kecut etc. Aku syak ketam tu ditukar ke yg lain. Dah masuk dapur siapa aje boleh verify.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-12-2023 02:59 AM
macam i pernah kena kat restoran seafood kat jeram..
i pilih sotong 5 ekor.
so tak kisah la berat be ...

Jahat betul menipu gini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 01:07 PM | Show all posts
AznieBunnie replied at 15-12-2023 12:26 PM
do tell apa jadi selepas itu....

masa dia hantar order i tanya so dia bagi yang lain..still sama juga tak cukup kepala ekor..
masa bayar i question kat cashier..
so dia bagi diskaun sikit je..

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 01:10 PM | Show all posts

memang pun.. dah la tak sedap..
ikan bakar rentung kejung..
entah apa yang orang kata sedap pun tak tau la..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:28 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-12-2023 10:59 AM
macam i pernah kena kat restoran seafood kat jeram..
i pilih sotong 5 ekor.
so tak kisah la berat be ...

aku dulu suka mkn ke jeram...tp last aku mkn 2 thn lps sbb rasa dh tak berbaloi...masa pilih sotong punyala besar...skali dh bakar kecut besar tapak tangan jer...terkejut aku...mcm x masuk akal...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 03:36 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-12-2023 01:07 PM
masa dia hantar order i tanya so dia bagi yang lain..still sama juga tak cukup kepala ekor..
masa  ...

nice....
kena berani tanya...
rasanya mereka pun dah biasa buat mcm tu kot...
tak pernah tertangkap so itu yg ulang buat lagi dan lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 02:24 AM | Show all posts
venom1 replied at 15-12-2023 07:45 AM
tak masuk akal hilang berat sebegitu banyak

kan?
sy rasa memang benar kata pelanggan bahawa mereka (pihak restaurant) sudah salah ambil ketamnya
sy rasa mereka ada case
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2023 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-12-2023 10:59 AM
macam i pernah kena kat restoran seafood kat jeram..
i pilih sotong 5 ekor.
so tak kisah la berat be ...

bab sotong ni aku pernah kena..g 1 kedai seafood ni...depan kedai ada pondan bukan main duk gamit panggil makan kedai dia..

pilih 3 ekor sotong besar2 dgn ikan semua dekan depan..suruh goreng tepung..bila sampai sotong kecik2 je...

terus panggil tanya..masa bayar pun tanya kenapa sotong lain, dia boleh jawab "oh tu sotong utk bakar je.." dah kenapa ko letak kat depan setan..lain kali letak notis sotong besar ni utk masakan bakar sahaja...lagipun bakar ke goreng ke dia kisah apa..aku bayar kot.. penyudahnya dia bg diskaun tolak rm5.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pnh kena kat kk,sabah. pilih udg aku rasa byk..tp bila  msk sikit..ikn pon pilih bsr2 tp bila msk kecik je..udg aku pilih lain..dpt yg dh berbau..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-12-2023 10:59 AM
macam i pernah kena kat restoran seafood kat jeram..
i pilih sotong 5 ekor.
so tak kisah la berat be ...

Lain kali makan Steamboat kat Hatyai atau Cameron Highland

Recommended..berbaloi baloi, dah tentu yang kita ambil tu kita makan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak tak sodap langsong ketam dlm gambor tu!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.177966 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list