CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10587|Reply: 20

[Tempatan] Terselamat daripada 'pak belang' berkat doa Nabi Sulaiman

[Copy link]
Post time 15-12-2023 10:31 AM | Show all posts |Read mode


Sungai Siput: Seorang pemuda menganggap pesanan guru silat untuk mengamalkan doa Nabi Sulaiman antara sebab dia terselamat ketika terserempak harimau belang sewaktu mahu memancing di kawasan ladang sawit berhampiran Taman Dovenby Fasa 2 di sini, semalam.

Muhammad Luqman Haqim Muhamad Ghazali Lim, 22, berkata, dia pergi berseorangan ke kawasan kolam memancing yang terletak di dalam ladang kelapa sawit, tidak jauh dari rumahnya, kira-kira 1.40 tengah hari, sebelum dikejutkan dengan kemunculan 'pak belang' terbabit.

Beliau berkata, dia sepatutnya pergi ke situ bersama dengan seorang rakan dikenali sebagai Hakimi untuk memancing ikan haruan berikutan isterinya baru melahirkan bayi sulung mereka, namun ketika itu Hakimi belum sampai.

Katanya, ketika berseorangan di hutan, sementara menunggu kedatangan Hakimi, dia ada terhidu bau seakan bau kambing jantan, namun tidak begitu menghiraukannya, sebelum dikejutkan dengan kehadiran harimau dewasa berkenaan.

"Saya hampir tidak pernah masuk hutan berseorangan kerana selalunya akan berteman, jadinya tadi (semalam) tergerak hati saya untuk membaca doa Nabi Sulaiman. Kemudiannya, saya pun pergi berseorangan menuju kolam pancing.

"Ketika hampir tiba di kolam itu, saya melihat sekeliling sebelum dikejutkan dengan penampakan harimau terbabit yang terus mengaum, ketika itu dan betul-betul sedang memerhatikan saya, umpama kami saling bertentangan mata.... ketika itu jantung bagaikan mahu 'luruh'.

"Sejurus itu, saya kembali membaca doa Nabi Sulaiman sambil mengundur langkah beberapa langkah dalam jarak 10 meter sebelum terus lari sehabis mungkin menuju sebuah kuil berhampiran untuk meminta pertolongan," katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Menurutnya, dia tidak pasti sama ada harimau itu turut mengejarnya, itu namun mengakui sangat bersyukur kerana terselamat.

Katanya, kejadian itu dinyatakan kepada pengurusan kuil berkenaan, namun ia pada mulanya tidak begitu dipercayai pihak berkenaan.

Tetapi selepas itu, ngauman harimau sekali lagi kedengaran dalam tempoh beberapa minit selepas itu dan disusuli dengan bunyi monyet.

"Orang di kuil yang terletak di atas kawasan berbukit itu juga nampak situasi monyet lari di samping melompat-lompat seperti ada 'sesuatu' melalui kawasan itu.

"Kemudiannya, saya ke rumah kawan saya berhampiran situ untuk meminta bantuan untuk menghubungi pihak berkuasa seperti bomba dan Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan negeri, Yusoff Shariff ketika dihubungi berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dan kawalan di lokasi berkenaan.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Imagine harimau tu keje mangsa smpi ke kuil. Kenyang sebulan harimau tu.

Tu psl harimau tu da kenyang sbb tu dia x kejar. Br lps makan monyet agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang kitorg yang kerja dalam kebun kelapa sawit ni sebelum masuk kebun baca doa Nabi Sulaiman.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 15-12-2023 10:42 AM
Imagine harimau tu keje mangsa smpi ke kuil. Kenyang sebulan harimau tu.

Tu psl harimau tu da kenya ...

Badan tegap kannn.....

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 15-12-2023 02:34 PM
Memang kitorg yang kerja dalam kebun kelapa sawit ni sebelum masuk kebun baca doa Nabi Sulaiman.

Salamun Ala Sulaiman fill a'lamin.....

Yg tu ke?....

Aku selalu confused dgn Salamun ala nuhin fill a'lamin.....

Yg mana satu utk binatang berbisa dgn makhluk halus.....aku baca je dua² tu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 15-12-2023 03:29 PM
Salamun Ala Sulaiman fill a'lamin.....

Yg tu ke?....

Aku selalu baca yang atas sekali.

Pernah ada ular depan aku sekaki jarak dari aku, langkah kaki aku terhenti sendiri, bila tengok rupanya ada ular melintas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 15-12-2023 04:14 PM
Aku selalu baca yang atas sekali.

Pernah ada ular depan aku sekaki jarak dari aku, langkah kaki a ...

Baca bila nak masuk kebun iya.....
Atau sentiasa baca bila di kebun
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 15-12-2023 04:20 PM

India pun tak percaya Melayu..kena tunggu harimau mengaum

Tapi kuil tu ada patung singa mesti harimau tu boleh main main
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 15-12-2023 04:16 PM
Baca bila nak masuk kebun iya.....
Atau sentiasa baca bila di kebun

Aku selalu baca masa atas  jalanraya sebelum nak pijak tanah kebun tu..masa dalam kebun nak baca banyak kali pun takpe.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 15-12-2023 03:29 PM
Salamun Ala Sulaiman fill a'lamin.....

Yg tu ke?....

Aku ingat yang innahu min sulaiman wa inna hu bismillah hirrahman nirrahim…
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 15-12-2023 06:11 PM
minahmanja replied at 15-12-2023 04:27 PM
Aku ingat yang innahu min sulaiman wa inna hu bismillah hirrahman nirrahim…


Itu utk bg org tunduk....kau nk interview ke....

Nabi sulaiman menundukkn puteri balqis dgn ayat tu.....

Klu utk pendinding binatang berbisa atau binatang buas ...

Salamun ala Sulaiman fill a'lamin.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 15-12-2023 04:19 PM
Aku selalu baca masa atas  jalanraya sebelum nak pijak tanah kebun tu..masa dalam kebun nak baca b ...

Ooo ...terima kasih wak.....

Semuga dimurahkn rezeki....Aaminn
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 15-12-2023 04:14 PM
Aku selalu baca yang atas sekali.

Pernah ada ular depan aku sekaki jarak dari aku, langkah kaki a ...

klu amal amalan ni akan di uji. lagi hebat amalan nya lagi hebat ujian nya. jangan fail ujian sudah. dengan anggap amalan atau bacaan tu yang menyelamatkan.

kalau baca doa direct tuhan, for example.
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Maksudnya: “Aku memohon perlindungan daripada kalimah-kalimah-Mu yang sempurna daripada sebarang kejahatan yang diciptakan.”

maka kalau diselamatkan dari musibah ,kita akan cakap alhamdulillah,  sbb doa direct tuhan. kalau kena juga musibah maka kita akan sabar sebab dengan izinnya jua .

Daripada Khaulah binti Hakim al-Sulamiyyah R.anha, beliau mendengar Nabi SAW bersabda:
مَنْ نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قَالَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ، حَتَّى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ
Maksudnya: “Barangsiapa yang tiba di suatu tempat, lalu dia membaca: Aku memohon perlindungan daripada kalimah-kalimah-Mu yang sempurna daripada sebarang kejahatan yang diciptakan. Maka dia tidak akan ditimpa mudharat sehinggalah dia keluar daripada tempat tersebut. ” [Riwayat Muslim (2708), Imam al-Tirmizi (3437) dan Imam Ibn Majah (3547)]

nabi pesan:
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 15-12-2023 08:44 PM
klu amal amalan ni akan di uji. lagi hebat amalan nya lagi hebat ujian nya. jangan fail ujian suda ...

Doa tu kan senjata umat Islam.

Doa nabi Sulaiman tu dari ayat Al-Quran jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols msa skolah pnh nmpk rimau dpn mate mase naik moto dia dgn abg meols.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Radzor at 15-12-2023 09:29 PM
B40tastePosh replied at 15-12-2023 08:56 PM
Doa tu kan senjata umat Islam.

Doa nabi Sulaiman tu dari ayat Al-Quran jugak.


hati² lah ye sekadar berpesan. btw ape maksud yg dikatakan doa nabi sulaiman tu?

one .more thing to ponder. ayat alquran tu diturunkan sebagai panduan dan rahmat. jangan ambil sikit² dan dijadikan pendinding. fahami kenapa ayat tu diturunkan. apa yang nak disampaikan. bukan petik satu satu mcm lirik lagu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti tok sami kuil tu kate dlm hati, ' kalau terserempak melayu dgn harimau, pukul melayu dulu..' agaknye lah hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 05:02 AM | Show all posts
mari saya tolong jawab persoalan pemuda tadi samaada harimau tadi kejar dia atau tidak: jawapan yang paling tepat ialah tidak.

tigers adalah apex predator, tiada yang memakan dia. dia juga di equipped dengan semua kelengkapan untuk memburu. jika tiger tadi ingin kejar dia, dia tidak akan dapat larikan diri darinya; dan jika tiger tadi ingin makan pemuda tadi, tiada banyak yang menghalang dari ianya berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by star_karat at 16-12-2023 11:07 AM

Innahu min sulaiman
Wa innahu min sulaimana
Wa innahu bismillahirahmanirahim

Ayat rezki tiap kali lepas solat baca 7x.  Ni ayat pembuka surat nabi sulaiman untuk ratu balkis tak salah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
star_karat replied at 16-12-2023 11:05 AM
Innahu min sulaiman
Wa innahu min sulaimana
Wa innahu bismillahirahmanirahim

Nanti nak amalkan, tq for sharing
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.151433 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list