CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10574|Reply: 5

Penyakit Anxiety Nana Sheme Hilang Terus Lepas Kahwin

[Copy link]
Post time 15-12-2023 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Nana Sheme mendedahkan tidak lagi berdepan serangan anxiety sejak empat tahun lalu selepas dipertemukan dengan teman hidup, Zikri Zakaria yang menjadi tempatnya meluahkan perasaan.


Pemilik nama sebenar Nur Nabilah Hashimi, 28, itu berkata dia bergantung kepada ubat di bawah pemantauan doktor sejak berusia 12 tahun bagi menenangkan diri, namun tidak lagi memerlukan pil atau berjumpa pakar bermula pada 2019.


Foto: IG




“Saya pernah mengalami masalah anxiety sejak awal belasan tahun yang memerlukan saya mengambil pil sehingga keadaan kesihatan saya disahkan pulih sekitar empat tahun lalu.


“Perkara ini pernah saya kongsikan ketika awal kemunculan dulu yang asalnya berpunca daripada trauma ketika kecil berikutan perpisahan orang tua saya disusuli pemergian ibu pada usia saya 15 tahun.




  



“Alhamdulillah, selepas bertemu suami saya, Zikri Zakaria empat tahun lalu yang menjadi tempat saya berkongsi semua cerita dan tempat mengadu, emosi saya semakin stabil dan kembali tenang.


“Berbeza dengan dulu, hal kecil yang sebenarnya tiada isu pun boleh mengganggu fikiran, tapi sekarang segala kebimbangan dapat saya atasi tanpa perlu ubat-ubatan” katanya selepas pra dengar single Aku Mencuba, hari ini.


Sebelum ini, penyanyi yang pernah menjadi sensasi YouTube dan dikenali menerusi lagu Hantu atau Buaya pada 2014 itu pernah berkongsi situasinya berjumpa pakar psikiatri berikutan trauma dialami sejak remaja.




  



Pada masa sama, Nana turut mengakui lagu yang dihasilkan itu adalah hadiah selepas empat tahun tidak mempunyai produk baharu sebagai petanda kemaraannya dalam arena muzik.


Kata anak jati Bumi Kenyalang itu, sepanjang tempoh tiada karya baharu ada pihak menyangka dia sudah bersara, sedangkan hakikatnya menyanyi tetap nombor satu.




  



“Saya masih buat persembahan pentas, cuma mungkin kurang aktif dalam media sosial walaupun menyedari kepentingan medium ini sebagai gelanggang promosi.


“Sejujurnya sikap introvert menyebabkan saya jarang berkongsi aktiviti harian seperti penggiat seni lain malah selepas single Ragu-Ragu empat tahun lalu, kerjaya saya agak perlahan.


“Sekarang saya baru berjinak-jinak dengan TikTok sekaligus berharap penghasilan single terbaharu ini membolehkan saya terus aktif mendekati peminat,” ujarnya.


  





Mengenai Aku Mencoba, lagu yang digarap sendiri bersama suaminya, Zikri Zakaria yang berkisar perjuangan hidup melambangkan kematangan dirinya berbanding kemunculan perdana hampir sedekad lalu.


“Lagu ini dilhamkan realiti yang dilalui setiap insan termasuk saya sendiri yang menjalani pelbagai rintangan dalam kehidupan, namun memilih untuk terus berjuang dan tidak berputus asa.


“Jujurnya selepas sebulan saya dan suami berkahwin pada Oktober 2022, kami diuji dari segi kewangan, dan emosi sampaikan saya pernah terkasar membuatkan saya muhasabah diri.


  



“Jadi saya tulis lagu yang berkisar andai saya berada di tempat suami bahkan apabila didengar semula, dendangan ini juga berkait rapat dengan usaha saya untuk kekal relevan selain tonjolkan sisi matang.


“Lagu ini ditulis saya sepenuhnya bersama suami yang turut bertindak sebagai penerbit bersama dan inilah arah baharu saya dalam meneruskan langkah sebagai penyanyi,” katanya.




  



Terdahulu, lagu Hantu atau Buaya melonjakkan nama penyanyi ity sehingga berada antara 10 lagu teratas dalam Carta Red Box Karaoke pada 2015.


Nana mendirikan rumahtangga dengan penerbit muzik, Zikri Zakaria pada 22 Oktober tahun lalu selepas berkenalan ketika menyertai program Big Stage musim tiga. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini baru betul, kahwin - selesai semua masalah.hahahhahagaha....ko tunggu lagi 10thn
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols Bukan nak doakan
Tapi anxiety Ni kalau ada tiba tiba hal.yang tak elok..Kau Akan overthinking..Habis..
Contoh...laki Kau mesej pompuan lain....
Serba tak.kena

Jantung berdebor2
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 01:41 PM | Show all posts
mental illness is real tapi akak harap ko bukan menonggeng sakit ni untuk naikkan balik nama sendu ko…
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:07 PM | Show all posts
hafis rosdi pun esok lusa pulih la tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
She anxiety sbb kematian ibu kalau xsilap. Betul jgk bila ada insan yg dicintai dan mencintai di sisi, hidup tu lebih bahagia, masalah suma hilang. Tp harapnya laki uolz xbuat onarlah one day.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.037289 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list