View: 10328|Reply: 4
|
[Dunia]
Saintis Jumpa Tengkorak Dinosaur Air Gergasi Di England, Kepala Je Besar Bas
[Copy link]
|
|
UK ni antara tempat yang banyak artifak bersejarah, daripada fosil zaman dinosaur ke zaman Rom.
Tapi, fosil kali ni agak ‘groundbreaking’ sebab mereka terjumpa tengkorak spesis dinosaur gergasi yang tak pernah jumpa lagi.
Tengkorak itu ditemui di tebing bayu Kimmeridge di England. Bayu ni terletak dalam kawasan ‘Pantai Jurassic’ di mana banyak fosil dinosaur ditemui di situ. Phil Jacobs, seorang pencari fosil menemui tengkorak ni masa berjalan jalan di situ.
Selepas dikorek, saintis mendapati tengkorak itu milik pliosaur, sejenis dinosaur air, cuma spesisnya tu mungkin spesis baru. Walaupun rupa tengkorak ni macam buaya, hakikatnya pliosaur ni lagi dekat dengan penyu berbanding buaya.
Walau bagaimanapun, berbanding penyu, pliosaur ni merupakan raja di laut. Punya la besar dan kuat pliosaur ni, kalau dia hidup di laut sekarang mungkin paus tu dah jadi makanan dia dah.
Gigitan dia je dah 2X ganda lebih kuat berbanding buaya yang mampu gigit besi keluli. Tengkorak dia je dah 2 meter panjang, jadi saintis jangka saiz keseluruhan dia ni sebesar bas dua tingkat.
Oleh: Ammar Akmal
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ni ancestor buaya puteri harbor sebesar bas itukah hihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia X dino ke? Boringgg |
|
|
|
|
|
|
|
ada haritu jumpa kat pahang, tapi gigi je
|
|
|
|
|
|
|
|
kepala besar bas hangguk dia...hahaha.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|