CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31315|Reply: 6

[Tempatan] Taat pada suami, rezeki Neelofa melimpah – PU Riz

[Copy link]
Post time 15-12-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.


KUALA LUMPUR – “Alhamdulillah, itu rezeki dia dan berkat taat pada suami,” kata pendakwah bebas yang juga selebriti, Muhammad Haris Mohd Ismail.

Dia yang dikenali PU Riz, 28, mengulas pelantikan isterinya yang juga selebriti terkenal, Neelofa sebagai duta jenama antarabangsa bagi kereta sorong dan kerusi kereta kanak-kanak, Hamilton.


Riz berkata, dia sentiasa mengingatkan isterinya agar patuh syariah dalam apa juga perkara dibuat termasuk dalam soal penampilan.

“Saya percaya, jika kita tetapkan hati dan istiqomah dalam melakukan sesuatu perkara, segalanya dipermudahkan Allah SWT. Sebagai suami, sudah tentu saya bersyukur dan gembira atas apa juga yang diterima isteri dan semua rezeki Allah.

“Secara peribadi, saya sentiasa menyokong apa saja perkara yang membawa kepada kebaikan bukan saja untuk dia dan keluarga tapi juga secara umum.

“Secara tak langsung, pelantikan isteri sebagai duta adalah bukti penerimaan orang luar terhadap tuntutan agama dan budaya kita,” katanya.


Berniqab tidak halang Neelofa terus menjadi pilihan untuk dilantik duta produk.
Menurut PU Riz, soal penampilan wanita muslimah yang tampil berhijab atau berniqab bukan lagi alasan bagi segelintir pihak untuk tidak bekerjasama dengan mereka.

Terdahulu Neelofa yang juga ibu kepada dua cahaya mata dilantik menjadi duta jenama itu pada majlis yang diadakan baru-baru ini.

Menurutnya, jenama yang berasal dari Belanda itu mula ‘melamar’ dirinya sejak awal tahun ini.

“Kalau ditanya mengenai lamaran menjadi duta ini, saya rasa awal tahun ini. Sebelum ini, saya memang ada bekerjasama dengan beberapa jenama membabitkan barangan untuk anak.


“Jadi, mereka bertanya klien sebelum ini dan mereka dapat maklum balas baik dan mereka mendekati saya,” kata Neelofa yang berusia 34 tahun.

Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 1 tahun dan Abdullah Abbas, lima bulan. – MalaysiaGazette




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2023 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Idola Biforti.. nobody cares here
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 10:52 PM | Show all posts
silap bod.. kami2 kat CI ni whoryuskan sajor citer2 retis sangkak sama selebetbuggeet smer
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ini pakaian dia skrg?? peliknya lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 16-12-2023 10:52 PM
silap bod.. kami2 kat CI ni whoryuskan sajor citer2 retis sangkak sama selebetbuggeet smer

Agreed....Salah bod nie....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih Najib.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2023 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
low class betul topik ni..bodo betul sapa yg bukak thread ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.073280 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list