CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 24109|Reply: 40

[Tempatan] Rakyat gusar 'lockdown' bakal kembali

[Copy link]
Post time 16-12-2023 02:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 16-12-2023 06:36 AM

PETALING JAYA – Khabar angin lockdown bagi mengekang penularan kes Covid-19 yang semakin meningkat di Malaysia menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di media sosial, kebanyakan orang ramai tidak bersetuju dengan kemungkinan lockdown bakal dilaksanakan kembali.

Menurut orang ramai, mereka bimbang dengan kesan ekonomi dan sosial yang akan berlaku, termasuk kehilangan pekerjaan, penutupan perniagaan kecil dan kemerosotan dalam kesejahteraan keseluruhan.

“Kes makin naik tapi secara peribadi aku tak nak lockdown. Aku baru nak ada hidup baru aku dgn berniaga kecil-kecilan. Cukuplah dulu sahaja, aku sampai rasa mcm tak berguna dalam hidup ini,” kata Hidayah.

Seorang pengguna media sosial yang dikenali dengan nama Ikhwan berkata Malaysia tidak lagi mampu melaksanakan sekatan pergerakan atau sekatan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat.

“Ekonomi negara dan kehidupan rakyat terjejas jika kerajaan melaksanakan ‘total lockdown’ bagi memerangi kes jangkitan Covid-19 yang tinggi ketika ini,” ulasnya.

Ikhwan dengan jujur menyuarakan pendapatnya, dia berasa geram dengan tindakan sesetengah rakyat yang mahu kembalikan lockdown.

“Saya rasa geram buka media sosial tengok orang asyik bercakap tentang ‘apa korang nak buat kalau lockdown lagi’.

“Orang yang tak rasa susah masa lockdown memang tak akan faham. Duduk goyang kaki dekat rumah, makan semua orang bagi, bolehlah tak risau kena lockdown,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pihak bersetuju dengan keperluan untuk kembali kepada perintah berkurung sekiranya bilangan kes Covid-19 terus meningkat.

“Jangan sebab bukan ahli keluarga sendiri yang meninggal sebab covid, korang tak nak duduk rumah.

“Jangan pentingkan diri sendiri bila rasa tak dapat nak sambut raya. Fikirkan tentang keselamatan orang di sekeliling juga,” luah Qai.


Single Polls, Total 26 Users voted

Poll is finished

38.46% (10)
34.62% (9)
3.85% (1)
0.00% (0)
23.08% (6)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2023 04:21 AM | Show all posts
lockdown time ribut solar lah chuolss...tiberr. Semoga ada i-sinar menanti
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 04:46 AM From the mobile phone | Show all posts
BMX bukan mcm abahcow buat lockdown sb takut nak bukak parlimen sampai agong kena masuk campur
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat rindu pkp la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 05:39 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata dah masuk fasa endemik. Kata rakyat kena belajar live with covid, sama macam penyakit2 berjangkit yang lain macam influenza, batuk kokol etc. Kata most population dah lengkap at least 2 dos. Takkan nak PKP lagi kot?

Unless ada hidden agenda i.e nak menjayakan digital ID. Takkan nak biar PMX sorang2 je ada digital ID kat Malaysia ni kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2023 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
KayvaJayjay tersenyum mengekek
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
taknak lockdown
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2023 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Haru la kalau lockdown lagi
Anak2 nak sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 09:16 AM | Show all posts
dah boleh start dah tu plan WEF

universal basic income for ALL
the great reset

lockdown berapa lama pun org tak kisah
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan walanon xkan lockdown punye .die bkn berkesah pon
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
rasanya tak kot. sila pandai2 sendiri la elak jangkitan pakai mask, sanitize, kurangkan makan di luar tapau je kalau nak terus bekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 11:13 AM | Show all posts



lah kenapa gusar?

- amnan hibrahim -
wartawan sinar hairan-



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 11:16 AM | Show all posts
yay normah barua
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
iyer ke lockdown? memandai je netizen ni..pastu buat panik 1 negara..2 hari lepas member iols share artikel FMT, ada gmbo Dr Zul..pastu kata ada ura2 PKP..sibbaik la iols suka amik tau btol2 sebelum meroyan ke apa..bila gi kat website FMT tu, artikel psl booster utk vulnerable people je..takde langsung sebut PKP..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 16-12-2023 11:20 AM
hyie replied at 16-12-2023 04:21 AM
lockdown time ribut solar lah chuolss...tiberr. Semoga ada i-sinar menanti


tableh la adik..'mati' kebosanan la nt..kalo benau line tenet pon tadak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2023 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka je lockdown tp tunggu laa aku habis holiday hujung tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 12:48 PM | Show all posts
Rindu Jana Bervavivawa



Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 01:17 PM | Show all posts
cepat benor gelabah netizen ni
tapi tgk aman2 je masing2 berjimba jimbun
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak lockdown bgtau je la cpt2.. iolss dah survey uniform pbsm anak sulung iolss.. baju melayu sekolah agama anak bongsu iolss..blm lg thn depan kn beli pedang tuk kelas martial art dia..pedang tu iolss x kisah x berubah size..ni baju2 ni ssh skt..bdn anak2 kalo duk rumah mudah naik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.432087 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list