View: 14829|Reply: 7
|
[Dunia]
Tentera Israel tersilap bunuh 3 tebusan di Gaza
[Copy link]
|
|
Tentera Israel tersilap bunuh 3 tebusan di Gaza
ANTARA dua tebusan yang ditembak mati tentera Israel (kiri) Yotam Haim, (kanan) Samer Talalka. FOTO dari Forum Tebusan dan Keluarga Hilang/Edaran melalui REUTERS
Baitulmaqdis: Tentera Israel tersilap membunuh tiga tebusan yang ditahan di Gaza oleh Hamas semasa insiden yang 'dalam siasatan', kata seorang jurucakap tentera pada Jumaat.
Ia berkata, tebusan terbunuh semasa pertempuran dengan sayap bersenjata Hamas di Gaza dan mengucapkan takziah kepada keluarga sambil berkata akan ada 'ketelusan penuh' dalam penyiasatan terhadap insiden itu.
Satu kenyataan daripada tentera mengatakan bahawa semasa pertempuran sengit di Gaza ia mengenal pasti tiga tebusan itu sebagai ancaman.
"Akibatnya, tentera melepaskan tembakan ke arah mereka dan mereka terbunuh.
"Tentera menamakan dua tebusan yang mati sebagai Yotam Haim yang diculik dari Kibbutz Kfar, dan Samer Talalka, yang diculik dari Kibbutz Nir Am pada 7 Oktober.
Forum Keluarga Tebusan dan Orang Hilang, yang mewakili keluarga tebusan, merakamkan ucapan takziah.
Ia berkata, "Yotam ialah seorang pemuzik berbakat dan peminat muzik metal yang berdedikasi yang mengidolakan kumpulan Megadeth" dan "Samer ialah seorang penunggang motosikal yang gemar menunggang motosikal di sekitar kawasan luar bandar dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan."
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dalam kenyataan berkata, "Bersama-sama dengan seluruh rakyat Israel, saya menundukkan kepala ini dan dalam kesedihan yang mendalam dan meratapi kematian tiga anak lelaki tersayang kami yang diculik.
"Hati saya bersama keluarga yang berduka dalam masa sukar mereka," katanya.
Sementara itu beribu-ribu orang membantah di luar pangkalan tentera pusat Israel di Tel Aviv dengan papan tanda bertulis 'Kami menuntut perjanjian sekarang!' dan 'tidak akan tidur - membantah sepanjang malam," lapor berita Channel 12 Israel.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... h-3-tebusan-di-gaza
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Israhell laknatullah.
Bukan kejadian pertama tembak rakyat sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Yahudi macam Kristian Ortodoks ye...akan sebut semua benda baik si mati sebelum dikuburkan.
It's a great and good manner |
|
|
|
|
|
|
|
Konon tersilap temb*k, padahal bukannya tak tahu taktik puaka laknat mengkambeng hitamkan raykat sendirik sbg alasan terpuaka salahkan Hamas kendian dijadikan alasan huntok genocide penduduk Gaza.
Semoga puak2 Zi*nis terlaknat ni selamanya dilaknat Allah dan bakalan dihumban ke neraka jahanam tingkat ke-7. Puih! |
|
|
|
|
|
|
|
Macamana boleh tersalah ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
IDF ada Hannibal protocol Ler...dorg bole bunuh org sendiri tuk matlamat lain |
|
|
|
|
|
|
|
Hanibal utk elakkan yahudi jadi captive so idf tembak terus kasi mati tak payah exchange. Kalau hamas kidnap dia pastikan hidup utk exchange. So yg mati ramai tu idf la rembat |
|
|
|
|
|
|
|
Lapar nak bunuh org. Alasan je tu tersalah tembak. Padahal ade niat tersembunyi wlpn terang2 motif nya. Taktik nak buruk2kan Hamas. Mcm tu laaaa kaedah nya. Bile xdapat nak kalahlan Hamas & halau 100% rakyat Palestine, pastu zionis laknatullah ni gunalah taktik plak kotor, kejam dan keji skalo. |
|
|
|
|
|
|
| |
|