CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27889|Reply: 16

[Dunia] 21 pelari maraton maut, penganjur dijatuhi hukuman penjara

[Copy link]
Post time 16-12-2023 08:33 PM | Show all posts |Read mode
21 pelari maraton maut, penganjur dijatuhi hukuman penjara


Anggota pasukan penyelamat mencari pelari maraton yang hilang di tapak pelancongan Hutan Batu Sungai Kuning di daerah Jingtai, Baiyin, Wilayah Gansu Barat Laut China pada 2021. Foto Xinhua



Beijing: Penganjur ultramaraton 2021 di barat laut China di mana 21 pelari maut dalam keadaan cuaca ekstrem dijatuhi hukuman penjara.

Lima individu yang terbabit dalam perancangan kejadian malang itu dikenakan hukuman penjara antara tiga tahun hingga lima setengah tahun oleh mahkamah di Baiyin, sebuah bandar di wilayah Gansu, tempat kematian berlaku, lapor agensi berita Xinhua lewat Jumaat.

Pada Mei 2021, perlumbaan gunung merentas desa sejauh 100 kilometer (62 batu) bertukar menjadi tragedi maut apabila hujan beku, angin kencang dan hujan batu melanda pelari maraton itu.

Lima individu itu disabitkan atas kesalahan menganjurkan acara berskala besar yang membawa kepada insiden keselamatan yang ketara, kata Xinhua.

Di ibu kota wilayah Lanzhou, seorang pegawai dijatuhi hukuman empat tahun 10 bulan kerana melalaikan tugas dan rasuah, dan satu lagi tiga setengah tahun kerana melalaikan tugas sahaja, tambah Xinhua.

Larian jarak jauh dan sukan lasak lain berkembang pesat di China sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerana kerajaan menggalakkan senaman untuk semua peringkat umur, walaupun banya organisasi berulang kali menimbulkan masalah.

Insiden 2021 menimbulkan persoalan tindakan penganjur tidak mengendahkan cuaca ekstrem dan ia menyeru kepada undang-undang yang lebih ketat mengenai acara sukan.

Susulan kematian itu, Pentadbiran Am Sukan Beijing mengumumkan bahawa acara tanpa piawaian keselamatan negara akan digantung, termasuk larian denai gunung, penerbangan pakaian sayap dan larian jarak jauh ultra.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... uhi-hukuman-penjara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2023 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Maraton ke daki gunung?


Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-12-2023 12:40 PM
Maraton ke daki gunung?

Both kot. Macam climbathon kat Kinabalu tiap tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 03:18 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 16-12-2023 09:21 PM
Both kot. Macam climbathon kat Kinabalu tiap tahun.

[ laaa ada sungguh rupanya... ingatkan dibuat2 saja word ini]
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-12-2023 08:40 PM
Maraton ke daki gunung?

Ini trail running. Adik iols active dgn sports ni.  Ini yg budak acap hilang tu trail runner la.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-12-2023 08:40 PM
Maraton ke daki gunung?

Ini dipanggil ultra. Bahasa mudahnya larian offroad. Blh jd mcm2, rentas gunung, rentas hutan, cross sungai, rentas Kebun, ladang sawit. Kat msia pun bnyk event ultra ni bang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2023 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik jgk la dkt china ni. Kalo kat msia bnd ni da kira nasib peserta lah. Sbb b4 join da sign 1 surat peserta x leh claim apa2 kemalangan dkt penganjur. Makan kata kalo mati, Mati katak lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 11:02 AM | Show all posts
Samerosie replied at 17-12-2023 08:28 AM
Ini trail running. Adik iols active dgn sports ni.  Ini yg budak acap hilang tu trail runner la.

adik tu memang aktif la berlari tiap hari berbelas km jaga stamina? kalau yang jenis full marathon pun semput, mimpi la ek nak join jenis trail running ni?

nanti selangor siap 100 lebih km track hutan tu, lagi la meriah ek sport ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2023 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 17-12-2023 08:33 AM
Ini dipanggil ultra. Bahasa mudahnya larian offroad. Blh jd mcm2, rentas gunung, rentas hutan, cro ...

For ultra, tak kiralah off road ke on road tapi yg 40km ke atas kut tak silap.  My sis dia kalau gi ultra ada yg 3 hari dua malam punya eap kalau hujan kena stop..ala2 race f1 pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 17-12-2023 11:02 AM
adik tu memang aktif la berlari tiap hari berbelas km jaga stamina? kalau yang jenis full marathon ...

Ye my sis sekarang dah over 40 so dia run under veteran category. Mmg eat sleep run je..my mum pun rengsa sbb dia perempuan pastu kadang2 lari2 tu pulak kalau tak kuat boleh ada mengikut balik puas le nak gi antar balik.  Baru2 ni 80km kat putrajaya.  I mcm mendelah tengok aku relax je ternak lemak pedehal.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg peserta pun patut dah berpengalaman klau masuk event ultra mcm ni...mesti dah tau risiko yg akan berlaku..patut persoalkan nape nak teruskan gak event bukan bdk2 kecik x tau pape..at least proper attire n survival equipment kena ada klau nk buat gak
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 05:19 PM | Show all posts
Samerosie replied at 17-12-2023 01:37 PM
Ye my sis sekarang dah over 40 so dia run under veteran category. Mmg eat sleep run je..my mum pun ...

80km..... peh......... ni level kalau tak lari, badan sakit2 tak sedap, wajib lari...... nanti la try trail kat bukit setia alam tu, beginner sesuai kot....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 08:14 PM | Show all posts
di tapak pelancongan Hutan Batu Sungai Kuning di daerah Jingtai, Baiyin

motif ko pergi translate nama Hwang Ho tu. Nanti satu dunia pi translate nama Kuala Lumpur ko suka ka dek? Kota Baru?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-12-2023 08:40 PM
Maraton ke daki gunung?

Ultra trail marathon kot.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat msia ade few ultra trail marathon yg aku tau mcm the most beautiful thing trail run kat kundasang/ranau, baling ultra trail, cameron ultra trail. Paling jauh jarak run 100km. Climbathon pun ada tapi shorter distance.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 17-12-2023 05:19 PM
80km..... peh......... ni level kalau tak lari, badan sakit2 tak sedap, wajib lari...... nanti la  ...

Yah eat drink sleep trail run gitu dia. At the same time dia train new runners juga tapi dia tak nak bawak i dia ckp i dah terlampau tua to start, kena just mcm nyonya jalan kelliling taman je dia ckp.  Cis. Revenge i, segala jenis fuel bar ke apatah derang panggil bila run tu sambil feed bg energy, chocolate je sugar gel candie ke apa kat rumah dia, bila i dgn anak i dtg kami kasi perabis hahahahahha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2023 11:11 PM | Show all posts
Samerosie replied at 17-12-2023 09:39 PM
Yah eat drink sleep trail run gitu dia. At the same time dia train new runners juga tapi dia tak n ...

pulak....

itu macam.... kena paksa start la nampak nya.... nak la juga merasa walaupun sekali..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.070687 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list