CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7167|Reply: 9

[Dunia] Wanita putuskan hubungan kerana kekasih tidak guna tisu tandas

[Copy link]
Post time 17-12-2023 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Wanita putuskan hubungan kerana kekasih tidak guna tisu tandas


CLARA memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana dia tidak menggunakan tisu tandas di bilik airnya di AS. - Foto Getty Images/iStockphoto/TikTok/@withlovefromalex


WASHINGTON – Seorang wanita membuat kejutan dalam aplikasi TikTok  apabila dia memutuskan hubungan dengan teman lelakinya hanya kerana lelaki itu tidak menggunakan tisu tandas, lapor akhbar New York Post semalam.

Alexandra Maria Clara, dari Tampa, Florida, memperincikan hubungan cintanya dengan lelaki berkenaan dalam klip video yang merekodkan  lebih 900,000 tontonan di media sosial itu.

Dalam klip video itu, Clara berkata, dia pergi ke bilik air di rumah bekas kekasihnya yang tidak dinamakan itu dan mendapati tiada kertas tandas kerana telah kehabisan.

Ketika itu, wanita itu tidak menganggapnya sebagai serius kerana dia membawa tisu di dalam begnya.

Namun, Clara kemudian datang semula ke rumah bekas kekasihnya dan mendapati tiada tisu tandas di dalam bilik air itu tetapi kemudian memberitahunya bahawa dia terlupa untuk membelinya.

Wanita itu akhirnya mengetahui tabiat bekas kekasihnya apabila mereka pergi ke sebuah kedai dan dia memintanya untuk membeli tisu tandas.

Bekas kekasihnya itu akhirnya memberitahu kepadanya bahawa dia hanya menggunakan tisu basah dan bukannya tisu tandas menyebabkan Clara kemudian memutuskan hubungan dengannya. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... k-guna-tisu-tandas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2023 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati tisu.

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Lapar perhatian
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lelaki tu guna cebok, install bidet putus jugaklah?


Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya pengotor ke pembersih x pakai tisu tandas ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 17-12-2023 04:38 PM
Maksudnya pengotor ke pembersih x pakai tisu tandas ni?

Better sikit sbb lelaki tu kata dia guna wet tissue instead of toilet paper.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2023 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols guna air dan tisu tandas

Lepas basuh ngan air lap kering ngn tisu tandas

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan langsung x pakai tisu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2023 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
lantak kau la makcik tisu oii
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 08:42 PM | Show all posts
Nak kata kedekut wet tissue lagi mahal. Bagi aku wet tissue cuma boleh guna untuk finishing touch. First, second, third wipe kena tissue kering juga. Masalah lagi satu wet tissue ni susah hancur second to ko humban kain dalam lubang jamban tu. Kena buang dalam plastik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.068510 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list