CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28985|Reply: 2

[Tempatan] DAP gesa pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 17-12-2023 07:26 PM | Show all posts |Read mode
DAP gesa pilihan raya PBT di Kuala Lumpur

https://www.malaysiakini.com/news/690374

Diterbitkan:  Dec 17, 2023 2:20 PM⋅
Dikemaskini: 4:04 PM



Pengerusi DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai menggesa pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di ibu negara dilaksanakan dalam usaha menegakkan demokrasi.

Dia berkata pelaksanaan pilihan raya PBT akan membawa kepada ibu negara yang mampan, mengamalkan tadbir urus berkesan, bersih dan berpaksikan rakyat.

“DAP sebagai parti yang berpegang kepada perjuangan dan idealisme sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dan akauntabiliti, adalah penting kita terus berusaha ke arah merealisasikan matlamat melaksanakan demokrasi tempatan.

“Kita tidak perlu meneruskan laksanakan pilihan raya PBT di seluruh negara, tetapi kita boleh bermula di Kuala Lumpur yang amat memerlukan demokrasi dalam proses pendemokrasian sistem pentadbiran ibu negara kita," katanya pada konvensyen DAP Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur, hari ini.

Tan, yang juga ahli parlimen Cheras, memuji keputusan pentadbiran semasa memindahkan Kementerian Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun katanya, sama ada Kuala Lumpur berada di bawah kawalan langsung perdana menteri atau menteri Dr Zaliha Mustafa, undi pihak ketiga mesti dikembalikan.

Kali terakhir Malaysia mengadakan pilihan raya PBT pada 1963 dan berdepan penggantungan pada tahun berikutnya.

Penggantungan itu, yang sepatutnya bersifat sementara, namun dikekal pada 1976 apabila Parlimen meluluskan Akta Kerajaan Tempatan, yang memansuhkan pilihan raya PBT dan hanya memperuntukkan pelantikan ahli majlis.

Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan PAS sebelum ini berjanji untuk mengembalikan semula pilihan raya PBT semasa pilihan raya umum 2008 dan 2013.

Namun manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Pakatan Harapan tidak berjanji untuk kembalikan pilihan raya PBT tetapi menyatakan bahawa mereka akan "mengukuhkan demokrasi tempatan" dan menjadikan majlis tempatan lebih bertanggungjawab kepada rakyat setempat.

Ia juga berjanji untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 untuk mencerminkan aspirasi ini.

Namun begitu, Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad menolak permintaan untuk mengembalikan pilihan raya PBT, dengan alasan bahawa pilihan raya sedemikian mungkin menimbulkan perbalahan kaum.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2023 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by brownstone at 17-12-2023 07:37 PM

Ok je. Mekanisme tu boleh dibincang memandangkan kita nak ia "inclusive".

Memandangkan kawasan bandar majoriti Cina, kita kena reka pilihanraya PBT tu agar bole pecahkan bubble perkauman... contohnya mewajibkan calon Datuk Bandar & Timbalan Datuk Bandar yg bertanding tu mestilah berpasangan Bumi & nonBumi.

That way kita memupuk kerjasama rapat antara kaum, bukannya segregation. Benda ni tok nenek kita (tahun 60an) tak mampu fikir atau usahakan.

Kita generasi seterusnya tak perlu dibayangi ketakutan lampau. Kita bole buat something better. Lagipun DAP kan kena "inclusive"...diorang x bole lah tolak sebarang cadangan murni berbanding "open competition" yang jelas memenangkan satu kelompok kaum tertentu saja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke skrg ni ahli majlis tu mmg org politaik ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.213489 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list