View: 30492|Reply: 146
|
[Tempatan]
Hebatnya Nasi Lemak, air tangan pelajar Malaysia di Jerman "licin" dalam masa 10 minit
[Copy link]
|
|
Nasi Lemak dihidangkan pelajar Malaysia pikat 500 tetamu antarabangsa di acara Malam Antarabangsa di Universiti of Applied Science Offenburg, Jerman. - Gambar Astro AWANI
OFFENBURG, Jerman: Terkejut tetapi teruja, pertama kali mencuba, Nasi Lemak dihasilkannya berjaya pikat hampir 500 tetamu antarabangsa di acara Malam Antarabangsa anjuran Universiti of Applied Science, Offenburg, Jerman.
Tewaskan Nasi Beriani, hidangan Nasi Lemak rasa asli dari Malaysia oleh pelajar Malaysia, Ahmad Taufeq Ismadi Ahmad Zakki, direbut untuk dicuba warga asing sehingga habis licin hidangannya dalam masa 10 minit sahaja.
Ahmad Taufeq Ismadi, 24, ternyata teruja dengan situasi itu memandangkan hidangan Nasi Lemak yang dihasilkan cukup ringkas, hanya ada nasi, ikan bilis, kacang, timun, telur rebus dan sambal.
"Betul-betul tidak sangka. Sebelum meja dibuka sekali pun, sudah ramai beratur menunggu untuk mencuba Nasi Lemak. Saya cuba sedaya upaya hasilkan menu Nasi Lemak yang asli, dihidang atas daun pisang. Dalam nasi juga, saya letak daun pandan, daun limau purut untuk mengharumkan aromanya. Nasib baik menjadi, licin dalam 10 minit sahaja.
"Daun pandan, daun pisang dan ikan bilis, saya memang minta ibu bapa saya poskan dari Kuala Lumpur. Ya, demi memastikan, Nasi Lemak saya hasilkan di sini, di Jerman ini, tidak jauh bezanya dengan hidangan yang saya nikmati bersama keluarga dan rakan di Malaysia," kata Ahmad Taufeq Ismadi, pelajar Sarjana jurusan Bioteknologi di Universiti of Applied Science Offenburg, Jerman.
Nasi Lemak yang dihasilkan itu adalah untuk persembahan pada acara Malam Antarabangsa atau International Evening, yang dianjurkan universitinya setiap tahun.
Antara lain, International Evening itu merupakan acara untuk semua pelajar mempersembahkan keunikan sama ada budaya, makanan dan pakaian tradisonal dari negara asal masing-masing untuk tujuan diperkenalkan kepada rakan dari negara lain.
"Saya sengaja pilih Nasi Lemak kerana saya merasakan menu ini sangat akrab dengan saya, saya penggemarnya, tambahan pula ia mempamerkan keunikan tersendiri, sangat mencerminkan wajah Malaysia, iaitu nasi yang aromanya harum dan berlemak, ada ikan bilis, sambal, timun, kacang dan telur. Ya seperti, pelbagai kaum di Malaysia, konsepnya sangat harmoni sehingga menyatukan rasa Nasi Lemak itu sendiri.
"Kebanggaan saya terhadap keunikan Nasi Lemak inilah yang mendorong saya untuk memperkenalkannya kepada rakan-rakan saya, yang hampir kesemuanya dari negara luar Asia serta orang lain yang datang dari serata Jerman," ujar beliau.
Nasi Lemak asli Malaysia habis dicuba pelajar dan tetamu warga asing di Jerman dalam acara Malam Antarabangsa di Offenburg, baru-baru ini. - Gambar Astro AWANI
Nasi Lemak asli Malaysia habis dicuba pelajar dan tetamu warga asing di Jerman dalam acara Malam Antarabangsa di Offenburg, baru-baru ini. - Gambar Astro AWANI
Menurut Ahmad Taufeq Ismadi, dia tidak pernah memasak sebelum menyambung belajar di Jerman, sekali pun menjerang air untuk minuman sendiri.
"Tetapi, dengan bantuan ibu dan video-video yang ada secara meluas di pelbagai platform, pertama kali mencuba, saya bangga dengan usaha ini. Saya boleh katakan, ia adalah keunikan Nasi Lemak itu sendiri yang berjaya memikat orang asing untuk mencubanya, tambahan pula ia hidangan Malaysia, yang dihasilkan warga Malaysia pula, itulah kehebatan Nasi Lemak," tambah Ahmad Taufeq Ismadi.
Ahmad Taufeq (berbaju Melayu kuning) melayan ratusan pelajar dan tetamu asing yang mahu mencuba Nasi Lemak dihasilkannya semasa acara Malam Antarabangsa di Offenburg, Jerman baru-baru ini. - Gambar Astro AWANI
Sementara itu, antara pelajar asing yang tertarik dengan rasa Nasi Lemak ialah Macarena Paz Ohlbaum Toledo, rakan sekelas Ahmad Taufeq Ismadi berasal dari Chile.
Menurut Macarena, dia kagum dengan rasa Nasi Lemak itu, yang dianggap berbeza dengan nasi lain yang pernah dicubanya sebelum ini.
"Saya tertarik dengan hidangan sampingan mengiringi nasi ini, ada ikan bilis goreng dan juga telur. Sambal sedikit pedas untuk saya, tetapi rasanya seimbang apabila disuap nasi dan dimakan bersama timun, " kata Macarena yang akui tidak ragu-ragu untuk mengesyorkan Nasi Lemak kepada rakan antarabangsa lain pula.
Dalam pada itu, terdapat juga warga Malaysia yang turut hadir memeriahkan acara Malam Antarabangsa di Offenburg, Jerman itu di mana masing-masing Irfan Samrizan Samsuri dan Muhammad Aizzuddin Haiqal Ramlee yang merupakan pelajar Program Pertukaran Malaysia- Jerman mengakui kerinduannya kepada Nasi Lemak terubat dengan hasil air tangan Ahmad Taufeq Ismadi.
"Gembira betul dapat makan Nasi Lemak, walaupun tiada ayam goreng atau lauk iringan lain. Rasa Nasi Lemak dihasilkan Ahmad Taufeq Ismadi macam yang dimakan di Bangi, dekat rumah saya," kata Irfan Samrizan.
Muhammad Aizzuddin Haiqal pula berkata, Nasi Lemak dihasilkan Ahmad Taufeq Ismadi menjadikan harinya bertukar penuh kegembiraan.
"Komen-komen yang diterima juga ada yang menyatakan, ia hidangan yang paling sedap pada acara Malam Antarabangsa. Semasa acara berlangsung, ada juga Nasi Beriani, dihasilkan pelajar dari India. Begitu juga ada Nasi Arab dari rakan dari negara Asia Barat. Tetapi, saya boleh katakan, Nasi Lemak paling sedap, dan tiada yang sesedap dihasilkan oleh orang Melayu dari Malaysia sendiri," katanya.
Melihat kepada respons yang begitu positif dan baik terhadap Nasi Lemak, Ahmad Taufeq Ismadi tidak menolak permintaan rakan-rakannya lebih-lebih lagi pelajar asing, untuk menghasilkan sekali lagi hidangan popular dari Malaysia itu.
"Mungkin saya perkenalkan mereka dengan Nasi Lemak berlauk pula selepas ini dan lihat apa reaksi mereka," katanya.
Antara ratusan pelajar asing yang memuji keenakan Nasi Lemak dihasilkan pelajar Malaysia di Jerman, Ahmad Taufeq Ismadi Ahmad Zakki (kiri sekali) semasa acara Malam Antarabangsa dianjurkan University of Applied Science, Offenburg, Jerman baru-baru ini. - Gambar Astro AWANI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nasi Lemak di daerah² kecil Melayu tak terasa lemaknye. Seolah-olah tiada pokok kelapa di tempat nasi lemak itu dimasak.
Mungkin pembuat nasi lemak di daerah2 kecil Melayu perasan mereka menetap di German. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahhaha betul tu skrg byk nasi lemak yg terasa nasi kosong... tak ada santan atau kurang santan.
lebih baik buat sendiri kalau nak betul2 rasa lemak wangi santan.
|
|
|
|
|
|
|
|
sedap ke tu
tak penah masak nasi lemak tetiba 1st time masak
mat saleh sume yang 1st try makan mungkin rasa yang tu paling sedap |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 18-12-2023 07:28 AM
Nasi Lemak di daerah² kecil Melayu tak terasa lemaknye. Seolah-olah tiada pokok kelapa di tempat na ...
Dorang bubuh minyak je kannn.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jazaa100 at 18-12-2023 08:47 AM
helicornia replied at 18-12-2023 08:39 AM
sedap ke tu
tak penah masak nasi lemak tetiba 1st time masak
mat saleh sume yang 1st try makan mungk ...
Nmpak sambal mcm sambal belacan....tak garing....
Boleh le setakat nk chong org jerman yg tak pernah merasa.....
Ank aku nk buat sambal masa dok dgn kekwn, dia pi rebus cili & segala bahan, bukannya tumis.... |
|
|
|
|
|
|
|
takde pelik..dulu masa 1st year aku ngn senior masak nasi ayam..tak sampai 1/2 jam pon licin, tahun kedua masak tomyam pon tak sampai 15 min licin..orang luar memang suka masakan luar dorang suka nak try. yang kelakar tu member aku org jepun tu siap daun limau ngn serai letak dalam tomyam tu pon digigitnya |
|
|
|
|
|
|
|
org luar mmg suka masakan malaysia....iols dulu budak2 mat salleh ngan warden mat salleh menunggu kalau iols goreng cekedok pisang...cekodok pisang je pun!! marvellous dorg komen...hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Herlina at 18-12-2023 09:15 AM
Guna santan kotak je kot
Tak pun kelapa parut 1/2 biji kelapa pastu ayo paip berliter2
|
|
|
|
|
|
|
|
dlm ramai2 yg mencuba tu mesti ada yg try makan daun pisang hehehhee |
|
|
|
|
|
|
|
epullipan replied at 18-12-2023 08:47 AM
takde pelik..dulu masa 1st year aku ngn senior masak nasi ayam..tak sampai 1/2 jam pon licin, tahun ...
Deme dpt mkn free ka kena beli?
Iols pun mkn daun limau dan serai dlm tomyam tu.. sbb iols tgk kawan telen mkn cenggitu, iols pun mkn sekali mcm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi lemak kukus sedap, nasi berderai. Tp yg msk tu indon lakibini. Lepas dbkl banci, terus kena warning kedai tu. Owner dtg kutip untung je. Sampai skrg kedai tu dah tak laku wpun owner try jual. Sape suruh taknak belajar dari indon tu. Padan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
kena masak cara betul kalau nk dptkan kelemakan santan ituew wahai beforth
|
|
|
|
|
|
|
|
kena kukus baru dpt hasil berderai guna beras murah baru jadik guna beras siam tak jadikbasmathi mungkin jadik
first masak dulu nasik tu separuh masak santan dan bahan2 lain ditanak kemudian digaul nasi tadi lepastu baru kukus
hasilnya wangi dan berderai
|
|
|
|
|
|
|
|
Guw suka mkn nasi lemak cuma nasi tu lbih kpd nasi kosong dr nasi ada santan..maybe tak cukup kenyang dlm perut guwe.. klu tak asyik lapor jer. |
|
|
|
|
|
|
|
duri_durians replied at 18-12-2023 08:24 AM
hahahhaha betul tu skrg byk nasi lemak yg terasa nasi kosong... tak ada santan atau kurang santan. ...
Betul...takde satu pun nasi lemak kat luar sana boleh lawan nasi lemak emak meols. |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 18-12-2023 08:45 AM
Dorang bubuh minyak je kannn....
Ye kot...macam nasi orang Timorese kat estate kelapa sawit meols kerja dulu...patut bagi nama Nasi Sawit |
|
|
|
|
|
|
|
Kan.merah je lagi lada.aku mmg tk bole makan sambal tak garing sakit perut
|
|
|
|
|
|
|
|
Dok ovc iols rs ada je dr tak pandai msk terus pandai memcm...tu belum uols hidang rendang apa lg...junior iols dulu tetiba pandai buat ns kerabu..hehe...padahal.kt malaysia takde ditonjolkan skillnya pun |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lasagnaklcc at 18-12-2023 10:34 AM
Seumur hidup tak pernah lagi jumpa nasi lemak letak daun limau purut. Cuma aritu resipi khairul aming 1st time dgr. |
|
|
|
|
|
|
| |
|