CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7267|Reply: 3

[Dunia] Pakar arkeologi, penyelidik bertelagah isu piramid tertua dunia di indon

[Copy link]
Post time 18-12-2023 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Pakar arkeologi, penyelidik bertelagah isu piramid tertua dunia di Indonesia

https://www.utusan.com.my/luar-n ... dunia-di-indonesia/

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
18 Disember 2023, 8:00 am


KUMPULAN penyelidik mendakwa piramid tertua dunia berada di gunung Padang di Jawa Barat, Indonesia. - AGENSI

JAKARTA: Beberapa ahli arkeologi mengecam kenyataan sekumpulan penyelidik yang mendakwa sebuah piramid purba tersembunyi di bawah Gunung Padang di Indonesia, dipercayai merupakan piramid paling tua dunia.

Bulan lalu, kumpulan penyelidik mendakwa piramid itu dibina bermula Zaman Ais terakhir iaitu lebih 16,000 tahun lalu sekaligus menunjukkan Gunung Padang berkemungkinan berusia 10,000 tahun lebih tua berbanding semua monumen dan piramid Giza di Mesir serta binaan batu terkenal England, Stonehenge.

Malah, pasukan penyelidik menerusi jurnal Archaeological Prospection menyatakan Gunung Padang boleh menjadi lebih dua kali ganda usia megalith purba tersebut.

Dakwaan itu menjadi tajuk utama berita seluruh dunia namun mendapat kecaman hebat daripada ramai ahli arkeologi yang menegaskan tiada satu pun bukti dikemukakan kumpulan penyelidik memberi justifikasi kesimpulan mereka mengenai zaman purba Gunung Padang.

Memetik laporan The Guardian, pasukan arkeologi berpendapat penempatan di tapak purba itu mungkin dibina sekitar 6,000 hingga 7,000 tahun dahulu.

“Data dibentangkan dalam kertas kerja ini tidak memberi sokongan untuk kesimpulan terakhir mereka bahawa penempatan itu sudah sangat lama. Namun, itulah yang mendorong menjadi tajuk utama.

“Saya amat terkejut kertas kerja ini diterbitkan seperti sedia ada,” kata ahli arkeologi dari Universiti Cardiff, Flint Dibble.

Bantahan itu memaksa pengarang jurnal Archaeological Prospection melancarkan siasatan segera.

“Siasatan itu boleh menangani kebimbangan dibangkitkan oleh pihak ketiga mengenai kandungan saintifik kertas kerja kami.

“Kami secara aktif terlibat dalam menangani kebimbangan ini,” kata pengarang utama kertas kerja, Prof. Danny Hillman Natawidjaja pada minggu lalu.

Danny merupakan ahli geologi dari agensi penyelidikan dan inovasi kebangsaan Indonesia.

Kontroversi itu didorong penemuan bahawa kertas kerja itu dibaca pruf oleh penulis Graham Hancock.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Babu jongos terpalinggggggg………
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 11:34 AM | Show all posts
kalau betul tertua pun, hauk je aku tengok. tak rasa nak tempat tiket terus nak gi tengok pyramid konon tertua di dunia tu pon?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 01:06 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 18-12-2023 01:17 PM
black_handbag replied at 18-12-2023 11:34 AM
kalau betul tertua pun, hauk je aku tengok. tak rasa nak tempat tiket terus nak gi tengok pyramid ko ...

Janganlah takjub dan taksub dengan dongeng-dongeng serupa ini ... walaupun itu dipublikasikan oleh profesor manapun ...... bagi kami di Indonesia ... nostalgi masa lampau adalah bahan refleksi saja .. fokus bagi masa kini dan masa hadapan itu lebih penting dan urgent bagi kami ...

Sebagai info ... informasi tentang situs piramida Gunung Padang pun hingga kini dianggap situs alam  biasa ... X ada yang istimewa ...tetapi menjadi terkenal kerana dibumbui dengan banyaknya  cerita-cerita "rekaan atau rekayasa" yang x dapat dibuktikan validitasnya secara ilmiah ..

Jelas Case Gunung Padang  berbeza dengan cerita-cerita atau temuan-temuan yang dibuat oleh banyak profesor melayu di Malaysia tentang kehebatan sejarah dan tamadun masa lampau bangsa  melayu yang  gilang gemilang ... Bahkan ada penelitian ilmiah yang membuktikan betapa suchi, mulia dan perkasa serta istimewanya status bangsa melayu kerana  keturunan langsung Nabi Ibrahim dan Keturah ...


Tahniah ... Ingat apapun itu ... pasti itulah option yang terbaik bagi Malaysia .....Hehehehehe



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.090342 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list