View: 5926|Reply: 14
|
Gadis Nyaris Masuk Jerat Geng MLM, Terkejut Mentor Usahawan Kosmetik Disanjung Tinggi
[Copy link]
|
|
Sworang gadis nyaris terjerat dengan sindiket penipuan yang didakwa didalangi usahawan kosmetik.
Semuanya bermula apabila dia didatangi seorang wanita ketika sedang mengambil gambar OOTD (outfit of the day).
Menurut gadis itu, wanita berkenaan kelihatan baik, malah menawarkan diri untuk mengambil gambarnya ketika itu.
Dia juga tertarik apabila wanita itu turut berkongsi minat sama dalam kecantikan dan sedang mencari model untuk menyertai kelas kecantikan menggunakan koleksi alat solek.
“Disebabkan dia sangat baik, jadi saya tawarkan diri untuk menjadi model,” katanya.
Sanggup melapangkan masa, dia membuat keputusan bertemu wanita itu di premis perniagaan di Petaling Jaya, Selangor untuk menjadi model pada Jumaat lalu.
“Sebaik saya masuk, semua orang sangat baik. Masing-masing sedang membuat persiapan dengan alat solek mereka,” katanya.
Dia bagaimanapun mula menyedari seperti dipergunakan apabila mendapati keadaan di situ bukan kelas belajar mekap sebagaimana yang digambarkannya.
“Mereka lebih berseronok dan mengenakan alat solek antara satu sama lain. Mereka mula cakap tentang usahawan kosmetik dan bagaimana boleh menjana pendapatan pasif.
“Ketika inilah keadaan menjadi kecoh apabila saya tidak mahu ikuti MLM (pemasaran pelbagai peringkat) atau apa saja yang diperkatakan dan cuba pujuk saya,” ujarnya.
Tidak cukup dengan pujukan, mereka kemudian memuji kulitnya cantik dan memintanya berkongsi tip kecantikan.
“Mereka dah jadi terlampau baik,” katanya.
Menurutnya, seramai lima individu dan seorang mentor berada di bilik itu dan dia mengakui kurang senang dengan layanan sebegitu.
“Kelima-lima orang ni terlalu menyanjungi mentor ini, seolah-olah dia yang paling hebat. Mereka puji mentor sebagai usahawan kosmetik yang bagus, ada banyak pengalaman.
“Cara mereka bercakap macam dah ada skrip. Mereka tahu apa nak cakap dan apa yang perlu dikatakan, dengan harapan saya sertai mereka kononnya menjana pendapatan pasif,” katanya.
Lebih menakutkan apabila mereka mendesaknya untuk membayar sejumlah wang kononnya sebagai 'yuran' ketika mahu beredar.
“Mereka minta duit daripada saya. Saya tak kisah kalau mereka cuba untuk memujuk saya join MLM mereka, tapi jangan bersikap keterlaluan!” katanya dengan nada berang.
Mujur dia cukup berani untuk berkata 'tidak' dan enggan melayan permintaan mereka kerana tiada sebab untuk dirinya membuat sejumlah bayaran.
“Tapi mungkin ada gadis di luar sana yang tidak cukup berani berkata tidak dan akhirnya menyerah diri untuk membayar yuran.
“Mungkin anda akan mengatakan saya ni terlalu naif kerana mudah percayakan orang dan mudah ditipu. Saya mengaku, dan saya akan belajar daripada pengalaman selepas ini.
“Saya menasihati orang ramai terutama gadis-gadis supaya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dan sesekali membayar yuran,” katanya dengan nada kesal. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
len kali ko pulas je puting, tendang je kote dhekk kut kena paksa ngan set2 ni
ingat.. pulas and tendang sekuat ati |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 18-12-2023 01:23 PM
len kali ko pulas je puting, tendang je kote dhekk kut kena paksa ngan set2 ni
ingat.. pulas and te ...
Adakah spesis kak jad kalau boleh buat gini? |
|
|
|
|
|
|
|
tak baik pulas puting...pulas la bijik kelentit sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
benda camni kat mana² live produk sampah pun ada,kat rating sopi,tt semua pun di byr oleh team kunun² produk bagus,cuba kau feedback dlm live ckp produk overclaim..tiber geng backup hentam kau |
|
|
|
|
|
|
|
ada 1 kje part time aku pnh join,
kalau kita tekan like ke star kat produk tu dia bg 1 tekan rm3 camtu
sehari kena tekan 10 like...
makna dpt rm30 sehari..
makin lama like makin sikit n kau kena buat bayaran,,mcm kena beli bnde tu dgn nilai yg byk juga...kau akn dpt untung dlm rm100-200 cmtu ikut harga brg..makin mahal brg makin byk untung..
aku join la group tu...tiber,mcm yg tt ckp...org2 lain semua buat la byrn n puji2 dpt dh untung semua...tp no acc penerima xde...mcm sesuatu...nasib aku xterjebak...aku ckp xmo la..nk yg like harian je..dpt rm30 sehari pun xpe...tp admin ckp xleh..kn bli yg tu jgk bru blh join yg harian...
so aku ckp aku quit la...dpt la aku rm30 je...
skrg mmg macam2 cara nk scam org kan? dunia nih dh pelik2 |
|
|
|
|
|
|
|
org muda main mlm,bila da tua skit pelaburan skim cpt kayap, benda da lama tiap tahun pusing modal yg sama, ada org dah imun ada org mmg cpt terjerat |
|
|
|
|
|
|
|
Excuse cakap nk memerut. Terdesak sgt ni. Semalam makan banyak asam. Tak pasal2 tercirit.
|
|
|
|
|
|
|
|
belut letrik ? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah try benda2 merepek dia suruh like youtube channel..lps dpt RM180, 2nd day dia suh buat benda yg sama jugak, tp kena byr dulu pd diorang..sorryyy..aku guna akaun aku yg mmg balance rm10-20 ja... KAlau depa sedut mmg x dpt apa2 dr akaun aku... |
|
|
|
|
|
|
| |
|