View: 8830|Reply: 7
|
Menantu Dari Neraka Tolak Ibu Mentua Sampai Tersungkur Atas Lantai
[Copy link]
|
|
Seorang wanita dipercayai menantu dilihat bertindak kejam apabila sanggup menolak ibu mentuanya yang ketika itu sedang duduk sehingga jatuh tertiarap di atas lantai.
Sebelum itu, dia dipercayai secara berulang kali meminta warga emas berkenaan untuk beredar dari ruangan hadapan di rumah tersebut, namun tidak diendahkan.
Susulan daripada tindakan mengejutkan itu, warga emas terbabit dilihat terus terduduk di atas lantai sebelum dibantu untuk bangun oleh individu yang merakam insiden berkenaan.
Semakan mendapati bahawa insiden tersebut berlaku di Kollam, Kerala India pada Jumaat.
Menurut laporan India Today, individu yang menolak warga emas itu dipercayai menantu kepada mangsa.
Pada masa sama, susulan daripada video yang tular itu, Polis Kerala turut bertindak menahan wanita terbabit.
"Wanita tua dipukul di Kollam. Tertuduh sudah ditangkap," tulis pihak polis dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman X.
Motif sebenar tindakan kejam wanita itu terhadap ibu mentuanya masih dalam siasatan polis. -CARI
Sumber: Majoriti
|
|
|
|
|
|
|
|
Tengok vid ni semalam. Ya Allah sedih nye, orang tua tu mcm blur2 sikit, last2 kene tolak smpai terkehel tangan. Kesian nye
Still nenek tu dia je tk marah tak ape, nyanyuk kot. Masing2 tgh merecord, tk thu lah utk ape.
Pastu dh viral, jiran2 semua pergi ambush rumah tu, ade org buat live. Tetap tk faham sembang ape hahaha
Klu dh kne tangkap bgus lah.
Ksian coz nenek tu blur2, klu same naik maki2 ketuk kepala amma appa tu lain lh cite |
|
|
|
|
|
|
|
India macam2 ada...Melayu jangan pelik2 nak cuba cuba ye..pening Magistrate |
|
|
|
|
|
|
|
Tu anak duk tengok apa kat buat kat orang tua.. esok2 kalau bertuah, giliran kau pulak |
|
|
|
|
|
|
|
teringat iklan petronas yg dia hntr ayah dia ke hosp sbb nak raya tu. anak dia selamba jer ckp nanti nak hntr ke rumah org2 tua gak. sedihnya iklan tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|