View: 7249|Reply: 4
|
Pelajar Curi Duit Cikgu Hampir RM94,000, Siap Beli 11 Unit Iphone Untuk Boyfriend Dan Kawan-Kawan
[Copy link]
|
|
Seorang guru dari Uthai Thani, Thailand rugi 700,000 baht (RM93,837) selepas dicuri pelajarnya.
Menurut guru bernama Rungrat Chokchai, 42, pelajarnya yang dikenali sebagai A berkunjung ke kedai runcit milik dia dan keluarganya pada pagi 19 Oktober lalu.
Pelajar berusia 14 tahun itu yang tinggal bersebelahan kedai runcit Rungrat berpura-pura kononnya mahu membeli makanan ringan.
Foto: Thailandpost
Ketika itu, remaja tersebut cuba mencuri wang namun perbuatannya disedari oleh ibu Rungrat, Wattana. Dia kemudian memulangkan semula wang yang dicurinya itu.
Beberapa hari kemudian, Rungrat mendapat tahu bahawa A berbelanja sakan malah membelikan telefon pintar model iPhone untuk teman lelaki dan rakan-rakannya.
Curiga dengan gadis tersebut, Rungrat memeriksa wang yang disimpannya namun terkejut apabila mendapati kesemuanya telah hilang.
Rungrat yakin kehilangan wang berkenaan mempunyai kaitan dengan A lalu melaporkan kepada polis.
Ketika disoal siasat, A akhirnya mengaku mencuri wang simpanan Rungrat.
Dia malah mengaku menggunakan wang berkenaan untuk membeli 11 unit iPhone.
Polis berjaya merampas kembali kesemua telefon pintar berkenaan dan menjualnya kembali. Hasil jualan yang diperolehi berjumlah RM16,086 diserahkan kepada Rungrat.
Pegawai polis mencadangkan Rungrat melantik peguam untuk mengemukakan saman terhadap remaja tersebut dan ibu bapanya bagi mendapatkan kembali baki wang yang masih belum mencukupi.
Rungrat akhirnya merayu media membuat liputan mengenai kesnya supaya masyarakat memberikan tekanan kepada ibu bapa pelajar berkenaan agar bertanggungjawab. -CARI
Sumber: mStar/Thaiger |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana curi wang? cash ke online transfer |
|
|
|
|
|
|
| |
|