View: 10435|Reply: 71
|
Anak Beranak Kerja Klinik Sama- Ibu, Anak-Anak, Menantu Semua Doktor Gigi
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Doktor gigi, Dr Nor Azlina Mohd Amin sudah mempunyai legasi apabila dua daripada empat anaknya iaitu Dr Nor Aina Syazwani Shaharuddin dan Dr Sarah Batrisya mengikut jejak langkahnya menjadi doktor gigi.
Bukan setakat itu, menantunya, Dr Arif Munawwar Maznorbalia, 27, yang juga suami kepada anak sulungnya, Dr Nor Aina Syazwani, 28, juga seorang doktor gigi dan kini bekerja di kliniknya.
Tidak ketinggalan, anak ketiganya, Dr Muhammad Haziq, 24, baru menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian Universiti Malaya (UM) dan bakal bergelar doktor gigi manakala yang bongsu, Muhammad Hazim Iman, 17, juga merancang menyambung pengajian dalam bidang pergigian selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Foto: Harian Metro
Bercerita lanjut, Dr Nor Azlina, 54, berkata, sudah tiga dekad beliau menceburi bidang pergigian dan bermula dengan tujuh tahun di sektor kerajaan sebelum membuka klinik sendiri pada 2000.
Katanya, minat itu tercetus kerana kecenderungannya dalam kerja tangan dan kemahiran.
Bagaimanapun, Dr Nor Azlina berkata, beliau tidak pernah mempengaruhi, jauh sekali memaksa anaknya sebaliknya sekadar beri dorongan selepas melihat minat kesemua anaknya dalam bidang pergigian.
"Selain Sains, saya suka seni seperti lukisan malah masa raya gemar anyam ketupat.
"Sebab itu, saya suka kerja tangan macam tampalan dan rawatan gigi kerana bagi saya, ia juga satu seni.
"Mungkin sebab itu, Allah anugerahkan anak yang ada minat sama dan suami (Shaharuddin Ali, 59) gembira kerana tahu apa dilakukan itu kerja yang baik.
"Cuma, saya hanya beri semangat kepada anak untuk buat kerja bermanfaat dan sebagai doktor gigi, kita bukan hanya dapat pendapatan selesa, tetapi kerjaya ini boleh dapat pahala," katanya ketika ditemui Harian Metro di Klinik Pergigian Azlina iaitu klinik miliknya dekat Pusat Perniagaan Medan Idaman, Setapak.
Menurutnya, beliau selalu berpesan kepada anaknya untuk serius jika benar-benar mahu menceburi bidang pergigian.
"Saya tak ada pembantu rumah jadi saya dan suami uruskan malah pernah bawa anak ke klinik waktu mereka kecil dulu.
"Mungkin daripada situ, timbul minat dalam diri mereka cuma saya pesan, kalau nak ambil alih (klinik) kena belajar, tak boleh main-main serta sanggup lalui perubahan zaman.
"Kalau boleh jadi lebih baik daripada saya dan selain lihat pesakit berpuas hati, seronok juga apabila ada anak rakan juga anak saudara juga jadi doktor gigi macam saya," katanya yang mempunyai dua cawangan klinik gigi setakat ini.
Sementara itu, Dr Nor Aina Syazwani, 28, berkata, beliau menjadi doktor gigi kerana minat dan mahu mengikut jejak langkah ibunya.
Anak sulung daripada empat beradik itu juga menganggap ibunya sebagai mentornya dalam bidang pergigian sejak dulu hingga kini.
"Daripada kecil, seingat saya sejak umur empat tahun lagi saya sudah ikut emak ke klinik.
"Mungkin sebab itu juga, datangnya minat malah waktu sekolah lagi setiap kali cikgu tanya nak cita-cita saya akan cakap nak jadi doktor gigi.
"Emak juga individu yang saya akan rujuk untuk tanya pendapat jika berdepan kes tertentu waktu bekerja.
"Cuma, saya sebenarnya tak letak pun sasaran berkahwin dengan doktor gigi tapi sudah jodoh, namun andai kata ada zuriat, saya tak halang jika dia (anak) pun berminat jadi doktor," katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dari Universiti Alexandra, Mesir.
Adiknya, Dr Muhammad Haziq turut bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga 'doktor gigi' dan tidak pernah menghalangnya untuk menceburi bidang sama.
Menurutnya, ibu mahupun kakaknya banyak memberi tunjuk ajar dan dia menganggap ia sebagai satu kelebihan buatnya kerana dapat 'berguru' dengan mereka.
"Selepas tamat pengajian asasi, saya ada senarai pendekkan beberapa jurusan pengajian, ada perubatan dan minat juga fizik namun akhirnya pilih pergigian juga.
"Setakat ini, tak ada individu terdekat yang pandang negatif atau anggap pilihan saya membosankan tapi kebanyakannya kagum kerana saya datang daripada keluarga doktor gigi.
"Kelebihan saya pula adalah apabila dapat belajar ilmu yang mungkin tak diajar pensyarah dalam daripada emak dan kakak.
"Jadi saya memang bersyukur kerana dapat banyak peluang cuma merancang untuk timba pengalaman bekerja di klinik gigi kerajaan dulu sebelum masuk ke sektor swasta," katanya.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
xkisahlah kerja apa janji bermanfaat kepada manusia...walaupon xpaksa, tp kebanyakan dr2 ni nampak suka allign anak2 dr kecik jd mcm dorang..tgk cth SM...xpaksa xpaksa...tp ulang byk kali nak anak jd doctor kalau boleh...kadang anak ni nk dipandang tggi oleh parent tu nak xnak pon ambik kos yg sama walau dlm sudut hati plg dlm teringin nk jd penyanyi (cth) |
|
|
|
|
|
|
|
gen baik.. alhamdulillah, besar nikmat Allah berikan pd mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat nya..
Cant deny..mmg famili yg superb. Klu sorg je anak jd dentist tu biasa..tp ni mcm bejgkit haha.
Study susah gila kena hafal beratus beribu saraf kt gigi sahaja....
Geng2 berguna pd msyrkt cm ni baru la ada manfaat..sah2 jenis xjaja crita
" sy xbuat biatrik utk kurus "
" biarlah sy seksi suami sy izin"
"Ex sy jahat pukul sy "
"Ex sy curang bw skandel seks dlm bilik sy "
Smua ni sampah....
Again congrats ! |
|
|
|
|
|
|
|
A-Are replied at 19-12-2023 10:24 AM
xkisahlah kerja apa janji bermanfaat kepada manusia...walaupon xpaksa, tp kebanyakan dr2 ni nampak s ...
Takpe sukati dia la anak dia.nk corak anak dia jd apa pun... anak dia..sperma ngn ovum bini dia..xkcau kita pun... konsep dia ko jaga anak ko..dia jaga anak dia..aku jaga anak aku.. peace, no offense ok.. berbesar hati lah tgok org lain spread benda baik2. Nnt berbalik pd kita.
Trbaru nmpk bella anak SM p uk ke aussy aku xingt... prgram leadership.
Mnusia2 baik mcm ni klu mmbiak byk2, mlysia ni dh aman, penuh bijakpndai. Tp syg pak muntri byk kuar UM tu pun masuk kancah politik.. main taik akhirnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
anak kita, acuan kita benarnya kan..
kita nak anak masuk industri seni untuk pemes, ajak dia pergi memana audition. bagi anak tengok tt atau utube bab nyanyi, berlakon n menari
nak anak kita pandai dlm bidang sains, expose kan dia dengan sains n fiksyen n astronomi atau bagi baca buku bio, cerita tentang semua
nak anak kita jadi doktor, dedahkan pada dia semua jenis kerja kedoktoran
tapi kena ingat, takat tunjuk je, tak ada sokongan parents, lepas tu biar anak cari sendiri...end up, anak buat hal dia dan hanya parents je tahu limit anak
mcm SM tu, dia bawa keluar anak6 dia, dia exposekan semua pada anak6 dia, lepas tu tengok anak dia minat apa..kerja SM, sokong dan beri education semampu dia n wife. korban kan masa rehat, masa tidur dan masa goyang kaki sambil hp berjahit kat tangan.
me admire dekat dia n dr. halina tu sebab masih mampu educate semua anak dia walau kejar masa. mungkin ramai cakap, SM n dr halina ni banyak duit. kalau tak melabur kat education anak6, kat mana lagi dia nak labur? |
|
|
|
|
|
|
|
mcm famili doktor gigi azlina ni, yg bestnya..sampai ke cucu la nanti gigi cantik n elok. cuma me pelik, kadang2 me pergi scalling atau check gigi, kenapa sesetengah doktor tu, mulut dia berbau. dia tak reti nak cek gigi dia ke apa... |
|
|
|
|
|
|
|
Benda baik apa salahnya..lainlah anak beranak sakau duit... |
|
|
|
|
|
|
|
heloknyaa ..beranak la lg..cuba jd doc bedah pulak..asyik dentist je..btw i ada abg dua org dan kakak sorg yg jd doc....kitorg yg bwh x ikot jejak meka sbb weols biasa biasa sajork time sekolah..tp yg bwk bwh mcm i ngn kembar amek accounting..kakak ngn adik bongsu amek engineering..mostly course yg sama jah...kalau mmg dipupuk dr kecik.
mcm kt kbmc i tgk semua ank beranak dia doc kt situ
|
|
|
|
|
|
|
|
someone meols kenal tender resignation letter few years ago, his wife dentist and diorg ada 4 dental clinic tak salah meols. Gaji dia seblum resigned dlm 10-20k rasanyer. Dia ada side business jugak. Bagus kot business dental clinic nie... |
|
|
|
|
|
|
|
hurmmm, terpaksa la gi sini nak scaling nanti
boleh cuci mata |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 19-12-2023 02:49 PM
heloknyaa ..beranak la lg..cuba jd doc bedah pulak..asyik dentist je..btw i ada abg dua org dan kaka ...
Uols ada berapa beradik?
Kbmc nnt 12 tingkat.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 19-12-2023 05:07 PM
Uols ada berapa beradik?
Kbmc nnt 12 tingkat.
7 org sajork
oh yeke..tinggi nya..i pergi sana 10 thn lps..lama xbalik klntn |
|
|
|
|
|
|
|
Klinik idzham pun sama kan...anak beranak |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 19-12-2023 06:07 PM
7 org sajork
oh yeke..tinggi nya..i pergi sana 10 thn lps..lama xbalik klntn
Sekarang masih dlm pembinaan. Rasanya sekarang masih lagi bina tingkat underground.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah jumpa klinik swasta Dr tu ada 3 bini semua bini dia Dr & setiap sorang handle satu cawangan |
|
|
|
|
|
|
|
hot hotnye kluarge lelaki dia, doktor gigi lak tu, banjir puks2 di luar sane. |
|
|
|
|
|
|
|
Konpem iols g sini lps ni. |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 19-12-2023 06:07 PM
7 org sajork
oh yeke..tinggi nya..i pergi sana 10 thn lps..lama xbalik klntn
Hang org klate jugak mcm sharlene ka? |
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 19-12-2023 07:22 PM
hot hotnye kluarge lelaki dia, doktor gigi lak tu, banjir puks2 di luar sane.
kalau iols doc gigi ensem+cun sgt jadi segan. kot la tgh godak2 gigi kita yg entah segala apa ada dlm tu mesti dia terdetik " eh makcik ni muka je kan main berjaga berseri, gigi jenuh nak sental"
btw, tahniah anak2 menjadi semuanya (setakat yg dipamerkan la). muda lagi maknya baru 54 tgh sihat segar meletop lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|